Translate

Monday 11 August 2014

KERAKUSAN ANWAR BUAT SELANGOR TERUMBANG AMBING

Apa sudah jadi dengan Parti PKR ini? hari ini sudah terbukti yang mana kerakusan kuasa Pakatan Rakyat di Selangor menyebabkan negeri itu terumbang ambing sehingga rakyat menjadi mangsa,. seharusnya  pakatan itu tidak harus lari daripada tanggungjawab menyelesaikan krisis politik yang berlaku dengan cara baik kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

''Ini adalah masalah mereka yang kini menjadi krisis dan membebankan (rakyat). Bagi kita , soal rakyat lebih penting diutamakan. Secara tidak langsung saya tidak berfikir rakyat akan seronok (jika ia berterusan). ''Seharusnya ada tindakan (penyelesaian) segera, kita tidak mahu ianya akan berlanjutan pada masa yang lama. Mereka patut tengok apa yang rakyat akan hadapi. Jangan jadikan krisis itu beban kepada rakyat''.
Kemelut politik di Selangor yang kian meruncing sehingga Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti kerana didakwa mengingkari beberapa keputusan parti. Sangat-sangat mendukacitakan atas krisis politik itu, oleh itu rakayat Selangor harus membuka mata supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku yang antara lain boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri.

Ini telah membuktikan bahawa siapa sebenarnya Anwar ini, kerakusan beliau telah menyebabkan negeri Selangor menjadi terumbang ambing disebabkan isu pemecatan Khalid Ibrahim daripada PKR. Seperti mana yang kita ketahui beliau mahu melantik Menteri Besar yang baru iaitu isterinya sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, adakah pemimpin yang seperti ini sikap dan kelakuannya untuk kita angkat untuk menjadi pemimpin negara??? jadi kita doa-doakan lah supaya krisis ini cepat selesai dan rakyat Selangor membuka hati dan mata di masa akan datang....

No comments:

Post a Comment