Translate

Thursday 25 September 2014

DUA ADUN 'PENGKHIANAT' TIDAK AKAN DI LANTIK SEBAGAI EXCO BARU

Salam pagi Jumaat kepada semua warga bloger-bloger dan sewaktu dengannya. Masih lagi berhubung kait dengan negeri Selangor tajuk artikal saya pada pagi ini.

Shah Alam- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad hari ini mengesahkan dua Ahli Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tidak dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Beliau berkata, sekiranya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkeras mahu melantik Adun Hulu Klang Saari Sungib danAdun Morib Mohd Hasnul Baharuddin, maka pastinya akan timbul pelbagai  salah paham di kalangan masyarakat.
"Tak akan dilantik kerana jika mereka dicadangkan sekali pun dan menerima, maka khuatir akan timbul salah faham seolah-olah jawatan itu bukan diberikan atas dasar kebolehan tetapi dasar mereka menyokong. " Itu tidak akan menimbulkan keadaan yang baik. Saya rasa mereka berdua memahami situasi itu. Mereka pun nak buktikan mereka berikan sokongan itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan," katanya kepada pemberita di Markas Besar PAS di Pengkalan Kubor semalam. Azmin semalam berkata pemilihan barisan Exco baharu sudah diputuskan dan keputusan dicapai melalui hasil perbincangan dengan setiap parti kompenen Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Pertemuan kedua diadakan petang semalam untuk memuktamadkan nama-nama calon sebelum menyerahkan senarai nama terbabit kepada Sultan hari ini. Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa enggan mengesahkan sama ada barisan exco terdahulu dilantik semula atau digugurkn. "Itu terpulang kepada cadangan daripada parti masing-masing yang kita akan teliti dan bincang", katanya kepada pemberita di Bangunan SUK di Shah Alam pagi semalam.
Khalid berkata apa yang dilakukan Saari dan Hasnul adalah berdasarkan ijtihad mereka sendiri bagi membuktikan bekas Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid sudah tidak mempunyai sokongan mejoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, apa yang perlu dilakukan dua Adun itu kembali meyakinkan ahli PAS mereka tidak meninggalkan parti dan berdepan dengan pucuk pimpinan parti Islam berkenaan. " Mereka ada ijtihad sendiri penting untuk memastikan Khalid tiada mejoriti. Saya yakin jika Azmin tawarkan kepada mereka sekali pun, mereka cukup pintar untuk memahami satu implikasi yang tidak diinginkan.

" Mereka perlu terus bersama PAS dan ingatkan orang PAS mereka tidak pernah keluar PAS. Mereka tidak lompat parti, jika mereka ditawarkan (exco), mereka perlu merujuk kembali kepada kepimpinan dan secara peribadi lebih baik tidak diterima," katanya. Ketika diminta mengulas ucapan penggulungan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa muktamar minggu lalu, Khalid berkata ucapan dasar presiden sebenarnya perlu dirujuk. Katanya, ucapan dasar presiden merupakan ucapan yang diluluskan, rasmi dan diterima perwakilan semasa muktamar minggu lalu.
Ketika ditanya mengenai penghujung muktamar yang masih gagal menyelesaikan permasalahaan dalam PAS, Khalid berkata: " Semua muktamar tak selesaikan semua masalah, pasti ada yang berterusan. Kebanyakan ucapan penangguhan memang nak membawa kepada merapatkan saf".



http://www.suara tv/2014/09/24/dua-adun-pengkhinat-tidak-akan-dilantik-sebagai-exco-baru/

No comments:

Post a Comment