Translate

Monday 11 August 2014

KHALID IBRAHIM TERSENYUM LEBAR BILA MASUK KE ISTANA. SULTAN TURUT SENYUM, APA MAKSUD??

Assalamualikum..salam sejahtera dan salam satu Malaysia, setelah kekecohan berlaku di bumi Selangor akhirnya menjumpai jalan penyelesaiannya. Hal ini kemungkinan semua orang sudah ketahui bahawa Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut sumber yang rapat dengan Khalid Ibrahim, beberapa orang ADUN BN sudah mula mengorak langkah untuk menubuhkan ''Kerajaan Perpaduan Melayu'' di Selangor. Ekoran sikap lanang DAP yang menyerang Khalid kerana isu Bible dan isu-isu yang berkaitan agama Islam maka ada beberapa ADUN sudah memikirkan langkah bersatu demi agama Islam.

Khalid Ibrahim dikatakan berunding secara senyap dengan beberapa orang ADUN PAS dan beberpa orang ADUN PKR yang tidak lagi setuju dengan sikap kuku besi Anwar Ibrahim. Ada ADUN PKR yang berbangsa Melayu tidak lagi berasa senang dengan campur tangan berlebihan DAP dalam menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR. Mereka tidak lagi pandang wang dan ugutan sebagai cara penyelesaian. Mereka takut nasib yang akan terjadi kepada orang Melayu Selangor jika Wan Azizah naik sebagai MB Selangor.
Wan Azizah disifatkan sebagai seorang yang lembik dan boeh dibuli oleh DAP. Anwar sudah dipenjara, oleh itu apa lagi yang Wan Azizah boleh buat? Siapa yag nasihat Wan Azizah? Sudah tentulah orang itu adalah Kit Siang. Mereka berpendapat bahawa DAP juga boleh buat perkara yang sama untuk menjatuhkan Wan Azizah di Selangor suatu hari nanti. Perkara itu boleh berlaku dan akan berulang kembali kepada Wan Azizah. Lagipun Wan Azizah bertanding di kerusi mejoritinya pengundi Cina.

Keputusan besar dijangka dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Dewan Diraja Selangor yang sedang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Apakah akan ada satu berita baik untuk orang Melayu di Selangor hari ini? Jadi marilah kita merenung sejenak seketika.

No comments:

Post a Comment