Translate

Wednesday 4 June 2014

PRK TELUK INTAN DAP SALAHKAN PAS

3 June Hari ini setelah kekecewaan parti DAP kecundangnya pada PRK Teluk Intan 2014 menyebabkan parti berkenaan menyalahkan PAS kerana berkeras ingin melaksanakan hudud di Kelantan sehingga menyebabkan calon parti DAP iaitu Dyana Sofia Mohd Daud kalah pada pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sabtu lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Gobind Singh Deo berkata pendirian PAS itu telah mengakibatkan protes secara senyap terhadap pembangkang. Beliau memberitahu kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud malah berpandangan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

"Ramai yang secara terbuka menyuarakan kebimbangan terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan hudud walaupun ianya bukan sebahagian daripada dasar bersama pembangkang. Mereka merasakan terpedaya kerana menyangka PAS tidak lagi bercadang untuk menubuhkan sebuah negara Islam apabila memberi sokongan terhadap parti itu dalam dua pilihanraya umum yang lalu", katanya kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini. PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofia Mohd Daud tewas kepada calon BN Datuk Mah Siew Kiong dengan mejoriti 238 undi.

No comments:

Post a Comment