Translate

Thursday 24 July 2014

HUKUM MATI PENEMBAK MH 17

Salam pagi jumaat kepada seluruh umat Islam. Hari ini admin nak berkongsikan tregedi yang mengemparkan Malaysia iaitu pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh. Jika sebelum ini kita menyangka trajedi yang menimpa MH17 merupakan satu kesilapan manusia, namun hari ini kita telah musykil dan semakin yakin bahawa ada agenda kuasa besar disebaliknya. Kemusykilan ini timbul dari maklumat-maklumat yang bercanggah serta sikap kuasa-kuasa besar itu sendiri dalam menangani tragedi ini.

Pada hari ini rasanya semua orang sedia maklum bahawa negara kuasa besar adalah dicaturi oeh tangan tersembunyi Zionis yang membawa cita-cita untuk menakluk duinia. Ya, seperti sang 'iblis' Yahudi Zionis secar halus menguasai segala keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat. Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat kini sedang menghadapi saigan sengit dari China, (juga sebuah negara kuasa besar). dari segi ekonomi. Amerika juga tidak senang dengan Russia, iaitu sebuah lagi negara kuasa besar, yang bukan sahaja mampu memberi persaingan dari segi teknologi, etapi juga membawa pendirian sendiri dalam isu-isu global. Justeru Russian seperti juga China, dilihat sebagai berpotensi memberi 'halangan' klaupun bukan 'ancaman' kepada Amerika.

Dalam masa itu, Zionis pula sedang dalam misi kemuncak untuk merampas Palastine secara total untuk kesekian kalinya. Kebetulannya Malaysia adalah negara yang paling lantang menentang pencerobohan Zionis terhadap Palastine. Oleh yang demikian, walaupun Malaysia tidak mampu memberi saingan dari segi ekonomi mahupun teknologi terhadap kuasa besar, tetapi Malaysia tetap dilihat sebagai 'halangan' dan berpotensi menjadi 'ancaman' sekiranya mempengaruhi negara lain. Lebih ari itu, Malaysia juga menjadi 'idaman' sekutu kuat Israel di rantau ini, iaitu Singapura. Maka tidak hairanlah sekiranya Malaysia telah dijadikan mangsa, samaada secara perancangan lebih awal atau spontan dalam konflik ini.

Hubungan baik Malaysia dengan China yang dijalinkan sejak zaman Tun Abdul Razak dan diperkukuhkan oleh Tun Mahathir Mhamed dan kini di sambung oleg Dato' Seeri Najib, cuba digugat melalui MH370. China yang diharapkan untuk 'mengimbangi' kuasa antara negara-negara kuasa besar, kini cuba dipengaruhi agar turut 'berdiri' di belakang Amerika . Permainan ini semakin  rancak apabila Perdana Menteri Zionis Israel, Benjamin Netanyahu membuat kenyataan bahawa 'China merupakan rakan baru Israel pada 11 julai lalu. Mungkin, iblis parasit Zionis sudah mula mencari 'host' yang lebih kukuh, kerana tidak yakin lagi dengan pemulihan ekonomi Amerika. Dan kini, hubungan Russia dan Malaysia pula kini digugat melalui MH17.

Malaysia berada dalam keadaan yang amat sukar memandangkan kita tidak mampu menggugat hubungan baik kita dengan Russia, Namun di masa yang sama kita perlu bertegas unuk memastikan semua mayat mangsa dapat disempurnakan dan di kembalikan kepada keluarga masing-masiing. Persoalan kini ialah, jika mengambil kembali mayat mangsa juga begitu sukar sekali dan kemungkinan besar tidak akan berjaya, maka bagaimanakah kita boleh menharapkan yang kita mampu mendapat capaian kepada maklumat siasatan? Dan apakah jaminan yang maklumat itu tepat?

Walau apapun persoalan, Malaysia tidak mampu menuduh, tidak mampu bersikap keras dan tidak mampu memaksa lebih dari apa yang pihak Russia sedia berikan kepada kita. Namun, Malaysia berhak mendesak mereka yang menembak MH17 dihukum mati. tidak kira siapa dan pihak mana pun mereka. Apa yang berlaku kepada MH17 adalah pembunuhan beramai-ramai iaitu 298 orang. Ia merupakan satu jenayah yang tidak dapat diterima akal sama sekali memandangkan Malaysia langsung ttidak terlibat alam konflik di Russia.

Malah, jika kelantangan Malaysia dlam isu Gaza merupakan puncanya, maka ia menjadikan jenayah ini jauh lebih kejam lagi kerana ia seolah-olah melipatgandakan jumlah mangsa yang terlibat iaitu rakyat Palastine, selain penumpang dan krew pesawat. Sedangkan di dalam pesawat tersebut, bukan semuanya rakyat Malaysia, tetapi rakyat negara lain yang kemungkinan besar tidak menyokong pembebasan Palastine. Justeru  adalah wajar bagi seluruh dunia untuk mendesak agar pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman mati, tanpa sebarang persoalan lagi. Sekiranya mayat-mayat mangsa diapa-apakan, maka seluruh dunia wajar mendesak agar pihak yang melakukan turut dihukum dengan seberat-beratnya

Malaysia kini benar-benar tersepit dan satu-satunya harapan ialah kebijaksanaan kerajaan untuk menangani masalah ini dan juga pergolakan politik global dengan sebaik mungkin. Rakyat keseluruhan wajib memahami situasi  yang genting ini serta berdiri teguh di belakang kerajaan biar apapun yang berlaku dalam kes MH17 nanti.



 


Monday 21 July 2014

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-quran menjadis satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al Quran berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ia nya memberi makna terlalu besar kepada umat Islamterutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran..

'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Qurand mukjizat akhir zaman' atau al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagimanusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga di kenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al- Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq.
maksudnya:
''Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian mahluk),ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,- ia mengajarkan manusia ape yang tidak diketahuinya.'' (al-'alaq:1-5)

Wednesday 16 July 2014

PKR SUDAH NAZAK MENUNGGU TUMBANG

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia mahupun seluruh dunia. Harini kita sudah dapat lihat bagaimana keadaan sebenar dalam parti PKR. Banyak benda sudah berlaku dalam parti tersebut salah satu antara alasan yang paling kelakar yang diberikan oleh PKR berhubung insiden tumbuk menumbuk danberkelahi antara ahli-ahlinya pada mesyuarat agung dan pemilihan semula di beberapa cabangnya adalah disebabkan berebut teman wanita.

Samada pengerusi jawatan pemilihan PKR Johari Abdul seorang yang jahil dan tidak langsung ambil peduli apa yang berlaku di dalam partinya sendiri ataupun beliau sudah mati akal tidak tahu apa lagi alasan yang harus diberi. Keputusan muktamad siapa menang dan siapa kecundang di dalam pemilihan PKR 2014 masih belum dapat diumumkan sehingga sekarang. Ini kerana terlalu banyak dakwaan penyelewengan kertas undi dan politikwang sehingga hampir 40 cabang perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula.
Perkara ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti politik di negara ini samada parti kerajaan ataupun pembangkang. Ini hanya berlaku kepada parti yang diterajui oleh sepasang suami isteri iaitu Anwar Ibrahim ketua umum dan Dr Wan Azizah Ismail selaku presiden dan jangan lupa juga anak mereka, Nurul Izzah menjawat naib presiden. Pemilihan semula bulan lepas menyaksikan adengan-adengan bergaduh dan bertumbuk sehingga adalah yang cedera dikepala amat memalukan PKR yang kononnya sebuah parti yang dihidangkan kepada penyokong dan rakyat sebagai parti alternatif terbaik bagi menggantikan Barisan Nasional.

Hakikatnya melihat kepada betapa kecohdan huru hara PKR ditadbir di bawah Anwar dan Wan Azizah parti itu adalah menyerlahkansifat jalanannya yang tidak pernah dikikis daripada imej. Daripada jalan ia bagun dan tumbuh sebagai gerakan politik dan kepada jalan jugalah ia kembali untuk menserasikan dirinya kepada sifat asal. Betulkan kata mendiang Karpal Singh bahawa PKR rantaian paling rapuh dalam pakatan pembangkang. Beliau juga pernah berkata Anwar perlu bertaubat atau segala kesalahan yang dilakukan di dalam politik atau peribadi termasuk perbuatan meliwat pembantunya.
Kini mulut Anwar terkunci kelu tidak tahu hendak berkata apa-apa kerana sememangnya tidak ada alasan lagi hendak disuap kepada rakyat yang melihat gelagat pemimpin dan ahli-ahli PKR. Apa hendak dikata apabila ahli-ahli berantakan sesama sendiri akibat berbalah kem mana yang patut menang dan puak mana yang menipu di dalam proses pemilihan. Hendak dituduh ini angkara konspirasi Umno sudahjauh daripada logik dan fakta kerana yang bergaduh adalah ahli-ahli PKR sendiri.

Sebenarnya Anwar sudah hilang kawalan terhadap partinya apabila ahli-ahlinya sedar bahawa perjuangan politiknya hanyalah untuk mengangkat diri beliau sebagai perdana menteri sahaja dan untuk menaikkan keluarganya didalam parti. Antara kroni Anwar yang paling dibenci di dalam PKR sekarang ialah Azmin Ali. Amin yang amat lantang mengencam Umno kononnya parti parti itu mengamalkan kronisme dan politik wang kini terbabit pada tahap parah dalam isu yang dibangkitkan terhadap parti lawan. Apa yang dilakukan oleh kem Azmin untuk membeli undi,menghilangkan kertas undi, menggugut perwakilan yang menentangnya malah sanggup menggantung keahlian dalam PKR mereka yang lantang mengkritik beliau menjadi bukti kukuh parti sedang nazak dan akanlingkup tidak lama lagi.




Thursday 10 July 2014

TEMBOK BESAR TASIK SHAH ALAM : APA NATIJAHNYA KERAJAAN NEGERI SELANGOR???

Salam pagi jumaat sekalian,

Hari ini saya ingin berkongsikan tentang Tasik yang berada di Shah Alam, purata nya mejoriti tahu di mana terletaknya Tasik berkenaan. Hal ini  sedang hangat diperkatakan satu Malaysia dab bukan lagi di negeri Selangor sahaja.

Sebelum di diri kan tembok
Sekiranya anada datang ke Shah Alam, anda akan dapat melihat projek pembinaan tembok yang sedang
dijalankan di sekuliling Tasik Shah Alam. Untuk pengetahuan umum tasik tersebut merupakan tempat riadah keluarga yang amat popular. Ada yang sanggup datang dari Banting, Tanjung Malim dan seluruh lembah Klang semata-mata ingin beriadah di kawasan tersebut. Persoalannya mengapa tasik itu perlu ditembok?. Tasik buatan manusia biasanya diletakkan di tengah-tengah kawasan bandar untuk menyejukkan kawasan sekitar. Tasik-tasik seperti yang terdapat di Shah Alam juga dijadikan "sanctuari" atau tempat berlindung bagi haiwan-haiwan yang telah ada di kawasan tersebut walaupun sebelum "Shah Alam" itu sendiri wujud.

Ada desas desus dikalangan rakyat Shah Alam yang mengatakan bahawa dengan adanya tembok seperti iu, bayaran akan diambil daripada pengunjung. Sekiranya pekara ini benar ianya adalah satu perkara yang sangat dengkal kerana ianya akan membebankan rakyat Shah Alam. Sudahlah semua tempat letak kereta telah dikenakan bayaran, adakah para pengunjung tasik Shah Alam akan berdepan dengan perkara yang sama?
Aktiviti riadah memancing di Tasik Shah Alam
Kami mendapat tahu kos pembinaan untuk membuat tembok besar di sekeliling Shah Alam itu bernilai jutaan ringgit Malaysia. Tidakkah kerajaan negeri Selangor sedar bahawa wang yang digunakan untuk membuat tembok tersebut seharusnya digunakan untuk memperbaiki fasiliti yang rosak di dalam kawasan tasik Shah Alam sendiri. Apakah pihak MBSA dan kerajaan Negeri Selangor tidak sedat bahawa keadaan fasiliti di dalam Tasik Shah Alam seperti Gazebo, jambatan dan juga alat-alat permainan taman sedang daam keadaan lusuh dan merbahaya digunakan oleh para pengunjung. Apapun natijahnya pembinaan tembok besar tersebut, kerajaan Negeri Selangor dan MBSA perlu menerangkannya kepada rakyat. Sekiranya ia cadangan yang baik tiada masalah untuk rakyat Selangor dan penduduk Shah Alam menerimanya. Apakah terdapat unsur-unsur penyembunyian fakta terhadap pekara ini?

Mungkin soaan yang sama juga perlu ditujuan kepada Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, apakah beliau terlalu sibuk dengan menyerang JAIS sehinggakan lupa bahawa daerah di bawah jagaannya menjalankan pembangunan tidak terancang yang bakal merugikan seluruh penduduk Shah Alam, Selangor. Jika selama ini kerajaan Negeri Selangor di bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat sibuk menunding jari terhadap kerajaan lama BN sekiranya terdapat apa jua masalah yang berbangkit, kini mereka perlu mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini. Ini adalah kerana pembinaan tembok itu berlaku di zaman Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor dan bukannya Barisan Nasional

Wednesday 9 July 2014

CABARAN DAP UNTUK MENGULANGI 13 MEI : KEMUNCAK USAHA MERAMPAS POLITIK MELAYU

Seperti yang kita sedia maklum, kegagalan DAP merampas kuasa politik Melayu dalam peristiwa 13 Mei bukan bermakna mereka telah melupakan hasrat itu. Sebaliknya cita-cita untuk menjadikan tanah air ini milik mereka tidak pernah padam. 'DAP' yang disebut di sini merujuk kepada bangsa Cina.

Benar bahawa di dalam DAP itu terdapat kaum Melayu dan India. Dan benar juga bahawa lantang mencabar kepada 13 Mei ialah seorang India, iaitu P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. P Ramasamy daam kenyataan di laman sosial telah membuat cabaran itu sebagai menyaht peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kita semua mengambil iktibar dari 13 Mei serta tidak melakukan sesuatu yang mampu mengulanginya. Nampaknya P Ramasamy sama juga seperti beberapa kerat Melayu lain di dalam DAP yang fungsinya hanyalah sebagai penyamaran sifat rasis Cina DAP dan juga alat untuk melaga-lagakan sesama sendiri.
P Ramasamy telah terlupa bagaimana pemimpin atasan DAP memanipulasi undi CEC dengan meminggirkan kaum India dari senarai perwakilan. Beliau juga lupa bagaimana DAP merampas tanah penduduk Kampung Pokok Assam yang terdiri dari kaum India. Dalam keghairahannya menikmati kerusi empuk Ketua Menteri II beliau telah menipu diri endiri bahawa DAP akan berlaku adil pada kaumnya jika parti itu berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan memerintah negara ini. Kaum India yang memilih percaya bahawa DAP hanya  memusuhi Melayu dan bukan mereka telah membuat kesilapan besar. Sesungguhnya DAP tidak peduli akan nasib kaum India dan sekiranya 13 Mei berulang semula, kaum India hanya akan digunakan sebagai barisan hadapan sementara kaum Cina menyelamatkan harta benda mereka.
Biarpun ramai dari kaum ini yang mungkin sama-sama menganut agama Kristian atau merayakan perayaan keagamaan bersama, namun gereja India dan gereja Cina tetap berbeza. Begitu juga tokong yang disembah juga berbeza. P Ramasamy jelas tidak sedar bahawa dirinya sedang dipergunakan untuk mencetuskan huru-hara dan pertumpahan darah dalam negara. Namun persoalan di sini bukan tentang kenapa P Ramasamy sanggup menjadi pencetus, tetapi tentang kenapakah DAP begitu berani mengemukakan cabaran sedemikian? Kesungguhan DAP untuk mencetuskan 13 Mei dapat dilihat dengan jelas sejak kekalahan PR dalam PRU-13 Mungkin DAP telah menerima hakikat bahawa Pilihanraya tidak mampu merealisasikan impian mereka untuk merampas negara ini dari orang-orang Melayu. Justeru mereka nekad untuk melakukan cara yang paling terdesak bagi memenuhi keinginan yang terdesak juga  iaitu cara keganasan.
Untuk itu mereka memastikan 1. Mereka tidak dipersalahkan dan 2. Mereka tidak akan kalah lagi.

Pastinya, mereka telah mengkaji semua kekuatan Melayu dari kuasa politik, kuasa Eaja-raja sehinggalah ketenteraan. Kenapa itulah kita melihat mereka menjadikan ketiga-tiga perkara ini sebagai sasaran secara intensif. Saban hari ada saja usaha untuk memburukkan Institusi Raja, menimbulkan keraguan terhadap sistem pertahanan negara serta menyerang ahli ahli politik Melayu tanpa henti. Semua ini dilakukan denganterancang sekali, bermula dengan kejayaan mereka mendesak kerajaan menhapuskan Akta-akta yang berkenaan. Hari ini mereka semakin galak memainkan isu agama dengan begitu biadap dan berani. Keberanian mereka menunjukan seolah-olah mereka telah mendapat jaminan keselamatan atau bantuan dari luar
Baru-baru ini, Malaysia Insider melaporkan wawacara melalui telefon dengn seorang wakil PBB mengenai isu kalimah Allah. Sepeti yang dijangka, wakil tersebut, Heiner Bielefeldt telah membuat kenyataan memihak kepada Kristian. Usaha menghubungsi PBB walaupun kes telah selesai di mahkamah, membuktikan bahawa percubaan untuk terus menghidupkan isu itu semakin berjalan. Tujuannya tentulah tidak lain tidak bukan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia secara berterusan. Dengan PBB kini berada dalam gambaran ia juga menunjukkan akan kemungkinan 'jaminan' yang diterima DAP adalah melangkaui sempadan Singapura.

DAP tidak akan berani untuk mencabar mengulangi 13 Mei jika tiada jaminan terhadap kemenangan mereka. Ini adalah sesuatu yang pasti. Apa yang kita tidak pasti ialah sejauh mana kesedaran dan kepekaan kepimpinan negara dalam membaca gerak geri musuh? Hanya kerana mereka juga adalah  rakyat Malaysia tidak bermakna mereka bukan musuh. Dan musuh yang paling bahaya adalah penghkianat di kalangan kita. Hari ini musuh sudah mendahului kita lebih seribu langkah. Kita tidak mampu untuk terus menerus menafikan yang mereka adalah musuh.

Setakat ini, kita masih tidak melihat sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghentikan segala hasutan dan provokasi. Perlu diingatkan bahawa tindakan 'mengalah' dan ' meminta maaf' telah terbukti tidak mampu memulihkan keadaan. Sebaliknya ia menambahkan lagi sakit hati dan kebencian. Tindakan 'membeli' juga tidak membawa apa-apa makna jika hati terus sakit dan benci. Peringatan Tan Sri Muhyiddin Ysin amatlah tepat pada masanya, sekali gus meyakinkan kita bahawa beliau cukup peka dan sedar dengan apa yang berlaku hari ini. Harapan kita agar beliau mampu mengatur strategi menguatkan kembali kedudukan kita dengan pertama sekali mengembalikan dan menguatkuasakan segala Akta yang perlu, demi keselamatan dan keamanan negara.


Monday 7 July 2014

AZMIN DAN KHALID BERGADUH NAK BOLOT DANA BERBILIION

Parti rusuhan jalanan, PKR semakin tenat apabila terus dibelenggu satu persatu dengan masalah dalaman yang serius. Belum sempat reda pasal isu pihak Pembangkang bergaduh sesama sendiri, kini timbul pula kisah pergaduhan diantara Azmin Ali dan Khalid. Kemelut pertelagahan antara kem Azmin Ali dan Khalid Ibrahim masih terus membara tanpa tanda-tanda ia akan reda sedikit pun. Terbaru timbul isu pengantungan dua pegawai kanan Khalid iaitu setiausaha politik beliau, Mustapha Mohd Taib dan bekas setiausaha politik menteri besar itu, Faekah Husin.

Mustapha digantung keahlian PKR kerana didakwa mengugut seorang calon supaya tidak bertanding jawatan ketua caabang di Selangor. Faekah pula diberi surt tunjuk sebab kerana didakwa menggunakan salurn media utuk mengkritik Shamsu; Iskandar Md Akin, ahli parlimen Bukit Katil yang mendesak  agar Khalid meletakkan jawatan. Jika dibedah dan diteliti kes tidakan disiplin terhadap kedua-dua pegawai menteri besar ini ternyanta ada tanga ghaib yang memanipulasi jawatankuasa disiplin parti untuk kepentingan peribadi.
Jika dikatakan tangan ghaib itu adalah timbalan presiden parti itu sendiri, Azmin, maka jawapannya adalah tidak jauh daripada kebenaran. Sememangnya Azmi lah yang bertanggungjawab merancang supaya Mustapha dan Faekah dikenakan tindakan oleh parti bagi melemahkan keudukan khalid. Ini adalah sebahagian daripada komplot untuk menjatuhkan Khalid dan menaikkan presiden PKR pada jawata menteri besar. Malangnya Azmin mungkin lupa bahawa Khalid dan Dr Wan Azizah Ismail adalah dari satu kem yang sama yang menentang Azmin sejak awal krisis beliau dengan menteri besar.

Faekah adalah krono D Wan Azizah yang telah mendapat begitu banyak habuan yang lumayan dan kepentingan sejak PRK memerintah Selangor. Faekah juga adalah nominee kepada presiden parti dalam segala keuntungan daripada projek-projek yang dianugerahkan kepada Dr Wan Azizah. Tidak pelik jika Shamsul yang mendesak supaya Khalid meletak jawatan  tidak pula diambil tindakan disiplin kerana beliau adalah kroni kepada Azmin. Apabila Shamsul bersuara sebenarnya yang bercakap adalah Azmin yang menggunakan kroninya itu untuk melalak. Isu pertelingkahan antar Azmin  dan Khalid bukan setakat politik sahaja tetapi lebih mendasar adalah mengenai pihak siapa yang mengawal dana kewangan Selangor.
Sebagai negeri trmaju dan terkaya di negara ini, Selangor adalah penggerak utama ekonomi serta penyumbang utama pendapatan Malaysia. Sudah tentu menteri besar yang berkuasa penuh ke atas dana yang berbiliion ringgit juga mempunyai kuasa luas untuk meluluskan mana-mana projek kepada pihak yang menyokongnya. Disini punya sebenar mengapa Azmin beriya-iya hendak menjatuhkan Khalid kerana sejak lawannya memegang jawatan tersebut, beliau dan kroni-kroninya boleh dikatakan disisih terus daripada mendapat apa-apa habuan projek.

Ketika Azmin dan kuncu-kuncu berputih mata melihat pembahagian projek-projek lu ayan dibahagi-bahagikan oleh Khalid kepada kem Dr Wan Azizah dengan di ketuai oleh Faekah, maka timbullah rasa tidak puas hati yang amat mendalam dikalangan kumpulan yang anti menteri besar. Natijahnya parti sendiri dijadikan pertaruhan untuk berebut kuasa dan ketua umum. Anwar Ibrahim kelihatan tiada bermaya atau mempunyai pengaruh langsung untuk menyelesaikan masalah berpanjangan ini. Walau banyak kali telah diadakan sesi pertemuan untuk merungkai krisis antara mereka berdua namun satu nasihat Anuar pun tidak diambil pusing oleh Azmin atau Khalid. Sebenarna Anwar hanyalah tunggul yang tidak mempunyai fungsi hakiki di dalam PKR kerana beliau sendiri dibelenggu dan dihantui oleh masalah peribadi yang serius..


Sunday 6 July 2014

KEMELUT POLITIK PEMBANGKANG SEMAKIN PARAH

Hari ini sudah terang-terangan dan terbukti bahawa kemelut politik Pembangkang semakin berpanjangan antara parti-parti politik dalam pakatan pembangkang serta masalah dalam yang serius masing-masing telah menggoyahkan kesatuan mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 dalam masa tiga atau empat tahun lagi. Samada pakatan Pembangkang mampu memasuki gelanggang PRU14 dengan tahap keyakinan dan juga keangkuhan semasa kempen PRU13 sudah mula diragui bukan sahaja oleh pemerhati plitik tetapi juga ahli-ahli parti sendiri.

Jangan di salahkan UMNO atau Barisan Nasional kerana semua masalah yang terpalit samaada pada PAS, DAP, PKR adakah perbuatan dan angkara mereka sendiri. Pada asasnya masalah yang membelenggu mereka disebabkan pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa dan mahu kekal berkuasa hingga bila-bila. Lebih parah mereka mahu ahli keluarga, kroni dan penyokong tegar mereka mendapat kedudukan tinggi di dalam parti. Inilah yang berlaku pada pemiliahan PKR sehingga tidak ada kesudahannya.
Kem Azmin Ali berhempas pulas mahu mengekalkan bos mereka pada jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga segala peraturan dan disiplin proses pemilihan dilanggar dan dicabuli. Politik wang berleluasa dan kertas undi samaada di seleweng, ditambah ikut suka hati ataupun disorokkan bagi memastikan pihak lawan kalah.Inilah yang menyebabkan rasa tidak puas yang mendalam terhadap apa yang dilakukan oleh Azmin Ali demi berpaut pada kuasa. Kuasa media baru mendedahkan segaa kepincangan bagaiana huru haranya pusat pengundian PKR di cabang-cabang di seluruh negara. Sungguh memalukan dan mengaibkan bagi sebuah parti yang sungguh angkuh dan bongkak ketika mengutuk dan mengeji dan memfitnah UMNO dan BN dengan dakwaan kepincangan dan penyelewengan kuasa.

Hakikatnya PKR sendiri terlibat dalam amalan rasuah politik yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan lagi. Mungkin lain kali parti itu perlu melihat dirinya dalam cermin yang lebih besar supaya insaf dengan kepincangan dalam organisasi sendiri sebelum menjaga tepi kain orang lain. Begitu juga apa yang sedang berlaku dalam DAP berhubung status sahnya parti itu sebagai sebuah pertubuhan politik yang berdaftar.
Sehingga kini parti itu terus dengan membuat keputusan dasar dan polisi mengenai perjalanan parti walaupun ditrgah oleh Jabatan Perdaftaran Pertubuhan sehingga isu kesahihan pemilihan jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan pada Disember 2012 dielesaikan. Sekali lagi DAP memilih jalan menentang Ros dengan membuat pelbagai dakwaan yang tidak adil dan palsu terhadap jabatan kerajaan itu. Hanya kerana DAP mahu menutup penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan CEC nya dituduhnya pula Ros bersekongkol dengan UMNO untuk menjatuhkan parti itu.

Hakikatnya apa yang berlaku adalah hasil pergolakan politik antara dua kem dalam DAP- kem yang menyokong dinasti Lim Kit Siang / Lim Guang Eng dan kem yang menentang sikap diktator mereka. Penyelewengan yang berlaku adakah kerana dinasti Lim mahu mencantas penentang mereka dan memastikan CEC dipenuhi oleh penyokong yang direstui mereka.

Kemelut politik yang membelenggu pakatan Pembangkang adalh serius kerana hingga menyebabkan Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi mengatakan faktor kekalahan calon DAP di Teluk Intan adalah disebabkan oleh pertelagahan PAS, PKR dan DAP di Selangor dan isu hudud yang dimainkan oleh parti itu. Masalah kritikal antara ketiga-tiga parti tidak dapat sorok lagi hingga ia perkelahian mereka meletup semasa kempen PRK Teluk Intan. Walaupun mengaku berpakat dalam politik, realitinya itu hanya cakap-cakap kosong yang tidak membawa pengertian sebenar.....

Wednesday 2 July 2014

ANWAR BURUKKAN IMEJ NEGARA DALAM ISU JENAYAH SEKS DIPLOMAT, KATA PUTRAJAYA

Hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memburukkan imej Malaysia apabila berkata kerajaan cuba berselindung berhubung isu diplomat yang di dakwa di New Zealand atas kesalahan mencabul kehormatan, kata Putrajaya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi jurucakap kerajaan Malaysia berkata, tindakan Anwar adalah untuk mendapatkan manfaat plitik peribadinya.

Anwar adalah untuk mendapatkan manfaat politik peribadinya.
" Anwar turut berkata, Malaysia mengendalikan kes itu secara 'mengejut dan kemelut'
" Anwar secara konsisten sering sengaja memburukkan reputasi Malaysia kepada media antarabangsa,
"kata kenyataan itu.

Kenyataan Putrajaya itu berkata, Anwar mengeluarkan kenyataan dalam temuramah bersama media New Zealand. stuff.co.nz bercanggah dengan kerajaan New Zealand yang berterima kasih kepada Malaysia atas "integriti yang ditunjukkan ketika menangani kes ini". New Zealand juga berkata, Malaysia bertindak " dengan sepenuh kepercayaan" dan "komited" untuk mendakwa pesalah kepada proses pendakwaan yang lebih teratur.
Kenyataan dikeluarkan Putrajaya itu turut mengambil contoh sikap Anwar yang turut memburukkan Malaysia berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Putrajaya harini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington. Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Muhammad Rizalman Ismail, 38 , aan dihantar ke New Zealand dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan ( Mindef ). "Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegwai Waran Kedua Muhammad Rizlaman Ismail, bekas pembantu staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam dakwaan rompakan dan rogol," kata Putrajaya semalam.

Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar New Zealand, Murray McCully. Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar Rizalman ke New Zealand itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapinya. Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Rizalman. Sebelum ini, media mendedahkan diplomat negara, Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di New Zealand tetapi dihantar ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik. Isu tersebut menimbulkan kontrovesi di New Zealand, terutaman kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.

Pentadbiran Perdana Menteri New Zealand John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan. Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita berusia 21 tahun ke rumah dan kemudian mencabulnya. Beliau juga mendakwa melakukan rompakan dalam insiden yang sama. Bagaimanapun, beliau "lari" dari New Zealand dan pulang ke Malaysia dengan menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9Mei - 3 Julai 2014







KEDAH BAKAL BERI SAINGAN HEBAT KEPADA PULAU PINANG

Hari ini Lim Guang Eng seolah-lah meroyan apabila Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di selatan negeri itu. Mengenali Lim Guan Eng, beliau tidak akan meroyan sekiranya idea itu bukanlah sesuatu yang baik untuk Kedah. Beliau hanya menjadi begitu marah kerana idea itu mampu menggugat kepentingannya.

Beliau tahu bahawa Kedah, di bawah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir punya banyak kelebihan dan mampu 'mengejar' kemajuan Pulau Pinang jika tiada halangan atau sabotaj dari mana-mana pihak. Kemampuan Kedah menarik pelaburan sehingga RM4 billion dalam te,poh tidak sampai setengah tahun pada 2014 memaksa Lim Guan Eng menyapu peluh di dahi. Seperti yang diketahui, pelaburan Asing di Pulau Pinang merosot dan terus merosot sejak 2010. Malah, tahun lalu juga, Pulau Pinang hanya mampu menarik M1.8 billion berbanding Kedah RM2.5 billion

Kemerosotan pelaburan di Pulau Pinang sediket sebanyak berpunya dari personaliti Ketua Menterinya juga. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai gaya dan ketokohan seorang pemimpin professional. Lagak beliau lebih menepati lagak seorang ahli politik samseng jalanan yang penuh dengan dendam dan kebencian. Beliau juga pernah memalukan diri sendri apabila bertindak mengutuk dan mengecam pentadbiran Malaysia dalam satu misi pelaburan keluar negara. Tindakan beliau dengan sendirinya mempperlihatjan hatinya yang busuk da otaknya yang kurang cerik kepada dunia luar. Entah apa lagi agaknya perkara bodoh yang dibualkannya ketika bersama pelabur asing yang tidak dapat dirakam media. Justeru, tidak hairanlah jika pelabur asing hilang minat terhadap Pulau Pinang pada hari ini.
Walaupun pelaburan di negerinya merosot, tetapi apabila mendapat berita mengenai cadangan Kedah untuk membina lapangan terbang  baru, Lim Guan Eng pantas mendesak agar lapangan Terbang Pulau Pinang dipebesarkan atau dibina sebuah lagi yang baru juga. Alasan beliau, Lapangan Terbang sedia ada sering banjir dan tidak cukup untuk menampung aktiviti perindustrian dan pertambahan pelancong dalam masa dua tahun lagi. Nampaknya, Guan Eng hanya melihat keperluan pembesaran Lapangan Terbang sedia hanya setelah Mukhriz mencadangkan sebuah yang baru untuk Kedah. Jika Mukhriz tidak mencadangkannya tentu Guan Eng juga tidak kisah jika Lapangan Terbangnya ditenggelami banjir.

Hakikatnya, Pulau Pinang sudah terlalu padat, dan dengan kerakusan pemaju DAP, pulau kini turut menghadapi masalah alam sekitar yang teruk yang berlaku secara drastik sekali. Cadangan sebuah lapangan terbang baru di pulau itu tentulah tidak sesuai sama sekali. Sebaliknya, sebuah Lapangan Terbang di Kulim Kedah akan mampu membantu menampung kapasiti yang bertambah di Lapangan Terbang Pulau Pinang juga.
Selama ini, ramai tenaga professional di kilang-kilang di Kulim dan Sungai Petani iaitu kawasan selatan dan tengah negeri Kedah, yang berasal dari negeri lain dan berulang alik setiap minggu atau bulan melalui Lapangan Terbang Pulau Pinang. Dengan adanya Lpangan Terbang di Kulim, pastinya akan memudahkan pekerja-pekerja ini untuk berulang alik. Terdapat sehingga lebih kurang 20 kawasan industri yang luas yang menempatkan beratus-ratus kilang teknologi tinggi, industri berat dan juga kecil dan sederhana di kedua kawasan ini sahaja ini belum lagi dikira kawasan industri di antaranya sehinggalah di bahagian utara Kedah, seperti Alor Setar dan Jitra, sekadar menyebut kawasan-kawasan yang dikenali.

Ini bermakna aktiviti perniagaan seperti mesyuarat dan urusan perjumpaan dengan pihak dari luar serta penghantaran kargo juga akan lebih mudah dijalankan jika terdapat sebuah Lapangan Terbang di negeri ini. Pendek kata, Kedah sememangnya telah bersedia dan memerlukan sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa. Apa yang perlu dibangunkan selaras dengan pembinaan Lapangan Terbang itu hanyalah kawasan-kawasan pelancongan yang nampaknya masih ketinggalan di negeri itu.

Walaupun terdapat banyak kawasan pelancongan di Kedah tetapi kebanyakannya berada dalam keadaan tidak terurus dengan baik. Chalet, motel, dan hote di kebanyakan kawasan di Kedah masih tidak mampu mencapai 'standard' pelancingan dari segi kebersihan, kelengkapan dan layanan. Contoh termuddah ialah Kuala Kedah yang menjadi 'pintu' ke Langkawi yang masih di takuk lama seperti beberapa dekad lalu. Kawasan ini sewajarnya dibangunkan ke tahap yang canggih memandangkan Langkawi merupakan tempatbtumpuan pelancong yang paling penting bagi Kedah.

Justeru, inilah disarankan agar kusrsus kemahiran daam bidang pelancogan disediakan atau dipertingkatkan lagi bagi anak-anak Kedah. Sekiranya Kedah mampu meningkatkan kemudahan pelancongan ini dengan cepat, maka tidak mustahil negeri ini bakal memberi saigan sengit kepada Pulau Pinang dalam masa terdekat lagi...