Translate

Wednesday 16 July 2014

PKR SUDAH NAZAK MENUNGGU TUMBANG

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia mahupun seluruh dunia. Harini kita sudah dapat lihat bagaimana keadaan sebenar dalam parti PKR. Banyak benda sudah berlaku dalam parti tersebut salah satu antara alasan yang paling kelakar yang diberikan oleh PKR berhubung insiden tumbuk menumbuk danberkelahi antara ahli-ahlinya pada mesyuarat agung dan pemilihan semula di beberapa cabangnya adalah disebabkan berebut teman wanita.

Samada pengerusi jawatan pemilihan PKR Johari Abdul seorang yang jahil dan tidak langsung ambil peduli apa yang berlaku di dalam partinya sendiri ataupun beliau sudah mati akal tidak tahu apa lagi alasan yang harus diberi. Keputusan muktamad siapa menang dan siapa kecundang di dalam pemilihan PKR 2014 masih belum dapat diumumkan sehingga sekarang. Ini kerana terlalu banyak dakwaan penyelewengan kertas undi dan politikwang sehingga hampir 40 cabang perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula.
Perkara ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti politik di negara ini samada parti kerajaan ataupun pembangkang. Ini hanya berlaku kepada parti yang diterajui oleh sepasang suami isteri iaitu Anwar Ibrahim ketua umum dan Dr Wan Azizah Ismail selaku presiden dan jangan lupa juga anak mereka, Nurul Izzah menjawat naib presiden. Pemilihan semula bulan lepas menyaksikan adengan-adengan bergaduh dan bertumbuk sehingga adalah yang cedera dikepala amat memalukan PKR yang kononnya sebuah parti yang dihidangkan kepada penyokong dan rakyat sebagai parti alternatif terbaik bagi menggantikan Barisan Nasional.

Hakikatnya melihat kepada betapa kecohdan huru hara PKR ditadbir di bawah Anwar dan Wan Azizah parti itu adalah menyerlahkansifat jalanannya yang tidak pernah dikikis daripada imej. Daripada jalan ia bagun dan tumbuh sebagai gerakan politik dan kepada jalan jugalah ia kembali untuk menserasikan dirinya kepada sifat asal. Betulkan kata mendiang Karpal Singh bahawa PKR rantaian paling rapuh dalam pakatan pembangkang. Beliau juga pernah berkata Anwar perlu bertaubat atau segala kesalahan yang dilakukan di dalam politik atau peribadi termasuk perbuatan meliwat pembantunya.
Kini mulut Anwar terkunci kelu tidak tahu hendak berkata apa-apa kerana sememangnya tidak ada alasan lagi hendak disuap kepada rakyat yang melihat gelagat pemimpin dan ahli-ahli PKR. Apa hendak dikata apabila ahli-ahli berantakan sesama sendiri akibat berbalah kem mana yang patut menang dan puak mana yang menipu di dalam proses pemilihan. Hendak dituduh ini angkara konspirasi Umno sudahjauh daripada logik dan fakta kerana yang bergaduh adalah ahli-ahli PKR sendiri.

Sebenarnya Anwar sudah hilang kawalan terhadap partinya apabila ahli-ahlinya sedar bahawa perjuangan politiknya hanyalah untuk mengangkat diri beliau sebagai perdana menteri sahaja dan untuk menaikkan keluarganya didalam parti. Antara kroni Anwar yang paling dibenci di dalam PKR sekarang ialah Azmin Ali. Amin yang amat lantang mengencam Umno kononnya parti parti itu mengamalkan kronisme dan politik wang kini terbabit pada tahap parah dalam isu yang dibangkitkan terhadap parti lawan. Apa yang dilakukan oleh kem Azmin untuk membeli undi,menghilangkan kertas undi, menggugut perwakilan yang menentangnya malah sanggup menggantung keahlian dalam PKR mereka yang lantang mengkritik beliau menjadi bukti kukuh parti sedang nazak dan akanlingkup tidak lama lagi.




No comments:

Post a Comment