Translate

Monday 7 July 2014

AZMIN DAN KHALID BERGADUH NAK BOLOT DANA BERBILIION

Parti rusuhan jalanan, PKR semakin tenat apabila terus dibelenggu satu persatu dengan masalah dalaman yang serius. Belum sempat reda pasal isu pihak Pembangkang bergaduh sesama sendiri, kini timbul pula kisah pergaduhan diantara Azmin Ali dan Khalid. Kemelut pertelagahan antara kem Azmin Ali dan Khalid Ibrahim masih terus membara tanpa tanda-tanda ia akan reda sedikit pun. Terbaru timbul isu pengantungan dua pegawai kanan Khalid iaitu setiausaha politik beliau, Mustapha Mohd Taib dan bekas setiausaha politik menteri besar itu, Faekah Husin.

Mustapha digantung keahlian PKR kerana didakwa mengugut seorang calon supaya tidak bertanding jawatan ketua caabang di Selangor. Faekah pula diberi surt tunjuk sebab kerana didakwa menggunakan salurn media utuk mengkritik Shamsu; Iskandar Md Akin, ahli parlimen Bukit Katil yang mendesak  agar Khalid meletakkan jawatan. Jika dibedah dan diteliti kes tidakan disiplin terhadap kedua-dua pegawai menteri besar ini ternyanta ada tanga ghaib yang memanipulasi jawatankuasa disiplin parti untuk kepentingan peribadi.
Jika dikatakan tangan ghaib itu adalah timbalan presiden parti itu sendiri, Azmin, maka jawapannya adalah tidak jauh daripada kebenaran. Sememangnya Azmi lah yang bertanggungjawab merancang supaya Mustapha dan Faekah dikenakan tindakan oleh parti bagi melemahkan keudukan khalid. Ini adalah sebahagian daripada komplot untuk menjatuhkan Khalid dan menaikkan presiden PKR pada jawata menteri besar. Malangnya Azmin mungkin lupa bahawa Khalid dan Dr Wan Azizah Ismail adalah dari satu kem yang sama yang menentang Azmin sejak awal krisis beliau dengan menteri besar.

Faekah adalah krono D Wan Azizah yang telah mendapat begitu banyak habuan yang lumayan dan kepentingan sejak PRK memerintah Selangor. Faekah juga adalah nominee kepada presiden parti dalam segala keuntungan daripada projek-projek yang dianugerahkan kepada Dr Wan Azizah. Tidak pelik jika Shamsul yang mendesak supaya Khalid meletak jawatan  tidak pula diambil tindakan disiplin kerana beliau adalah kroni kepada Azmin. Apabila Shamsul bersuara sebenarnya yang bercakap adalah Azmin yang menggunakan kroninya itu untuk melalak. Isu pertelingkahan antar Azmin  dan Khalid bukan setakat politik sahaja tetapi lebih mendasar adalah mengenai pihak siapa yang mengawal dana kewangan Selangor.
Sebagai negeri trmaju dan terkaya di negara ini, Selangor adalah penggerak utama ekonomi serta penyumbang utama pendapatan Malaysia. Sudah tentu menteri besar yang berkuasa penuh ke atas dana yang berbiliion ringgit juga mempunyai kuasa luas untuk meluluskan mana-mana projek kepada pihak yang menyokongnya. Disini punya sebenar mengapa Azmin beriya-iya hendak menjatuhkan Khalid kerana sejak lawannya memegang jawatan tersebut, beliau dan kroni-kroninya boleh dikatakan disisih terus daripada mendapat apa-apa habuan projek.

Ketika Azmin dan kuncu-kuncu berputih mata melihat pembahagian projek-projek lu ayan dibahagi-bahagikan oleh Khalid kepada kem Dr Wan Azizah dengan di ketuai oleh Faekah, maka timbullah rasa tidak puas hati yang amat mendalam dikalangan kumpulan yang anti menteri besar. Natijahnya parti sendiri dijadikan pertaruhan untuk berebut kuasa dan ketua umum. Anwar Ibrahim kelihatan tiada bermaya atau mempunyai pengaruh langsung untuk menyelesaikan masalah berpanjangan ini. Walau banyak kali telah diadakan sesi pertemuan untuk merungkai krisis antara mereka berdua namun satu nasihat Anuar pun tidak diambil pusing oleh Azmin atau Khalid. Sebenarna Anwar hanyalah tunggul yang tidak mempunyai fungsi hakiki di dalam PKR kerana beliau sendiri dibelenggu dan dihantui oleh masalah peribadi yang serius..


No comments:

Post a Comment