Translate

Friday 25 April 2014

COMANGGO TIDAK HORMATI ISLAM

Apa yang anda semua fahami tentang Comanggo ini?

Comanggo adalah gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia, seperti mana pada 22 Oktober 2013 Comanggo telah membuat tuntutan-tuntutan kepada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam agama Persekutuan.

Menurut kata Ketua Delegasi Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva/ Switzerland, Azril Mohd Amin berkata, tindakan Comanggo itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata. Menurut beliau, perbuatan itu bertujuan meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamaratan agama di negara ini. Comanggo turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha bedakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, kebebasan dan Cinta, karya Irsha Manji

Azril menambah, tuntutan-tuntutan Comango itu jelas mendedahkan agenda menggugat kedudukan Islam di Malaysia dan perlu ditolak oleh kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharuddin Mat Isa yang menyertai delegasi itu berkata, kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditemui  MuslimUPro di Geneva sedar tentang percubaan untuk menggugat kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"NGO-NGO yang kami temui turut dimaklumkan tentang usaha untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat", katanya dalam satu kenyataan. Jelas beliau, delegasi MuslimUPro dijadualkan bertemu perwakilan yang terlibat dalam proses UPR esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_09/Comango-tak-hormati-Islam#ixzz2zslzExxb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 9 April 2014

CATUAN AIR HANYA DI RUMAH ORANG MISKIN DI SELANGOR


Satu soalan yang penting perlu di kemukakan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mengapa didalam kesibuan mencatu air kepada penduduk, hanya rumah pangsapuri kos rendah dan kawasan penduduk miskin sahaja ianya dilakukan. Adakah ini salah satu cara kerajaan negeri "merakyatkan" pentadbiran mereka?

Di Shah Alam, hanya kawasa-kawasan tertentu sahaja yang airnya dikenakan catu. Boleh dikatakan semua kawasan pangsapuri kos rendah dikenakan catuan air selama dua hari. Ini bermaksud  penduduk dikawsan pangsapuri kos rendah hanya berpeluang menikmati kemudahan air untuk dua hari sahaja dan selepas itu ianya akan dicatu selama dua hari juga. Ini amat menyusahkan penduduk di situ kerana terpaksa menakung air sebanyak mungkin sebagai bekalan. Sekiranya diantara ada mereka kehabisan air mereka terpaksa turun ke bawah mengangkut air dari bawah untuk di bawah ke atas. Untuk pengetahuan umum, semua pangsapuri kos rendah tidak mempunyai lif dan para penduduk terpaksa mengangkut air menggunakan anak tangga.

Ini bezanya denga kawasan perumahan mewah seperti di Bukit Bandaraya dan juga kawasan dan juga kawasan sekitar rumah Menteri Besar Selangor, dimana catuan air tidak dilakukan langsung. Penduduk yang berumah banglo dan rumah yang tidak bertingkat bersuka ria dengan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri manakala para penduduk miskin terpaksa mengharungi saat-saat getir dalam kehidupan seharian mereka.

Jika didalam ceramah mereka, kerajaan negeri Selangor yang di terajui oleh Pakatan Rakyat menekankan kononnya mereka adalah pejuang rakyat miskin, namun perlaksanaan janji mereka amatlah berbeza sekali. Sudahlah air percuma tidak dapat dinikmati penduduk pangsapuri kos rendah, ditambah lagi pula dengan ketiadaan air di Selangor dalam kritikal.

Mungkinkah perlu rakyat negeri Selangor yang tinggal dikawasan rumah kos rendah ini beratur panjang di hadapan rumah Menteri Besar (Rasmi dan tidak  Rasmi) kerana rumah beliau tidak mengalami masalah air. Bahkan di kediaman rasmi Menteri Besar, terdapat kolam renang untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga beliau.



Kesian para penduduk miskin di Shah Alam, sudahlah air percuma tidak dapat, ini puala tiada air langsung yang boleh mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Kerajaan negeri Selngor boleh berbangga dengan staistik kecermelangan mereka sendiri, tetapi sekiranya mereka gagal dalam mentadbir pengurusan air, apa gunanya jutaan wang ringgit di dalam akaun kerajaan negeri tetapi langsug tidak boleh membantu rakyat sendiri. Akhir kata penyudah bicara buka lah mata dan meneliti pentadbiran yang mana lebih lebih bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.
                                        Orang ramai berbaris menunggu giliran untuk mengambil air

Wednesday 2 April 2014

NIK AZIZ MENGAKU BUKAN MAKSUM


Suatu yang amat jarang dilihat di kalangan pemimpin Melayu ialah 'meminta maaf'.Hampir dalam semua keadaan para pemimpin politik Melayu cukup sukar melafazkan maaf biarpun kesalahan tersebut begitu jelas dan sudah di ketahui umum. 

Nik Aziz telah menitiskan air mata ketika memohon maaf dalam kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka bersebelahan rumahnya.Dalam permohonan maafnya,beliau mengandaikan segala penyakit yang ditanggungnya kini adalah kifaarat dosa selama memerintah kelantan

Kita pasti,rakyat Kelantan yang selamanya mengagungkan Nik Aziz sedia memaafkan segala kesalahan pemimpin mereka.


Namun, dalam masa yang sama, tidak mustahil mereka juga merasa musykil akan apakah kesalahan Nik Aziz terhadap mereka.Ini kerana, selama ini Nik Aziz dianggap mereka sebagai maksum, bertaraf wali keramat dan tidak boleh dikritik.

Bagi Nik Aziz untuk menitiskan air mata meminta maaf, menunjukkan betapa beliau benar-benar insaf dan sedar akan kesalahannya. Nik Aziz pasti tahu fatwa apa yang pernah dikeluarkannya bertentangan dari ajaran Islam. Nik Aziz juga tahu apa yang telah dilakukannya sehingga menyebabkan tanah negeri Kelantan tergadai kepada pemimpin DAP. Nik Aziz juga tahu apa yang telah tidak dilakukannya sehinggakan rakyat Kelantan tidak mampumendapatkan bekalan air yang efisien dan bersih biarpun beliau telah memerintah sehingga lebih dua dekad.

Dalam keadaan kufur, pemimpin Kelantan tega merujuj kepada negeri Kelantan itu sebagai Mekah, sekali gus memburukan nama Islam dan tanah suci umat Islam itu. Selama itu juga, fitnah dan hamun terhadap BN serta  riak dan takbur atas 'keIslaman' sendiri menjadi cara hidup pengikut-pengikut Nik Aziz.