Translate

Sunday 6 July 2014

KEMELUT POLITIK PEMBANGKANG SEMAKIN PARAH

Hari ini sudah terang-terangan dan terbukti bahawa kemelut politik Pembangkang semakin berpanjangan antara parti-parti politik dalam pakatan pembangkang serta masalah dalam yang serius masing-masing telah menggoyahkan kesatuan mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 dalam masa tiga atau empat tahun lagi. Samada pakatan Pembangkang mampu memasuki gelanggang PRU14 dengan tahap keyakinan dan juga keangkuhan semasa kempen PRU13 sudah mula diragui bukan sahaja oleh pemerhati plitik tetapi juga ahli-ahli parti sendiri.

Jangan di salahkan UMNO atau Barisan Nasional kerana semua masalah yang terpalit samaada pada PAS, DAP, PKR adakah perbuatan dan angkara mereka sendiri. Pada asasnya masalah yang membelenggu mereka disebabkan pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa dan mahu kekal berkuasa hingga bila-bila. Lebih parah mereka mahu ahli keluarga, kroni dan penyokong tegar mereka mendapat kedudukan tinggi di dalam parti. Inilah yang berlaku pada pemiliahan PKR sehingga tidak ada kesudahannya.
Kem Azmin Ali berhempas pulas mahu mengekalkan bos mereka pada jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga segala peraturan dan disiplin proses pemilihan dilanggar dan dicabuli. Politik wang berleluasa dan kertas undi samaada di seleweng, ditambah ikut suka hati ataupun disorokkan bagi memastikan pihak lawan kalah.Inilah yang menyebabkan rasa tidak puas yang mendalam terhadap apa yang dilakukan oleh Azmin Ali demi berpaut pada kuasa. Kuasa media baru mendedahkan segaa kepincangan bagaiana huru haranya pusat pengundian PKR di cabang-cabang di seluruh negara. Sungguh memalukan dan mengaibkan bagi sebuah parti yang sungguh angkuh dan bongkak ketika mengutuk dan mengeji dan memfitnah UMNO dan BN dengan dakwaan kepincangan dan penyelewengan kuasa.

Hakikatnya PKR sendiri terlibat dalam amalan rasuah politik yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan lagi. Mungkin lain kali parti itu perlu melihat dirinya dalam cermin yang lebih besar supaya insaf dengan kepincangan dalam organisasi sendiri sebelum menjaga tepi kain orang lain. Begitu juga apa yang sedang berlaku dalam DAP berhubung status sahnya parti itu sebagai sebuah pertubuhan politik yang berdaftar.
Sehingga kini parti itu terus dengan membuat keputusan dasar dan polisi mengenai perjalanan parti walaupun ditrgah oleh Jabatan Perdaftaran Pertubuhan sehingga isu kesahihan pemilihan jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan pada Disember 2012 dielesaikan. Sekali lagi DAP memilih jalan menentang Ros dengan membuat pelbagai dakwaan yang tidak adil dan palsu terhadap jabatan kerajaan itu. Hanya kerana DAP mahu menutup penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan CEC nya dituduhnya pula Ros bersekongkol dengan UMNO untuk menjatuhkan parti itu.

Hakikatnya apa yang berlaku adalah hasil pergolakan politik antara dua kem dalam DAP- kem yang menyokong dinasti Lim Kit Siang / Lim Guang Eng dan kem yang menentang sikap diktator mereka. Penyelewengan yang berlaku adakah kerana dinasti Lim mahu mencantas penentang mereka dan memastikan CEC dipenuhi oleh penyokong yang direstui mereka.

Kemelut politik yang membelenggu pakatan Pembangkang adalh serius kerana hingga menyebabkan Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi mengatakan faktor kekalahan calon DAP di Teluk Intan adalah disebabkan oleh pertelagahan PAS, PKR dan DAP di Selangor dan isu hudud yang dimainkan oleh parti itu. Masalah kritikal antara ketiga-tiga parti tidak dapat sorok lagi hingga ia perkelahian mereka meletup semasa kempen PRK Teluk Intan. Walaupun mengaku berpakat dalam politik, realitinya itu hanya cakap-cakap kosong yang tidak membawa pengertian sebenar.....

No comments:

Post a Comment