Translate

Monday 18 August 2014

SELANGOR: BUMI DI PIJAK MILIK ORANG 10 ADUN ORANG LUAR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
                                            Gambaran Negeri Selangor Yang Pesat Maju
Berkait dengan isu yang berlaku di Negeri Selangor ini mari saya hendak berkongsi sedikit maklumat yang megatakan Selangor yang menjadi negeri terkaya sebenarnya sudah dijajah oleh orang luar. Belum selesai lagi isu Menteri Besar Selangor dah datang satu lagi perkara ini, memang menarik jika kita kongsikan bersama.

10 ADUN nya yang berasal dari luar negeri Selangor, termasuklah yang lahir di Kandang Kerbau Singapura yang nak menjadi MB Selangor. Jika di nilai dari maklumat yang kami terima ke 10 mereka terpecah kepada 3 ADUN lahir dan berasal dari Perak, 3 orang Johor, dan 2 dari Kelantan, 1 lahir di Singapura dan 1 luar negara. Agaknya sifat tidak ada belas kasihan kepada rakyat Selangor berpunca dari wakilnya yang bukan anak jati Selangor.

Simpati kepada masalah rakyat setempat mungkin tiada kerana meraka hanya wakil ''Touch N Go''. Sapu apa yang patut kemudian balek ke negeri masing-masing, sambil itu buat-buat sibuk dan dengan pelbagai isu yang wujud di Selangor, maka jasa dan bakti mereka tidak di magnifying glass kan oleh rakyat Selangor. Ada lagu anak kecil main api, dan liriknya sebut bumi dipijak milik orang. Agaknya sesuai tak dengan negeri Selangor??
                                                     Rakyat Mahu Anak Jati Selangor
Kini negeri Selangor mahu di perkosa  oleh orang luar lagi yang mahu menentukan siapa sesuai menjadi Menteri Besar Selangor. Anak negeri nak ditendang dan diganti dengan orang yang tidak perform ditempat asal tapi mahu kaut kekayaan Selangor. Memang pun dimana ada parti laknatullah disitu ada kemungkaran, Penang di kuasa KM orang Melaka, kini Selangor di kuasai orang Penang. Kelantan di kuasai orang Kelantan tetapi penduduknya lari ke negeri lain menjadi pelarian ekonomi pula. Agaknya sesiapa yang berkait dengan pemimpin Ikhwanul Lut akan tepalit juanya.



No comments:

Post a Comment