Translate

Friday 25 April 2014

COMANGGO TIDAK HORMATI ISLAM

Apa yang anda semua fahami tentang Comanggo ini?

Comanggo adalah gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia, seperti mana pada 22 Oktober 2013 Comanggo telah membuat tuntutan-tuntutan kepada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam agama Persekutuan.

Menurut kata Ketua Delegasi Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva/ Switzerland, Azril Mohd Amin berkata, tindakan Comanggo itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata. Menurut beliau, perbuatan itu bertujuan meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamaratan agama di negara ini. Comanggo turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha bedakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, kebebasan dan Cinta, karya Irsha Manji

Azril menambah, tuntutan-tuntutan Comango itu jelas mendedahkan agenda menggugat kedudukan Islam di Malaysia dan perlu ditolak oleh kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharuddin Mat Isa yang menyertai delegasi itu berkata, kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditemui  MuslimUPro di Geneva sedar tentang percubaan untuk menggugat kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"NGO-NGO yang kami temui turut dimaklumkan tentang usaha untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat", katanya dalam satu kenyataan. Jelas beliau, delegasi MuslimUPro dijadualkan bertemu perwakilan yang terlibat dalam proses UPR esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_09/Comango-tak-hormati-Islam#ixzz2zslzExxb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment