Translate

Thursday 7 May 2015

GAMBAR NAJIB PUN JADI ISU? "DESPERATE" SANGATKAH?

Salam Jumaat sudah lama blog Yop Rago menyepi, hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tektik kotor yang dibawa oleh Parti Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh. Mungkin terlalu "desperate" mahu mempertaha kub kuat PKR dan ketandusan idea untuk menyerang Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dalam kenyataan  terbarunya menimbulkan isu "baru" mempersoal kelibat gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak kelihatan di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semalam mempertikai dan cuba mencetus isu "hangat" yang kononnya bakal menyebabkan BN terkedu tidak tahu menjawab isu berkenaan. Saya tertanya-tanya, tidak ada modal atau isu lain yang lebih mencabarkah yang mampu diutarakan PKR di Permatang Pauh ini? Isu gambar Datuk Najib yang cuba dipersoal? Tidak ada isu sangat, kah? Remeh sungguh!

Pada pandangan saya, sewajarnya isu "hingusan" seperti ini tidak perlu dipedulikan. "Buang karan" kata orang Pulau Pinang. Bila diletakkan gambar Datuk Najib mereka komplen pulak. Sebenarnya, memang ada gambar Najib di Permatang Pauh cum tidaklah banyak dan besar saiznya berbanding ganbar calon BN, Suhaimi Sabudin. Bila urang diletak gambar Datuk Najib, ada pula yang mencetus tohmahan jahat. Dasar politik persepsi kotor. Sekiranya mahu dibicarakan soal gambar di Permatang Pauh ini, sepatutnya kita perlu persoalkan tentang gambar penjenayah yang digantung di segenap ceruk kawasan di pilihanraya ini.

Sudahlah dia tidak layak mengundi, apatah lagi bertanding pilihanraya, diletakkan pula gambar penjenayah itu seolah dia pula yang bertanding. Kita tahulah isterinya yang bertanding, apa perlunya letak gambar penjenayah itu besar-besar begitu? Gila "glamour"?

Tidak malukah PKR meletak gambar penjenayah itu di Permatang Pauh? Mereka mahu mendidik rakyat Permatang Pauh supaya menjadikan penjenayah sebagai ikon? Sejak bila penjenayah dijadikan "rolr model" di Malaysia? "Only in PKR"? Lebih menarik lagi, mereka meletakkan gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di poster gergasi mereka di lokasi strategik di sini. Sedangkan Abdul Hadi seolah "tak hingin" langsung menjejak kaki ke Permatang Pauh, apatah lagi berkempen untuk Anwar.

Lagipun, bulankah DAP sudah "ceraikan" Presiden PAS itu? AMK Pulau Pinang pun tumpang sekali hina dan cerca Presiden PAS itu, sekaligus seolah meletakkan maruah Abdul Hadi di bawah tapak kaki budak-budak hingusan PKR. Apa perlunya diletak gambar Abdul Hadi di poster berkenaan?
Dalam pengamatan saya rata-rata pengundi di Permatang Pauh sudah "bosan" dengan muka Anwar dan keluarganya. Sudah berpuluh tahun berwakil rakyatkan mereka, namun "habuk pun takdak". Muka ini lagi? Tak dak muka lain ka?" itu saja yang terpacul keluar dari mulut mereka bila dapat tahu tentang pencalonan semula Wan Azizah.

Sudah menang pun bikin kecoh juga, ini lah dasar politik yang sangat kotor. Apapun kita sudah nampak penurunan mejoriti kemenangan PKR semakin menurun dan melihatkan rakyat di sana sudah mula sedar sedikit.

Tuesday 13 January 2015

BENARKAH UPAYAPADU MILIK NGEH KOH HAM CUMA TERLIBAT TANAM POKOK GETAH


Hari ini kita dapat memperlihatkan Pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Upayapada Plantation Sdn Bhd telah menafikan penglibatannya dengan sebarang aktiviti pembalakan di Kelatan meski syarikat itu memiliki pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang. Sebaliknya dakwa Ngeh Koh Ham, syarikat Upayapadu hanya terlibat dalam usahasama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk projek penanaman semula  (pokok getah klon balak).

Serentak dengan penafian tersebut Ngeh Koh Ham mengumumkan akan mengambil indakan saman ke atas Berita Harian kerana mendakwa menyiarkan laporan berniat jahat berhubung aktiviti pembalakan yang mencemarkan Sungai Kelantan. Tindakan saman itu mungkin meredakan pertikaian ramai terhadap isu pembalakan yang dikaitkan degan pemimpin DAP itu yang dihaarapkannya.

Pon begitu penafian Ngeh Koh Ham hakikatnya belum lagi meleraikan keraguan umum, ada persoalan penting yang menuntut jawabpan jujur dari Ngeh Koh Ham dan Upayapadu terutama sekali mengenai tujuan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar tersebut.


Ramai yang terus tertanya-tanya betulkan penglibatan Ngeh Koh Ham melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sekadar untuk menanam pokok getah semata-mata? Kenapa timbul pertanyaan sedemikian tentu ada sebabnya.

Mengikut rekod, Ngah Koh Ham bersama syarikat Efektif Kirana yang dikuasainya mula mengambil alih Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada April 2012. Tiga bulan sebelumnya tanah seluas 10,525 ekar di Gua Musang itu telah diiklankan dalam portal iProperty com dengan nilai RM36.8 juta bagi pajakan selama 70 tahun.

Kalau betul tujuannya hanya nak tanam pokok getah kot mana pun baki keluasan 9,500 ekar hutan balak mesti dibersihkan dahulu sebelum ditanam dengan pokok getah, bukan begitu? Jadi siapa yang tolong tebang kayu balak tersebut dan pihak mana yang meraih hasilnya? Mustahil balak yng ditebang dibiarkan tanpa meraih keuntungan perlu ada penjelasan di sini.

Kita sedia maklum 1,000 ekar tanah tersebut sudah ditanam dengan pokok getah sebelum Ngeh Koh Ham ambil alih kepentingan dalam syarikat Upayapadu, jadi takkanlah setakat 1,000 ekar itu sahaja perkembangan prestasi penanaman pokok getah? Betulkah syarikat Upayapadu langsung tak terliur dengan hasil balak di baki tanah seluas 9,500 ekar lagi?

Satu perkara yang cukup menarik dari iklan di iPropety com ada mengepilkan sekali pelan lokasi tanah seluas 10,526 ekar itu yang bila kita bandingkan dengan imej satelit pada pilihan tab maps di sebelah dan dizoomkan akan terpaparlah imej bukit-bukit yang gondol. Siapa yang bertanggungjawab menggondolkannya?

Mungkin ada pembaca yang memiliki komputer yang lebih baik prestasinya boleh membuat kaji selidik lebih mendalam denga imej satelit itu seharusnya printscreent dan buat perbandingan dengan pelan tanah yang hampir seiras bentuknya itu sekadar rujukan dan penilaian kita semua.

Penulis harap imej satelit kawasan bukit yang gondol itu bukannya tanah 10,526 ekar yang dimiliki Ngeh Koh Ham secara pajakan melalui syarikat Upayapadu kerana Ngeh sendiri dah nafikan terlibat dalam aktiviti pembalakan yang menggondolkan hutan balak dan bukit di Kelantan. Mungkin imej gondol itu sebenarnya milik syarikat lain.

Apa pun banyak lagi persoalan sebenarnya yang menuntu penjelasan, tapi kalau Ngeh Koh Ham dapat memberi jawapan logik dan ampuh untuk beberapa persoalan yang telah diajukan di atas penulis percaya selepas ini pertikaian yang mengaitkannya dengan aktiviti pembalakan di Kelantan akan hilang sedikit demi sedekit.