Translate

Sunday 28 September 2014

Kisah Sedih Bapa Dan Anak Kecil Ini Pasti Buat Korang Menangis

Salam..hari ini saya ingin berkongsikan satu kisah yang agak tersentuh hati kecil pembaca. Kisah ini di ceritakan oleh seorang pengguna facebook, Arieda Akhtar U'waisyah telah memuat naik gambar dan caption dilaman sosial FB nya. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat korang menangis.
Baca kisah yang dikongsikan beliau di bawah:-

Coretan semalam...

Tersua dan lunch dengan hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an..membawa anak kecil lelaki berumur 3 bulan di bawah panas terik matahari. Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yang dimasaknya sendiri di bilik yang disewa rm300.00 sebulan.

Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yang terpaksa diambil. Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahuya milo ais yang dipesan, anak kecil tiba-tiba terjaga dan merengek minta susu yang dah habis, air kosong jadi penganti botol susu babynya.

Biasa tengahari buat jemput@cekodok kat bilik dan hantar bekalan  pada isteri katanya. Kos tinggal di Bandaraya sewa rumah yang tinggi taska yang mahal terasing dan berjauhan dari kampung halaman, sikap ingin berdikari yang lahir dari keluarga yang susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.

Tiada tanah, kereta, motor dan harta peninggalan dari orang tuanya. Selesai makan, not hijau yang diberi diambil dengan gengaman salam yang kuat dan ucapan yang sayu, sambil mohon berlalu pergi dengan segera..Mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di malam hari setelah usai kerja. Sudah lama ku memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu.. Ya Allah, nikmatmu terlalu luas Ya Allah...Rahmatmu didambakan setiap insani.. astagfiruallah..ampunkan kami ya Allah.. Permudahkan urusan hambamu ini.


Bagi ingin yang membantu boleh rujuk beliau di   www.facebook.com akmalhamdi165

No comments:

Post a Comment