Translate

Monday 18 August 2014

SELANGOR: BUMI DI PIJAK MILIK ORANG 10 ADUN ORANG LUAR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
                                            Gambaran Negeri Selangor Yang Pesat Maju
Berkait dengan isu yang berlaku di Negeri Selangor ini mari saya hendak berkongsi sedikit maklumat yang megatakan Selangor yang menjadi negeri terkaya sebenarnya sudah dijajah oleh orang luar. Belum selesai lagi isu Menteri Besar Selangor dah datang satu lagi perkara ini, memang menarik jika kita kongsikan bersama.

10 ADUN nya yang berasal dari luar negeri Selangor, termasuklah yang lahir di Kandang Kerbau Singapura yang nak menjadi MB Selangor. Jika di nilai dari maklumat yang kami terima ke 10 mereka terpecah kepada 3 ADUN lahir dan berasal dari Perak, 3 orang Johor, dan 2 dari Kelantan, 1 lahir di Singapura dan 1 luar negara. Agaknya sifat tidak ada belas kasihan kepada rakyat Selangor berpunca dari wakilnya yang bukan anak jati Selangor.

Simpati kepada masalah rakyat setempat mungkin tiada kerana meraka hanya wakil ''Touch N Go''. Sapu apa yang patut kemudian balek ke negeri masing-masing, sambil itu buat-buat sibuk dan dengan pelbagai isu yang wujud di Selangor, maka jasa dan bakti mereka tidak di magnifying glass kan oleh rakyat Selangor. Ada lagu anak kecil main api, dan liriknya sebut bumi dipijak milik orang. Agaknya sesuai tak dengan negeri Selangor??
                                                     Rakyat Mahu Anak Jati Selangor
Kini negeri Selangor mahu di perkosa  oleh orang luar lagi yang mahu menentukan siapa sesuai menjadi Menteri Besar Selangor. Anak negeri nak ditendang dan diganti dengan orang yang tidak perform ditempat asal tapi mahu kaut kekayaan Selangor. Memang pun dimana ada parti laknatullah disitu ada kemungkaran, Penang di kuasa KM orang Melaka, kini Selangor di kuasai orang Penang. Kelantan di kuasai orang Kelantan tetapi penduduknya lari ke negeri lain menjadi pelarian ekonomi pula. Agaknya sesiapa yang berkait dengan pemimpin Ikhwanul Lut akan tepalit juanya.



Monday 11 August 2014

KHALID IBRAHIM TERSENYUM LEBAR BILA MASUK KE ISTANA. SULTAN TURUT SENYUM, APA MAKSUD??

Assalamualikum..salam sejahtera dan salam satu Malaysia, setelah kekecohan berlaku di bumi Selangor akhirnya menjumpai jalan penyelesaiannya. Hal ini kemungkinan semua orang sudah ketahui bahawa Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut sumber yang rapat dengan Khalid Ibrahim, beberapa orang ADUN BN sudah mula mengorak langkah untuk menubuhkan ''Kerajaan Perpaduan Melayu'' di Selangor. Ekoran sikap lanang DAP yang menyerang Khalid kerana isu Bible dan isu-isu yang berkaitan agama Islam maka ada beberapa ADUN sudah memikirkan langkah bersatu demi agama Islam.

Khalid Ibrahim dikatakan berunding secara senyap dengan beberapa orang ADUN PAS dan beberpa orang ADUN PKR yang tidak lagi setuju dengan sikap kuku besi Anwar Ibrahim. Ada ADUN PKR yang berbangsa Melayu tidak lagi berasa senang dengan campur tangan berlebihan DAP dalam menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR. Mereka tidak lagi pandang wang dan ugutan sebagai cara penyelesaian. Mereka takut nasib yang akan terjadi kepada orang Melayu Selangor jika Wan Azizah naik sebagai MB Selangor.
Wan Azizah disifatkan sebagai seorang yang lembik dan boeh dibuli oleh DAP. Anwar sudah dipenjara, oleh itu apa lagi yang Wan Azizah boleh buat? Siapa yag nasihat Wan Azizah? Sudah tentulah orang itu adalah Kit Siang. Mereka berpendapat bahawa DAP juga boleh buat perkara yang sama untuk menjatuhkan Wan Azizah di Selangor suatu hari nanti. Perkara itu boleh berlaku dan akan berulang kembali kepada Wan Azizah. Lagipun Wan Azizah bertanding di kerusi mejoritinya pengundi Cina.

Keputusan besar dijangka dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Dewan Diraja Selangor yang sedang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Apakah akan ada satu berita baik untuk orang Melayu di Selangor hari ini? Jadi marilah kita merenung sejenak seketika.

KERAKUSAN ANWAR BUAT SELANGOR TERUMBANG AMBING

Apa sudah jadi dengan Parti PKR ini? hari ini sudah terbukti yang mana kerakusan kuasa Pakatan Rakyat di Selangor menyebabkan negeri itu terumbang ambing sehingga rakyat menjadi mangsa,. seharusnya  pakatan itu tidak harus lari daripada tanggungjawab menyelesaikan krisis politik yang berlaku dengan cara baik kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

''Ini adalah masalah mereka yang kini menjadi krisis dan membebankan (rakyat). Bagi kita , soal rakyat lebih penting diutamakan. Secara tidak langsung saya tidak berfikir rakyat akan seronok (jika ia berterusan). ''Seharusnya ada tindakan (penyelesaian) segera, kita tidak mahu ianya akan berlanjutan pada masa yang lama. Mereka patut tengok apa yang rakyat akan hadapi. Jangan jadikan krisis itu beban kepada rakyat''.
Kemelut politik di Selangor yang kian meruncing sehingga Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti kerana didakwa mengingkari beberapa keputusan parti. Sangat-sangat mendukacitakan atas krisis politik itu, oleh itu rakayat Selangor harus membuka mata supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku yang antara lain boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri.

Ini telah membuktikan bahawa siapa sebenarnya Anwar ini, kerakusan beliau telah menyebabkan negeri Selangor menjadi terumbang ambing disebabkan isu pemecatan Khalid Ibrahim daripada PKR. Seperti mana yang kita ketahui beliau mahu melantik Menteri Besar yang baru iaitu isterinya sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, adakah pemimpin yang seperti ini sikap dan kelakuannya untuk kita angkat untuk menjadi pemimpin negara??? jadi kita doa-doakan lah supaya krisis ini cepat selesai dan rakyat Selangor membuka hati dan mata di masa akan datang....

Wednesday 6 August 2014

BOIKOT PETRONAS : TINDAKAN SABOTAJ NEGARA SENDIRI

Sejak azali lagi, orang-orang Melayu pada dasarnya tidak rasisdan tidak pernah kisah berbelanja di kedai-kedai Cina sehingga kaum Cina mampu menjadi kaya raya dan menguasai ekpnomi negara. Namun begitu, melihat kebencian kaum Cina yang meluap-luap terhadap orang Melayu yang diluahkan di laman-laman sosial, ditambah pula dengan usaha mereka menjatuhkan peniaga-peniaga Melayu, maka akhir-akhir ini orang-orang Melayu telah mula bertindak balas.

Kempen boikot barangan cina DAP dimainkan di laman sosial sebagai membalas tindakan pekedai Cina mendiskriminasi barangan keluaran bumiputera. Tindakan orang-orang Melayu ini, benar-benar mencabar keangkuhan kaum Cina, justeru, mereka merasakan perlu melakukan sesuatu yang lebih besar bagi menunjukkan 'kekuatan' mereka. Untuk itu, mereka memilih memboikot Petronas yang dianggap mereka sebagai milik Melayu. Kempen memboikot Petronas semakin rancak dimainkan di laman sosial mereka. Stiker-stiker pelekat berbahasa Cina juga diedarkan bagi menyebarkan mesej kepada kaum mereka.

Nampaknya, walaupun Petronas di bawah pentadbiran baru begitu 'terbuka' terhadap kaum Cina dari segi jawatan tinggi mahupun perniagaan sokongan, ia tetap masih belum cukup bagi kaum yang tamak ini. Bagi mereka, selagi Pengerusi atau Ketua Eksekutif Petronas adalah Melayu maka Petronas adalah milik Melayu. Dan selagi Petronas adalah milik kerajaan maka ia adalah milik Melayu, kerana kerajaan adalah Melayu. Kata orang, perasaan benci dan marah meluap-luap mampu menjadikan seseorang itu buta. Ini kerana perasaan negatif yang keterlaluan akan menghalang otak untuk berfikir dengan baik. Dalam kebanyakan kes, mereka yang mengalami perasaan ini akan merosakkan diri sendiri dan juga orang di sekeliling mereka dengan tindakan bodoh dan membuta tuli.

Inilah yang berlaku di kalangan masyarakat Cina apabila hasutan kaum begitu menjadi-jadi di laman sosial tanpa sebarang tindakan. Kebencian mereka yang terlalu keterlaluan terhadap orang Melayu menyebabkan mereka gagal memahami konsep kerajaan dan syarikat milik kerajaan. Petronas adalah milik kerajaan Malaysia dan ia menyumbang hampir 45% kepada belanjawan negara. Justeru tindakan kaum Cina memboikot Petronas samalah seperti mengsabotaj negara sendiri. Sekiranya Petronas jatuh, maka pendapatan negara juga akan turut jatuh. Sekiranya pendapatan negara jatuh maka ekonomi akan terjejas sekali gus menjejaskan para peniaga yang mejoritinya Cina, selain rakyat sekalian. Bukankah ia satu tindakan yang bodoh?

Seruan kaum Cina untuk memboikot Petronas turut membuktikan bahawa mereka tidak punya taat setia kepada negara ini. Mereka sanggup mengsabotaj negara sendiri asalkan orang Melayu tidak menjadi ketua dalam mana-mana syarikat besar. Oleh itu kita jangan sekali-kali terkejut jika mereka sanggup menghancurkan  negara sendiri semata-mata kerana Perdana Menterinya adalah Melayu. Mungkin pihak pengurusan Petronas harus mengambil maklum mengenai perkara ini dan berfikir dua kali untuk memberi ruang kepada kaum yang satu ini.

Ingatkan bahawa di kalangan kaum itu, ada yang telah mendapat memonopoli projek besar tetapi masih menuduh kerajaan tidak memberikan sebarang peluang kepada mereka. Yang diberi peluang berkarya mengutuk kerajaan Melayu dan Islam pula masih terus terjerit-jerit tiada ruang bersuara. Lalu, di manakah maruah kita untuk terus menyerong pipi pada orang yang menunjukkan tapak kaki??  Persoalannya kini, apakah rasionalnya Petronas memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada pihak yang memboikot produknya?

Pihak pengurusan Petronas haus ingat bahawa ini bukan lagi soal tindakan apa yang profesional, tetapi soal berfikiran rasional. Anak Melayu cukup ramai yang berkebolehan dan jauh lebih bijak untuk memegang jawatan tinggi dan juga membina perniagaan sendiri sebagai industri sokongan kepada Petronas. Malah, kewujudan serta kejayaan Petronas itu sendiri adalah bukti kebolehan anak-anak Melayu. Sudah sampai masanya kita bersatu untuk membela bangsa dan mengajar sesiapa saja yang gemar menindas, mencabar dan menghina bangsa kita sesuka  hati. Kita bukan ketandusan bakat di kalangan anak Melayu, kita cuba ketandusan keyakinan dan jati diri serta ketulusan hati untuk mengakui kemampuan anak bangsa sendiri.





Sunday 3 August 2014

ISTANA TOLAK WAN AZIZAH JADI MB

Ketika rakyat Malaysia bergelut menahan kesedihan terhadap tragedi yang bertimpa-timpa yang melibatkan pesawat penerbangan Malaysia serta mengeluh mengenang nasib umat Islam di Gaza, Anwar Ibrahim nampaknya masih sibuk berpolitik untuk kepentingan dirinya. Dikhabarkan, Anwar telah menghantar beberapa nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Antara yang dicadangkan dan diberi sokongan kuat ialah Datin Seri Wan Azizah, isterinya sendiri yang juga merupakan Presiden Parti.

Walaubagaimanpun, malang bagi Anwar, pihak istana dikatakan tidak begitu 'berkenan' dengan cadangan Anwar. Pertamanya' pihak istana tidak melihat sebarang keperluan untuk menukar-nukar Menteri besar terutama pada ketika berbagai masalah negeri masih belum selesai. Keduanya, pihak istana ingin memastikan Menteri Besar yang dipilih benar-benar mendapat sokongan ramai. Untuk itu, pihak istana membayangkan agar diadakan undian. Anwar tentu sekali keberatan untuk mengadakan undian, bimbang isterinya tidak mendapat sokongan ramai. Lebih dari itu, undian juga pasti akan meresahkan semua pihak yang selama ini bermuka-muka berpura-pura menyokong kem Wan Azizah.
Namun, kita yakin bahawa Anwar sebenarnya telah pun menjangkakan penolakan istana, malah beliau memang sengaja merancang ke arahnya. Buktinya, desas desus telah kedengaran bahawa Anwar bakal mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh Selangor untuk membantah keputusan istana. Ini merupakan peluang Anwar untuk menekan Sultan secara berterusan lanjutan dari isu MAIS dan JAIS yang dijuarai oleh Khalid Samad.

Tekanan ke atas Sultan dilihat sebagai agenda terancang dan jangka panjang Pakatan Rakyat dalam usaha untuk merealisasikan Malaysia-Malaysia DAP dan juga negara republik PKR yang membawa fahaman liberal. Selain itu, kekecohan demontrasi ini juga akan digunakan untuk mengalih pandangan dari rayuan Anwar ke atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya. Sudah menjadi 'trend' semasa di Malaysia di mana Anwar akan merancang demonstrasi atau rusuhan setiap kali kes peribadinya timbul di mahkamah. Dan nampaknya Anwar akan terus menggunakan strategi yang sama bagi menutup malu atau mengelak dirinya dipenjara.
Walaupun strategi berdemonstrasi tidak pernah berjaya mengubah apa-apa, Anwar tetap setia mengulanginya. Kata orang bijak pandai, perbuatan yang sama akan membawa kepada hasil yang sama juga. Adalah dikhuatiri kata-kata ini mungkin tidak begitu tepat dalam kes Anwar kali ini: jika demonstrasi sebelum ini tidak membawa Anwar ke mana-mana, maka demonstrasi kali ini mungkin membawa Anwar terus ke penjara.