Translate

Thursday 24 July 2014

HUKUM MATI PENEMBAK MH 17

Salam pagi jumaat kepada seluruh umat Islam. Hari ini admin nak berkongsikan tregedi yang mengemparkan Malaysia iaitu pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh. Jika sebelum ini kita menyangka trajedi yang menimpa MH17 merupakan satu kesilapan manusia, namun hari ini kita telah musykil dan semakin yakin bahawa ada agenda kuasa besar disebaliknya. Kemusykilan ini timbul dari maklumat-maklumat yang bercanggah serta sikap kuasa-kuasa besar itu sendiri dalam menangani tragedi ini.

Pada hari ini rasanya semua orang sedia maklum bahawa negara kuasa besar adalah dicaturi oeh tangan tersembunyi Zionis yang membawa cita-cita untuk menakluk duinia. Ya, seperti sang 'iblis' Yahudi Zionis secar halus menguasai segala keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat. Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat kini sedang menghadapi saigan sengit dari China, (juga sebuah negara kuasa besar). dari segi ekonomi. Amerika juga tidak senang dengan Russia, iaitu sebuah lagi negara kuasa besar, yang bukan sahaja mampu memberi persaingan dari segi teknologi, etapi juga membawa pendirian sendiri dalam isu-isu global. Justeru Russian seperti juga China, dilihat sebagai berpotensi memberi 'halangan' klaupun bukan 'ancaman' kepada Amerika.

Dalam masa itu, Zionis pula sedang dalam misi kemuncak untuk merampas Palastine secara total untuk kesekian kalinya. Kebetulannya Malaysia adalah negara yang paling lantang menentang pencerobohan Zionis terhadap Palastine. Oleh yang demikian, walaupun Malaysia tidak mampu memberi saingan dari segi ekonomi mahupun teknologi terhadap kuasa besar, tetapi Malaysia tetap dilihat sebagai 'halangan' dan berpotensi menjadi 'ancaman' sekiranya mempengaruhi negara lain. Lebih ari itu, Malaysia juga menjadi 'idaman' sekutu kuat Israel di rantau ini, iaitu Singapura. Maka tidak hairanlah sekiranya Malaysia telah dijadikan mangsa, samaada secara perancangan lebih awal atau spontan dalam konflik ini.

Hubungan baik Malaysia dengan China yang dijalinkan sejak zaman Tun Abdul Razak dan diperkukuhkan oleh Tun Mahathir Mhamed dan kini di sambung oleg Dato' Seeri Najib, cuba digugat melalui MH370. China yang diharapkan untuk 'mengimbangi' kuasa antara negara-negara kuasa besar, kini cuba dipengaruhi agar turut 'berdiri' di belakang Amerika . Permainan ini semakin  rancak apabila Perdana Menteri Zionis Israel, Benjamin Netanyahu membuat kenyataan bahawa 'China merupakan rakan baru Israel pada 11 julai lalu. Mungkin, iblis parasit Zionis sudah mula mencari 'host' yang lebih kukuh, kerana tidak yakin lagi dengan pemulihan ekonomi Amerika. Dan kini, hubungan Russia dan Malaysia pula kini digugat melalui MH17.

Malaysia berada dalam keadaan yang amat sukar memandangkan kita tidak mampu menggugat hubungan baik kita dengan Russia, Namun di masa yang sama kita perlu bertegas unuk memastikan semua mayat mangsa dapat disempurnakan dan di kembalikan kepada keluarga masing-masiing. Persoalan kini ialah, jika mengambil kembali mayat mangsa juga begitu sukar sekali dan kemungkinan besar tidak akan berjaya, maka bagaimanakah kita boleh menharapkan yang kita mampu mendapat capaian kepada maklumat siasatan? Dan apakah jaminan yang maklumat itu tepat?

Walau apapun persoalan, Malaysia tidak mampu menuduh, tidak mampu bersikap keras dan tidak mampu memaksa lebih dari apa yang pihak Russia sedia berikan kepada kita. Namun, Malaysia berhak mendesak mereka yang menembak MH17 dihukum mati. tidak kira siapa dan pihak mana pun mereka. Apa yang berlaku kepada MH17 adalah pembunuhan beramai-ramai iaitu 298 orang. Ia merupakan satu jenayah yang tidak dapat diterima akal sama sekali memandangkan Malaysia langsung ttidak terlibat alam konflik di Russia.

Malah, jika kelantangan Malaysia dlam isu Gaza merupakan puncanya, maka ia menjadikan jenayah ini jauh lebih kejam lagi kerana ia seolah-olah melipatgandakan jumlah mangsa yang terlibat iaitu rakyat Palastine, selain penumpang dan krew pesawat. Sedangkan di dalam pesawat tersebut, bukan semuanya rakyat Malaysia, tetapi rakyat negara lain yang kemungkinan besar tidak menyokong pembebasan Palastine. Justeru  adalah wajar bagi seluruh dunia untuk mendesak agar pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman mati, tanpa sebarang persoalan lagi. Sekiranya mayat-mayat mangsa diapa-apakan, maka seluruh dunia wajar mendesak agar pihak yang melakukan turut dihukum dengan seberat-beratnya

Malaysia kini benar-benar tersepit dan satu-satunya harapan ialah kebijaksanaan kerajaan untuk menangani masalah ini dan juga pergolakan politik global dengan sebaik mungkin. Rakyat keseluruhan wajib memahami situasi  yang genting ini serta berdiri teguh di belakang kerajaan biar apapun yang berlaku dalam kes MH17 nanti.



 


No comments:

Post a Comment