Translate

Tuesday 13 May 2014

MASA DEPAN MEDIA GELAP DI BAWAH PEMBANGKANG

Disini admin nak mengambarkan bahawa keganasan yang tercetus semasa perhimpuanan haram anti-GST pada Hari Buruh mengukuhkan persepsi rakyat bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa. Hal ini berlaku oleh kerana sikap pihak pembangkang yang sudah hilang akal fikiran nya kerana sanggup berbuat kekecohan dan keganasan. Malah keganasan ini berlaku bukan buat pertama kali tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam setiap demontrasi dan perhimpunan yang diadakan terutamanya di ibu negara.

Mereka seolah-olah mendabik dada bahawa merekalah yang paling demokratik dan menjunjung undang-undang kononnya berjuang untu negara hukum. Bagaimanapun apabila undang-undang tidak menyebelahi mereka, pembangkang lah pihak yang pertama melanggari segala peraturan yang mereka pertahankan. Umpamanya pihak polis telah menyatakan perhimpunan anti-GST tersebut adalah haram dari segi undang-undang kerana penganjur tidak mematuhi syarat-syarat mengadakan perhimpunan sebagai termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Malah sebelum akta tersebut digubal pembangkang mahu agar mereka dibenarkan berhimpun di dalam stadium atau tempat tertutup. Apabila syarat tersebut dimasukkan di dalam akta berkenaan merekalah yang pertama sekali menolaknya pula dan mahu mengadaka demontrasi jalanan. Dalam perhimpunan haram mana-mana pun pasti akan terjadi kejadian yang tidak diingini berlaku. Di dalam undang-undang sudah nyata dan jelas kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa bersama dalam sebarang perhimpunan. Apa yang berlaku penyokong pembangkang tetap menyeret anak-anak yang tidak berdosa dann mendedahkan mereka kepada risiko tercedera sekiranya terperangkap di dalam insiden keganasan.

Pembangkang juga berjanji untuk tidak mengusik atau menganggu gugat tugas petugas media. Apabila yang berlaku adalah sebaliknya, wartawan diganasi dan dikasari sehingga ada yang tercedera. Perkara ini tidak harus berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengamalkan sikap terbuka berhubung kebebasan media. Sekiranya inilah sikap pembangkang yang mensasarkan petugas media khususnya daripada media arus perdana masa depan industri media di negara ini akan gelap sekiranya pihak pembangkang memegang kuasa.
Apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit dan Lim Guan Eng kononnya kebebasan akan dijamin di bawah sekiranya mereka berkuasa hanyalah cakap kosong dan retorik sahaja. Hakikatnya pembangkang adalah musuh media kerana walaupun mereka berkuasa di beberapa buah negeri, namun nasib pertugas media yang tidak disukai mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3 sentiasa didiskriminasi. Wartawan diancam dengan tindakan saman dan undang-undang setiap kali mereka mengajukan soalan yang mampu menggugatkan kredibiliti dan kewibawaan mereka sebagai pemimpin politik, malah sering kali para wartawan media arus perdana dimalukan dan diperli dikhalayak ramai kerana bertanyakan soalan yang mereka anggap sensitif.

Bagaimanapun pemimpin pembangkang seperti Anwar amat lunak sekali apabila berdepan dengan media asing atau antarabangsa, jauh berbeza dengan layanan yang diberikan kepada media tempatan. Bagi Anwar media tempatan kecuali akhbar atau portal media yang menyokongnya, patut dilayan seperti hampas kerana kononnya tidak memberi ruang sekucupnya kepada beliau. Tindakah Anwar boleh dikatakan mendapat perhatian media saban hari di dalam media utama negara sejak 1998?. Mungkin beliau hanya  media mengikut telunjuknya sepertimana beliau mencengkam media arus perdana semasa berada di dlam kerajaan dulu.



No comments:

Post a Comment