Translate

Wednesday 24 September 2014

SELESAI BEREBUT MB,SEKARANG BEREBUT EXCO PULAK

Salam satu Malaysia dan salam sejahtera...,Yang pastinya berhubung kait dengan negeri Selangor lagi yang tidak habis-habis dengan masalah yang sukar di selesaikan. Itu mengakibatkan negeri Selangor menjadi kucar kacir.
Selangor, selepas PRU13 yang lepas adalah negeri yang paling sukar sekali nak diselesaikan masalah perlantikan Exco kerajaan negeri. Dikala semua negeri BN, DAP (Pulau Pinang) dan PAS (Kelantan) dah lama selesai perlantikan Exco dan Menteri Besar masing-masing, PKR di Selangor ambil masa hampir sebulan untuk selesaikan semua itu. Maklumlah kedudukan kerusi DUN di Selangor (kalau diikut parti-parti bertanding secara rasmi) tidak ada pihak yang benar-benar dapat mandat penuh untuk lantik Menteri Besar dan Exco sesuka hati. Kalau Pakatan Rakyat berdaftar macam BN, senanglah.

Dengan  pergolakan menggila yang berlaku di antara parti-parti Pakatan Rakyat dalam soal perlantikan bini Anwar, Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid itu hari, lagilah banyak masalah yang perlu difikir dan ditanggung Azmin selaku Menteri Besar baru. Keseluruhan, Azmin ada 42 ADUN Pakatan yang boleh dipilih untuk menjadi Exco (selain dirinya sendiri). Tapi dengan perkembangan sekarang jumlah itu sudah tinggal 33 sahaja kerana DAP dah awal-awal buat kenyataan tidak mahu Exco PAS yang di anggapnya sebagai pengkhianat kerana enggan letak jawatan masa krisis tempoh hari.

Dua lagi adalah ADUN PAS yang kini di anggap barua oleh parti mereka sendiri. 2 ekor ini kalau Azmin lantik jadi Exco, selain dianggap rasuah akan turut membawa maksud Azmin tidak hormat PAS sedangkan PAS lah yang calonkan nama Azmin sebagai Menteri Besar untuk pertimbangan Istana bukan PKR.

Seorang lagi ADUN yang tidak boleh pertimbangkan ialah Azizah. Kalau Azizah dilantik Exco nmpak kodi sangatlah seorang Presiden parti kena bekerja dibawah timbalannya dalam kerajaan negeri Selangor. Even kalau Azizah jadi Exco sekalipun akan timbul persoalan di kemudian hari, siapa sebenarnya Menteri Besar?. Nik Nazmi dan Hannah Yeoh pula masing-masing dah jadi Timbalan Speaker dan Speaker,pun tidak boleh. Baki 33 ADUN yang tinggal ini walaupun nampak banyak tapi bukannya layak jadi Exco. Ada sebablah kenapa Exco Selangor penggal 2008-2013 dengan 2013-September 2014 tidak banyak beza, kebanyakkannya masih muka yang sama kecuali 2 Exco dari DAP yang menggantikan wakil parti itu yang tidak bertanding di ADUN dalam PRU2013.

Disamping itu, hiearki dalam kepimpinan politik negeri juga perlu diambil kira. Takkan nak ambil ketua penerangan bila ada persuruhjaya negeri, contohnya kalau salah seorang ADUN, senang tapi bagaimana kalau kedua-duanya pun ADUN?  Jadi penulis yakin, pada saat artikel ini ditulis, 'peperangan' berebut jawatan Exco ini sedang berlaku. Di atas kertas memang kuasa Menteri Besar mencalonkan, tapi di alam nyata kitatahu Azmin perlu ikot kehendak DAP  dan PAS, PKR mungkin dia boleh makan sikit.

Pendk kata, bukan senang nak buat ni apatah lagi Azmin secara harfiahnya adalah MB parachute bukan benar-benar layak. Kalau tak kena gaya, persidangan DUN bulan November nanti, ada usul undi tidak percaya dan ada Menteri Besar yang diterajang keluar!!


http://www.mykmu.net/2014/09/25/selesai-berebut -mb-sekarang-berebut-exco-pulak/

No comments:

Post a Comment