Translate

Sunday 4 May 2014

DAP PATUT KELUAR PAKATAN RAKYAT BUKANNYA PAS

Tahun 2014 merupakan tahun di mana kekecohan perselisihan faham dan pelbagai isu besar yang melanda parti pembangkang Malaysia. Dari isu air Selangor hinggalah kekecewaan pemimpin pembangkang kerana tidak bertemu Presiden Barack Obama, satu perkara yang ramai diantara kita terlepas pandang ialah perlaksanaan Hudud di Kelantan. Hudud adalah satu set hukuman yang telah diperjuangkan oleh fundamentalis Islam di Asia Tenggara. Apabia Brunei, sebuah negara yang kaya telah melaksanakan sistem Hudud, maka ianya telah menjadi "trigger" agar sistem ini diaplikasikan di kesemua negara Islam di Asia Tengggara (Indonesia dan Malaysia).

Di Malaysia, "Hudud" merupakan asas kepada perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Walaupun telah lama berdolak-dalik tentang perkara ini. PAS nampaknya masih menyimpan hasrat yng mendalam untuk melaksanakan sistem pengkukuman Hudud walaupun hanya di Kelantan sahaja. Sistem Hudud PAS yang ingin diaplikasikan di negeri Che Siti Wan Kembang itu belum dibacakan di Parlimen Malaysia, namun telah mendapat penentangan yang hebat dari rakan-rakan mereka di PKR dan DAP. Selepas berakhirnya pilihan raya ke-12 pada tahun 2008, PAS kelihatan longlai dan tidak bermaya sehingga terpaksa merubah slogan dan perjuangan mereka, Hudud tidak lagi disebut-sebut dalam ceramah pasca pru-12 kerana khuatir ia akan menyebabkan kehilangan sokongan dari orang bukan Melayu yang berada di bawah telunjuk DAP. Lantas PAS mengmbil langkah untuk menggantikan hudud kepada "Negeri Berkebajikan".
Perkara ini bagaimanapun tidak dapat bertahan la,a kerana golongan ulam ' dalam PAS tidak selesa dengan perkara ini. Hudud perlu dikembalikan semula kedalam menifesto/ janji kempen PAS kerana sokongan orang-orang agama semakin berkerungan kesan dari perpindahan perjuangan PAS. Lantas, PAS mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perjuangan lama mereka kononya untuk menegakkan sistem undang-undang Islam. Bekas Pngerusi DAP YB Karpal Singh telah meyatakan sekiranya mereka ingin melaksanakan Hudud di Malaysia, mereka perlulah melangkah mayatnya dahulu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mendiang Karpal Singh walaupun pada ketika itu PAS tidak lagi gagah memperjuangkan hudud.

Akhirnya selepas PRU-13 melabuhkan tirainya, PAS kembali menyokong semula dan membawa panji hudud dalam perjuangan mereka. Perkara ini tlah lama di perhatikan oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP. PKR yang kononya memperjuangkan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia nampak tidak konsisten didalam sokongan mereka  memperjuangkan Hudud. Dihadapan PAS mereka akan menyatakan bahawa mereka menolak hudud. Hipokrasi sememangny adalah permainan PKR sejak berzaman lagi. Diantara ketiga-tiga parti tersebut, hanya DAP sahaja yang konsisten dalam memperjuangkan hak orang kafir menolak hudud dam pembasmian keistemewaan  orang Melayu. Manakala PAS & PKR hanya mengikut haru dan tidak tahu ke mana arah tuju perjuangan mereka. Justeru itu kita wajar menyeru DAP untuk keluar sahaja dari  Pakatan Rakyat daripada terpalit dengan permainan politik PKR & PAS. Ini wajar dilakukan sekiranya mereka ingin nampak relean dan boleh dipercayai oleh penyokong mereka.

Jika DAP masih terus bersama Pakatan Rakyat  maka sudah terang lagi bersuluh, parti Cina itu juga sedang bergelut samada ingin mnjadi sebuah parti yang releven dengan perjuangan ataupun parti yang hipokrit seperti PKR. Jika DAP masih ragu-ragu untuk meninggalkan Pakatan Rakyat maka sudah tentu ini bermaksud, DAP tidak pernah ikhlas dengan perjuangan mereka dan hanya mementingkan kuasa dan pangkat untuk memenuhkan poket para pemimpin mereka dengan duit sahaja.

Apa yang telah kita nampak bila DAP mendapat kekuasaan, jadi pertahankan lah Agama dan Bangsa kita sendiri iaitu Melayu...

No comments:

Post a Comment