Salam Jumaat sudah lama blog Yop Rago menyepi, hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tektik kotor yang dibawa oleh Parti Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh. Mungkin terlalu "desperate" mahu mempertaha kub kuat PKR dan ketandusan idea untuk menyerang Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dalam kenyataan terbarunya menimbulkan isu "baru" mempersoal kelibat gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak kelihatan di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semalam mempertikai dan cuba mencetus isu "hangat" yang kononnya bakal menyebabkan BN terkedu tidak tahu menjawab isu berkenaan. Saya tertanya-tanya, tidak ada modal atau isu lain yang lebih mencabarkah yang mampu diutarakan PKR di Permatang Pauh ini? Isu gambar Datuk Najib yang cuba dipersoal? Tidak ada isu sangat, kah? Remeh sungguh!
Pada pandangan saya, sewajarnya isu "hingusan" seperti ini tidak perlu dipedulikan. "Buang karan" kata orang Pulau Pinang. Bila diletakkan gambar Datuk Najib mereka komplen pulak. Sebenarnya, memang ada gambar Najib di Permatang Pauh cum tidaklah banyak dan besar saiznya berbanding ganbar calon BN, Suhaimi Sabudin. Bila urang diletak gambar Datuk Najib, ada pula yang mencetus tohmahan jahat. Dasar politik persepsi kotor. Sekiranya mahu dibicarakan soal gambar di Permatang Pauh ini, sepatutnya kita perlu persoalkan tentang gambar penjenayah yang digantung di segenap ceruk kawasan di pilihanraya ini.
Sudahlah dia tidak layak mengundi, apatah lagi bertanding pilihanraya, diletakkan pula gambar penjenayah itu seolah dia pula yang bertanding. Kita tahulah isterinya yang bertanding, apa perlunya letak gambar penjenayah itu besar-besar begitu? Gila "glamour"?
Tidak malukah PKR meletak gambar penjenayah itu di Permatang Pauh? Mereka mahu mendidik rakyat Permatang Pauh supaya menjadikan penjenayah sebagai ikon? Sejak bila penjenayah dijadikan "rolr model" di Malaysia? "Only in PKR"? Lebih menarik lagi, mereka meletakkan gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di poster gergasi mereka di lokasi strategik di sini. Sedangkan Abdul Hadi seolah "tak hingin" langsung menjejak kaki ke Permatang Pauh, apatah lagi berkempen untuk Anwar.
Lagipun, bulankah DAP sudah "ceraikan" Presiden PAS itu? AMK Pulau Pinang pun tumpang sekali hina dan cerca Presiden PAS itu, sekaligus seolah meletakkan maruah Abdul Hadi di bawah tapak kaki budak-budak hingusan PKR. Apa perlunya diletak gambar Abdul Hadi di poster berkenaan?
Dalam pengamatan saya rata-rata pengundi di Permatang Pauh sudah "bosan" dengan muka Anwar dan keluarganya. Sudah berpuluh tahun berwakil rakyatkan mereka, namun "habuk pun takdak". Muka ini lagi? Tak dak muka lain ka?" itu saja yang terpacul keluar dari mulut mereka bila dapat tahu tentang pencalonan semula Wan Azizah.
Sudah menang pun bikin kecoh juga, ini lah dasar politik yang sangat kotor. Apapun kita sudah nampak penurunan mejoriti kemenangan PKR semakin menurun dan melihatkan rakyat di sana sudah mula sedar sedikit.
No comments:
Post a Comment