Translate

Thursday 8 May 2014

PEMBANGKANG MEROYAN KERANA OBAMA TIDAK MELAYAN ANWAR


Ketika mana seorang pemimpin tersohor iaitu Barrack Obama membuat lawatan mengunjungi Malaysia untuk kerjasama antara dua negara ini. Akan tetapi sikap Pembangkang yang suka menggunakan istilah 'selektif apabila menuduh kerajaan mengamalkan sikap berpilih-pilih dalam hubungannya dengan pemimpin atau parti pembangkang. Hanya dengan melihat insiden-insiden atau kenyataan tertentu pemimpin pembangkang baru rakyat sedar pihak mana sebenarnya yang suka bersikap selektif atau dalam peribahasa Melayunya 'pilih bulu.

Semasa menghadiri majlis perjumpaan Presiden Barrack Obama dengan lebih 100 pemimpin muda pesrta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) itu berlangsung di Universiti Malaya baru-baru ini. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bagun bertanya pemimpin kuasa besar Amerika Syarikat itu tidak mahu bertanya dengan bapanya Anwar. Obama tidak menjawab soalan itu apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa yang bertanya itu adalah ana pembangkang itu sendiri.

Apabil soalan beliau tidak dihiraukan Obama, Nurul Izzah membuat kenyataan meia mendakwa presiden itu mengamalkan sikap selektif dalam memperjuangkan demokrasi apabia bertinddak tidak bertemu dengan Anwar. Perlu dijelaskan, pentadbiran Amerika Syarikat yang membuat keputusan bahawa Presiden Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Ketua Umum PKR semasa lawaan rasmi tiganya ke Malaysia. Penasihat  Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice yang membuat kenyataan tidak ada sebarang jadual pertemuan antara Obama dan Anwar.

Tuduhan Anwar bahawa kerajaan Malaysia menekan Amerika Syarikat supaya Obama tidak bertemu Anwar  tidak masuk akal jelas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang mempersoalkan bagaimana sebuah negara kecil boleh mendesak sebuah negara kuasa besar. Apabila pembangkang tidak dapat apah yang dihajati , mereka gemar menggunakan istilah selektif samaada untuk menutup malu mereka atu mengalihkan isu sebenar. Pembangkang lupa bahawa dalam isu layanan terhadap media, merekalah 'culprit' yang selalu bersikap talam dua muka terutamanya terhadap media arus perdana.

Siapa yang boleh lupa kata-kata ancaman Anwar kepada petugas media arus perdana, 'U ulang I saman' apabila ditanya bertalu-talu mengapa ketua pembangkang itu gemar menyaman media tempatan tetapi tidak berani mengambil tindakan sama ke atas antarabangsa. Begitu juga ketika ditanya wartawan TV3 berkenaan isu jam Omega yang berhubungkait dengan video seks Anwar dengan pelacur Cina, beliau bersikap berang dan biadap terhadap petugas media itu. Dalam hal ini siapa yang sebenarnya bersikap selektif?. Tidakhkah parti rasis DAP bersikap selektif apabila megharamkan media arus perdana kursusnya Utusan Malaysia dan TV3 daripada membuat liputan berita sidang media dan sidang Dewan Undangan Negeri?

Bagaimana pulangan tindakan PKR yang melekatkan notis di pintu bilik mesyuarat ibuejabat parti itu untuk tidak membenarkan kedua-dua media yang sama membuat liputan sidang media mereka? Petugas media hanya menjalankan tugas hakiki mereka sebagai wartawan dan mereka tidak sepatutnya dijadikan mangsa agenda politik pembangkang apabila sesuatu berita mendedahkan kelemahan, penyelewengan atau sikap hipokrit pemimpin pembangkang. Dalam perbicaraan dua kes liwat membabitkan Anwar pada 1998 dan 2008, pembangkang juga menuduh badan kehakiman negar bersikap selektif.

Bagaimana kerajaan atau pihak kehakiman boleh bersikap seektif apabila perbicaraan Anwar adalah hasil laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa nafsu rakusnya. Apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 januari 2012, mengapa pembangkang tiba-tiba bersikap lunak terhadap kehakiman malah memuji hakim tersebut atas keputusan yang adil. Tidak timbul pula istilah-istilah seperti selektif, tidak adil, pincang, manipulasi, kroni dan bagaimananya apabila ketua pembangkang itu dibebaskan.

Jadi sebearnya pembangkanglah yang terpilih-pilih dalam sikap mereka untuk disesuaikan dengan agenda politik mereka. Apabila sesuatu keputusan atau tindakan kerajjan yang tidak memihak kepada mereka, maka kerajaan dituduh bersikap selektif. Sebaliknya, apabila keputusan mahkamah memenangkan mereka, hakim dipuji melambung malah pada ketika itu tidak ada cacat celanya pada badan kehakiman. Kesimpulannya apa sahaja pihak kerajaan lakukan semuanya tidak betul dan salah bagi mereka, ibarat mereka sahaja yang segala-galanya yang betul.



No comments:

Post a Comment