Translate

Thursday 4 September 2014

SAYA TIDAK TANDATANGAN DOKUMEN SOKONG WAN AZIZAH- KETUA MUSLIMAT PAS

Assalamualaikum....

Salam pagi Jumaat kepada yang Muslim dan Salam Sejahtera kepada yang bukan Muslim. Berbalik kepada isu pemilihan Menteri besar di Selangor belum lagi mencapai persetujuan ramai. Menurut sumber yang saya dapati berkata Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf kecewa dengan pihak yang menyebar satu kenyataan didakwa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Sedangkan, beliau tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangi apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu. ''Kenyataan semalam beliau memberitahu disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza,'' katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.
Kenyataan tersebut didakwa disokong oleh Siti Zailah dan ketua sayap wanita parti anggota Pakatan Rakyat, Chong Eng dari DAP dan Zuraida Kamaruddin dari PKR. Kenyataan yang memberi sokongan padu kepada Wan Azizah tersebut dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat semalam - malaysiakini.com.

Perkara sebegini sudah menjadi mainan semula jadi parti PKR yang dimana mahu mengambil perhatian umum dan ingin mendapat sokongan yang lebih kuat untuk beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

No comments:

Post a Comment