Translate

Monday, 15 December 2014

GUAN ENG MENGHINA AGONG

Hari ini kita sudah menampakkan lagi sikap biadap dan tidak sopan ketua Pembangkang Parti DAP ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdegil mahu membenarkan orang bukan Islam di egeri itu menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai menghina Yang di-Pertua Agong.

Presiden Kongres Melayu Menteri Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata. tindakan tersebut sekali gus-pastinya akan mengundang kemarahan dalam kalangan orang Melayu di seluruh negara. Menurut Rahmad, kalimah Allah adalah antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri itu yang telah diluluskan kerajaan pembangkang diterajui DAP menerusi perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Selain Allah, antara perkataan lain yang dilarang penggunaanya  oleh orang bukan Islam adalah 'solat' , 'surau' dan 'masjid'.
''Jadi jangan terus membuat penghakiman bahawa tiada undang-undang khusus yang melarang bukan Islam untuk berbuat demikian , kerana mereka sendiri yang telah meluluskannya dan perkara tersebut sudah jelas apabila digazetkan oleh Majlis Fatwa. Perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi bukan Islam.

''Beliau sepatutunya tidak sesuka hati melemparkan tuduhan yang tidak berasas tetapi perlu bertindak matang dalam menerajui pentadbiran negeri,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam , Mufti Pahang , Datuk Abdul Rahman Osman Menadangkan Guan Eng merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri jika beliau tidak faham berkaitan enakmen jenayah syariah negeri yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Senelum ini , Guan Eng , seperti dilaporkan beberapa portal berita memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah.

Tambah Rahmad, sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya menjadikan isu tersebut sebagai modal politik untuk mendapatkan perhatian orang ramai. ''Beliau tidak sepatutnya menghangatkan perkara ini kerana dikhuatiri cuba mendapatkan sokongan kaum bukan Islam untuk bersama-sama menghina keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi kita yakin bahawa mereka juga tidak akan mudah untuk diperbodohkan oleh pihak tertentu,'' ujarnya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Guan Eng seharusnya sedar bahawa beliau sebenarnya berada dalam sistem Persekutuan dan bukannya sebuah negara republik. ''Pergolakan yang berlaku ini sebenarnya telah memberi gambaran yang negetif terhadap pimpinan beliau kerana dilihat tidak menghormati institusi raja dan sensitiviti masyarakat Islam.

''Sebagai negara majmuk, beliau seharusnya mengikuti undang-undang yang di peruntukan di peringkat nasional dan tidak sesuka hati mewujudkan suasana yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman negara,''katanya.

untuk keterangan lanjut layari:http//utusan.online.

Sunday, 7 December 2014

GELARAN DATUK SERI ANUAR DITARIK BALIK


Kan dah kena!! Gelaran Datuk Seri yang dibanggakan Anwar Ibahim ditarik balik!

Penarikan balik gelaran itu berkuatkuasa 3 November dan diwartakan pada 20 November mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani memberitahu dalam kenyataan medianya, tindakan itu diambil kerana Anwar seringkali mempersoal intergriti baginda dan institusi di-Raja Selangor bersabit kemelut menteri besar Selangor, baru-baru ini.

Anwar menerima angerah itu daripada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1992.

''Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

''Penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada tahun 1992 adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 ini mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu agama '' menurut Munir.

Kenyataan itu turut menyebut Sultan Selangor berhak menarik balik gelaran itu berikutan baginda mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama sepertimana yang termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

- See more at: http://www.isuterkini.my/2014/12/gelaran-datuk-seri-anwar-ditarik-balik.html#sthash.
 ffGJOvPg.dpuf


Sunday, 30 November 2014

APA SUDAH JADI, TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU ADA MYKAD BOLEH MENGUNDI??

gambar mykad sebagai contoh pemalsuan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..hari ini Yop Rago ingin berkongsi sediki maklumat untuk kita bersama..Hal ini merupakan amat penting buat kita Khususnya rakyat Malaysia.

Malaysia seperti mana yang kita ketahui mungkin dilanda skandal kewarganegaraan terbesar jika benar dakwaan bahawa banyak individu berbangsa Cina dari luar negara masuk secara haram ke negara ini mempunya kad pengenalan Malaysia yang sah. Jika sebelum ini kenyataan ini hanya sebagai gosip tepi jalan, namun penemuan krew 999 TV3 dalam serbuan ke pusat hiburan di Melaka baru-baru ini membuka satu pendedahan yang mengejutkan.

Menurut pendedahan 999 sebelum ini, wanita berketurunan Cina bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan yang diperiksa oleh pengkuatkuasa langsung tidak boleh berbahasa Melayu meskipun mempunyai mykad atau kad pengenalan warganegara Malaysia yang sah.

''Beliau langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Selain itu pihak berkuasa juga meminta kira satu hingga sepuluh namun itu pun tidak boleh. Ini sangat meragukan. Kita serahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan '' kata Pegawai Penguatkuasa kepada TV3. Menurut laporan 999 TV3, gadis berbangsa Cina ini juga mempunyai wajah berlainan dari gambar dalam Mykad dan tidak boleh mengingati nombor mykad sendiri.

Jika selama ini kita merasa hairan dengan peningkatan jumlah pengundi Cina biar pun mempunyai kadar kelahiran yang rendah, mungkin inilah yang sebenarnya berlaku. Tulisan blog ini bukan bersifat perkauman, kita cuma ingin membongkar kelicikan yang mungkin diguna pakai oleh parti Pembangkang dalam usaha menambahkan pengundi dalam parti.

Selain itu juga sudah banyak cakap-cakap bahawa terdapat usaha terancang menambah jumlah kaum Cina di negara ini melalui pemberian mykad milik 0rang-orang Cina lain yang telah meninggal. Jika beliau sudah ada mykad sudah tentu  beliau juga layak mengundi bukan?? Soalnya berapa seperti gadis ini dan apakah ini punca kekuatan DAP??






Monday, 20 October 2014

WAJAH PENGANJUR & USTAZ YANG MENGANJURKAN PROGRAM "JOM PEGANG ANJING"


Penganjur Syed Azmi Alhabshid berbaju merah memakai topi
Hari ini tergemparnya satu cerita dimana satu Program "I Want To Touch A Dog" yang berlangsung dibumi Selangor membuatkan orang ramai memandang serius berkaitan isu ini. Terutama sekali bagi golongan umat Islam yang menyuarakan rasa tidak puas hati mengapa program seperti ini boleh dianjurkan..Adakah ianya disengajakan atau diaturkan oleh puak-puak DAP yang mahu memesongkan Akidah umat Islam di Malaysia ini.

Lagi menghairankan kenapa ramai  Umat Islam yang pergi ke program tersebut, sudah terang-terangan bahawa bagaimana sekali pun keadaan seekor anjing itu haram bagi Umat Islam. Penganjur program tersebut adalah seorang Islam dan Syed Azmi Alhabshi berkata " bertujuan membantu orang ramai terutamanya masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing". Mungkin umat Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dengan tangan yang kering adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. Bukan pegang dan bela secara sengaja.

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas anjing. Telah terbukti didalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika  seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya lalu die menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "[ Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467].

Namun, kempen " I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihiwasallam. Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan tersebut. Sebagai contoh, apabil sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan. Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

" Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." ( HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik, Syaikh Al Albani dalam Irwa'ul Gholil no.173 mengatakan bahawa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkan dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkan oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Wan to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan biarkan diri mereka terus dipermainkan dengan agenda-agenda jahat yang tersembunyi dari puak roket ini. Tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen "Touch a Dog" itu berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar  sambil memeluk anjing. Apakah selepas ini pihak penganjur yang sama akan mula menganjurkan kempen " Jom Pegang Babi" atau "Jom melawat Pasar babi" dan lain-lain lagi? Jadi marilah kita sama-sama menghalang perkara-perkara sebegini untuk berulang lagi.

Seronoknya sambil terngage mulut gadis ini


Wednesday, 8 October 2014

INSIDEN LETUPAN BOM DI KELAB MALAM BUKIT BINTANG

Tempat kejadian
- Kuala Lumpur satu letupan telah berlaku dihadapan kelab malam Chery Blossom dan ianya disyaki hand grenade. Insiden tersebut berlaku pagi tadi jam lebih kurang 4.30 pagi khamis telah mengemparkan penduduk di sekitarnya. Sementara itu pihak Polis menerima panggilan aduan dari seorang lelaki berbangsa Cina yang memaklumkan berlaku letupan di hadapan bangunan Dun Complex terus bergegas ke tempat kejadian.

Hasil siasatan yang didapati sehingga kini terdapat 10 orang tercedera, lelaki 8 orang dan perempun 2 orang. Setelah disiasat oleh Unit Bom dan Forensik mereka mengesahkan bahawa letupan itu disyaki ialah bom hand grenade. Selain itu juga pihak berkuasa menemui bukti bahawa terdapat 4 buah kereta mempunyai kesan sprinter letupan.

Senarai nama mangsa yang dikenal pasti yang menerima rawatan di Hospital Tong Shin:

1. Lim Soon Hock (L)
 KPT: 631210-07-5045
Kereta yang terkena kesan spriter letupan

2. Teoh Keow Meng (L)
 KPT: 740710-07-5167

3. Yaw Lee Hock (L)
 KPT: 730530-06-5181

4.  Revindran Chitavelu (L)
 KPT: 650717-04-5391

5. Jasu  (L/Thailand)
 No passport: Y844674

6. Wong Kim Teng (L/Singapura)
 No passport: S0843417D

7. Ma Yunfeng (P/China)
Siasatan dilakukan di tempat kejadian
 No passport: E19669631

8. Yong Jiaqin (P/China)
 No passport: belum diperolehi

9. Wong Kim Teng (L/Singapura)
 No passport: S0843417D

10. Tiong Kwang Yie (L)
 KPT: belum diperolehi.


Demikian adalah mangsa yang tercedera, manakala itu 4 buah kereta yang ada kesan sprinter
letupan :

1. WVL168 Toyota Alphard warn putih

2. WTT8999 Toyota Camry warna putih

3. WTV36 Bmw325i warna putih

4. WXJ333 Mazda warna kelabu

Berikut adalah kenderaan yang ada kesan sprinter letupan yang boleh di bawa untuk dijadikan bahan bukti. Untuk berita selanjutnya akan menyusul.

Tuesday, 7 October 2014

ABDUL KHALID IBRAHIM 'DISERANG'

Assalamualaikum..Satu Malaysia kini boleh lihat dan menilai sendiri bagaimana keadaan di negeri Selangor yang masih lagi belum selesai, ia kerana isu dalaman politik parti PKR itu sendiri yang mengambarkan negeri Selangor mempunyai pelbagi masalah dan spekulasi yang tersendiri.

Kuala Lumpur 6 Okt - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali seolah-olah mengambil kesempatan untuk melunaskan dendam politik secara berterusan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang diibaratkan banyak pihak sebagai musuh tradisinya dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut. Sumber yang terbaru yang dapat memperlihat bahawa dalam serangan terbaharunya, Mohamed Azmin menepelak Abdul Khalid kerana dikatakan gagal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa khas untuk memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Beliau mendakwa Abdul Khalid telah berjnji untuk mengumumkan hasil siasatan dalam tempoh dua minggu selepas jawatankuasa yang terdiri daripada barisan exco kerajaan Parti Keadilan (PKR) Selangor itu di tubuhkan pada 12 Febuari lalu.

Menurut Mohamed Azmin, sebarang tindakan yang bakal diambil adalah bergantung kepada hasil siasatan agar adil kepada para pegawai dan kakitangan PKNS yang terlibat, "Saya perlu tahu apa hasil siasatan kerana telah terlalu lama, dijanjikan dahulu dalam tempoh dua minggu, "Sekarang sudah lebih enam bulan, jadi saya perlu lihat apa hasil siasatan tersebut", katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidiladha anjuran beliau di padang bola sepak AU2, di Keramat semalam. Jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Abdul Khalid itu bertujuan menyiasat dana perbelanjaan bagi pasukan bola sepak PKNS FC sebanyak RM9 juta setahun, program pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dan perbelanjaan tanggungjawab sosial korporat sebanyak RM30 juta setahun.

Mohamed Azmin digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS pada 10 Januari lalu dan sebelum itu, beliau agak lantang mengkritik dasar-dasar yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti kenaikan elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri dan pengurangan peruntukan pembangunan. PKNS juga pernah dikaitkan dengan pelbagai kontrovesi lain termasuk penukaran dua pegawai kanan PKNS iaitu Pengurus Besar, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif , Norita Mohd Sidek ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor serta penamatan khidmat 30 kakitangan bertaraf kontrak. Sebelum ini, Mohamed Azmin telah mengkaji semula dan membatalkan satu persatu tindakan atau keputusan yang dibuat ketika kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abdul Khalid. Tindakan-tindakan yang diambil beliau adalah membatalkan kenaikan kadar elaun Menteri Besar, Exco, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor serta mengkaji semula perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan dan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Sementara itu, Mohammed Amin juga Timbalan Presiden PKR memberitahu, pentadbirannya belum membuat sebarang keputusan tentang isu 351 naskah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang di rampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan di pehabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya pada Januari lalu. "Saya belum dapat penjelasan daripada JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Itu perkara yang kita akan bincang disebabkan yang kita tumpu minggu lepas adalah soal air," ujarnya. Beliau mengaku tidak mempunyai maklumat tentang isu tersebut  dan menyatakan, tindakan lanjut adalah tertaluk kepada perbincangan dengan JAIS.

Artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/politik/20141007/po_01/Abdul-Khalid-terus-diserang#ixzz3FRJFWoiy

Wednesday, 1 October 2014

ADAKAH AZMIN ALI 'KACANG LUPAKAN KULIT'?

Salam pagi khamis buat warga blogger-blogger, kita semua tahu bahawa kemelut yang menimpa negeri Selangor sudah selesai, dan secara rasminya Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor secara sah. Disebalik kejayaannya yang beliau capai sekarang ini membuatkan beliau digelar kacang lupakan kulit, itulah gelaran yang sesuai untuk Azmin Ali sekarang.

Sudahlah namanya dicalonkan oleh PAS untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor, namun Azmin boleh senang-senang pula kurangkan kouta Exco PAS daripada empat orang kepada tiga orang. Malah, beliau menambah bilangan Exco daripada PKR kepada empat orang, yang pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim hanya berjumlah tiga orang.

Jadi, komposisi Exco Selangor sekarang adalah 4:3:3 (PKR:PAS:DAP:). Azmin walaupun berkata beliau akan melantik Timbalan Speaker dari kalangan PAS, namun ia tidak sama, apatah lagi peranan Exco jauh lebih penting kerana terlibat secara lansung dalam pentadbiran kerajaan negeri. Ramai yang melihat tindakaan Azmin itu disebabkan tekanan pihak tertentu di dalam parti PKR.
Iyalah, sebelum ini Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkat beliau akan usulkan kepada Azmin agar MB baru itu mengurangkan bilangan Exco PAS untuk memberi pengajaran kepada Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang yang lantang bersuara mengenai isu MB Selangor sewaktu muktamar PAS minggu lalu. Adakah perkembangan bilangan Exco ini menjadi buki awal bahawa Azmin kini 'MB remote control'?

Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali berkata ,Azmin sewajarnya mengekalkan bilangan Exco PAS sebagai tanda terima kasih dan juga bagi memelihara keharmonian hubungan PKR-PAS yang terjejas dek krisis jawatan MB selama hampir sembilan bulan. " Hadirnya nama Azmin itu sebagai salah satu calon datang daripada senarai pencalonan PAS bukan PKR dan DAP.. Tetapi PAS sebab PAS yang bertanggungjawab memajukan  nama Azmin dalam satu daripada tiga nama.

" Dalam mengambil kira dasar kerajaan negeri, pandangan PAS itu perlu diambil kira. Apa yang dititikberatkan PAS akan juga jadi pertimbangan berat Azmin selaku MB" katanya. Apa pun, Aidit berkata, kredibiliti dan kebolehan Azmin mungkin boleh dinilai selepas 100 hari pertama pentadbirannya.

Jadi kita tunggudan lihat!!
- untuk keterangan lanjut dekat: http//www.isuterkini.my/2014/9/adakah-azmin-ali-kacang-lupakan-kulit.html#sthash.hFTnQzaO.