Translate

Sunday 11 May 2014

HUDUD JADIKAN ANWAR BINGUNG

Hari ini admin nak menceritakan sedikit sebanyak tentang permasalahan kebingungan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di saat ini. Bukan sedikit dan bukan keil masalah yang di hadapi oleh Pakatan Rakyat pada hari iniwalaupun pakatan menafikn mentah-mentah yang mereka menghadapi masalah. Dari apa yang kita lihat isu pemilihan CEC DAP masih belum selesai dan desakan semakin hebat kedengaran agar ROS  tidak membenarkan parti itu bertanding dam PRK Gelugor dan Teluk Intan dan mana-mana PRK atau PRU akan datang sekiranya tiada penyelesaian.

Pemilihan PKR pula menyaksikan kegagalan total kepimpinan dalam mentadbir dan mengurus parti serta kerosakan jiwa yang kronik dimana tiada langsung sifat tanggungjawab amanah dan telus di kalangan mereka yang terlibat. Apa yang dapat dilihat hanyalah kerakusan, tamak haloba, permusuhan, dan kesanggupan untuk melakukan app sahaja demi kuasa. Jika CEC DAP dimanipulasi secara senyap-senyap melalui kiraan komputer penipuan PKR pula terserlah secara fizikal dengan kerusi berterbalikan dan kertas berterbangan. Pemimpon tertinggi kedua-dua parti DAP dan PKR nampaknya gagal menyelesaikan masalah parti masing-masing.
Dalam keadaan sebegini, Ketua Pembangkang seharusnya memainkan peranan untuk mendesak kepada penyelesaian secara tegas dan tuntas. Malangnya, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim, tidak mampu berbuat apa-apa. Anwar nampaknya benar-benar buntu dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua jauh sekali pemimpin. Manakala tindakan PAS membangkitkan isu hudud untuk dibawa ke parlimen menambahkan lagi kekusutan dalam Pakatan Rakyat. PAS berdegil ingin melaksanakan hudud manakala DAP dan PKR bertegas untuk menolaknya mentaj-mentah. Namun di masa yang sama ketiga-tiga parti menafikan yang merek mempunyai masalah dan cuba memperlihatan seolah-olah isu hudud hanyalah permainn UMNO untuk memecahbelahkan mereka

Penafian ini tentu sahaja tidak membantu menyelesaikan apa-apa, sebaliknya membuatkan Anwar sebagai Ketua, yang telah buntu dan menjadi bingung. Dalam hal ini Anwar benar-benar tejerat dalam permainan ketiga-tiga parti dalam pakatan. Menyebelahi DAP akan membuatkan PR kehilangan undi Melayu manakala menyebelahi PAS pula akan menyebabkan kehilangan undi buan Melayu. Dalam keadaan di mana dirinya sendiri mempunyai masalah peribadi berkaitan mahkamah, Anwar kini benar-benar kehilangan arah. Segala karisma yang dimilikinya semakin terpadam. Segala lakonan sebagai emimpin berkredibiliti kini hancur. Malah, khabarnya, Anwar sedikit pun tidak dilayan oleh orang ramai ketika mengahadiri sebuah kenduri baru-baru ini.
Publisiti yang cuba diraih setiap hari tidak lagi memberi apa-apa makna. Biarpun namanya terus terpampang di dada akhbar, namun ia tidak memberi impak kepada dirinya, parti mahupun negara. Kemunculannya di pentas politik hanyalah sebagai satu kenyataan bahawa demokrasi cukup segar di Malaysia, begitu juga dengan hak kebebasan bersuara. Anwar kini bukan lagi "sesiapa". Mungkin apa yng berlaku ke atas Anwar adalah akibat dari gemar bermain dengan isu agama. Antaranya, Anwar pernah berkata bahawa undang-undang pengharaman homeseksual adalah apuk dan Anwar juga berdolak dalih dalam isu hudud. Anwar ckup konsisten menyokong gerakan liberalisasi dan pluralisme di pentas-pentas luar negara tetapi amat berhati-hati dalam memperkatakan mengenainya etika di Malaysia. Anwar merupakan salah seorang yang menandatangan Annapolis Summit yang mengetiraf Israel sebagai sebuah negara dan Anwar juga pernah menyokong 'perlindungan ke atas Israel'.

Pendirian Anwar yang bertentangan dengan apa yang ditonjolkan di hadapan umat Islam di negara ini akhirnya memberi kesan kepada mental dan juga fizikal beliau. Penampilan Anwar semakin hari semakin kusut dan sesiapa sahaja dapat mengesan yang beliau kini kebingugan. Apa  yang berlaku pada Anwar adalah akibat dari perbatannya sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu beliau untuk pulih kembali, melainkan dirinya sendiri. Mungkin Anwar perlu memohon agar hukuman hudud dikenakan ke atas dirinya bagi membolehkan beliau kembali tenang. Lagipun, bukankah Anwar juga yang begitu giat menjaja soal 4 saksi berikutan tuduhan meliwat ke atasnya?


No comments:

Post a Comment