Translate

Wednesday 1 October 2014

ADAKAH AZMIN ALI 'KACANG LUPAKAN KULIT'?

Salam pagi khamis buat warga blogger-blogger, kita semua tahu bahawa kemelut yang menimpa negeri Selangor sudah selesai, dan secara rasminya Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor secara sah. Disebalik kejayaannya yang beliau capai sekarang ini membuatkan beliau digelar kacang lupakan kulit, itulah gelaran yang sesuai untuk Azmin Ali sekarang.

Sudahlah namanya dicalonkan oleh PAS untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor, namun Azmin boleh senang-senang pula kurangkan kouta Exco PAS daripada empat orang kepada tiga orang. Malah, beliau menambah bilangan Exco daripada PKR kepada empat orang, yang pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim hanya berjumlah tiga orang.

Jadi, komposisi Exco Selangor sekarang adalah 4:3:3 (PKR:PAS:DAP:). Azmin walaupun berkata beliau akan melantik Timbalan Speaker dari kalangan PAS, namun ia tidak sama, apatah lagi peranan Exco jauh lebih penting kerana terlibat secara lansung dalam pentadbiran kerajaan negeri. Ramai yang melihat tindakaan Azmin itu disebabkan tekanan pihak tertentu di dalam parti PKR.
Iyalah, sebelum ini Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkat beliau akan usulkan kepada Azmin agar MB baru itu mengurangkan bilangan Exco PAS untuk memberi pengajaran kepada Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang yang lantang bersuara mengenai isu MB Selangor sewaktu muktamar PAS minggu lalu. Adakah perkembangan bilangan Exco ini menjadi buki awal bahawa Azmin kini 'MB remote control'?

Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali berkata ,Azmin sewajarnya mengekalkan bilangan Exco PAS sebagai tanda terima kasih dan juga bagi memelihara keharmonian hubungan PKR-PAS yang terjejas dek krisis jawatan MB selama hampir sembilan bulan. " Hadirnya nama Azmin itu sebagai salah satu calon datang daripada senarai pencalonan PAS bukan PKR dan DAP.. Tetapi PAS sebab PAS yang bertanggungjawab memajukan  nama Azmin dalam satu daripada tiga nama.

" Dalam mengambil kira dasar kerajaan negeri, pandangan PAS itu perlu diambil kira. Apa yang dititikberatkan PAS akan juga jadi pertimbangan berat Azmin selaku MB" katanya. Apa pun, Aidit berkata, kredibiliti dan kebolehan Azmin mungkin boleh dinilai selepas 100 hari pertama pentadbirannya.

Jadi kita tunggudan lihat!!
- untuk keterangan lanjut dekat: http//www.isuterkini.my/2014/9/adakah-azmin-ali-kacang-lupakan-kulit.html#sthash.hFTnQzaO.

No comments:

Post a Comment