Hari ini saya ingin berkongsikan tentang Tasik yang berada di Shah Alam, purata nya mejoriti tahu di mana terletaknya Tasik berkenaan. Hal ini sedang hangat diperkatakan satu Malaysia dab bukan lagi di negeri Selangor sahaja.
Sebelum di diri kan tembok
Sekiranya anada datang ke Shah Alam, anda akan dapat melihat projek pembinaan tembok yang sedangdijalankan di sekuliling Tasik Shah Alam. Untuk pengetahuan umum tasik tersebut merupakan tempat riadah keluarga yang amat popular. Ada yang sanggup datang dari Banting, Tanjung Malim dan seluruh lembah Klang semata-mata ingin beriadah di kawasan tersebut. Persoalannya mengapa tasik itu perlu ditembok?. Tasik buatan manusia biasanya diletakkan di tengah-tengah kawasan bandar untuk menyejukkan kawasan sekitar. Tasik-tasik seperti yang terdapat di Shah Alam juga dijadikan "sanctuari" atau tempat berlindung bagi haiwan-haiwan yang telah ada di kawasan tersebut walaupun sebelum "Shah Alam" itu sendiri wujud.
Ada desas desus dikalangan rakyat Shah Alam yang mengatakan bahawa dengan adanya tembok seperti iu, bayaran akan diambil daripada pengunjung. Sekiranya pekara ini benar ianya adalah satu perkara yang sangat dengkal kerana ianya akan membebankan rakyat Shah Alam. Sudahlah semua tempat letak kereta telah dikenakan bayaran, adakah para pengunjung tasik Shah Alam akan berdepan dengan perkara yang sama?
Aktiviti riadah memancing di Tasik Shah Alam

Mungkin soaan yang sama juga perlu ditujuan kepada Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, apakah beliau terlalu sibuk dengan menyerang JAIS sehinggakan lupa bahawa daerah di bawah jagaannya menjalankan pembangunan tidak terancang yang bakal merugikan seluruh penduduk Shah Alam, Selangor. Jika selama ini kerajaan Negeri Selangor di bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat sibuk menunding jari terhadap kerajaan lama BN sekiranya terdapat apa jua masalah yang berbangkit, kini mereka perlu mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini. Ini adalah kerana pembinaan tembok itu berlaku di zaman Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor dan bukannya Barisan Nasional
No comments:
Post a Comment