Translate

Tuesday 17 June 2014

DAP TIDAK HABIS TANGISI KEHILANGAN TELUK INTAN

Salam pagi Rabu kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia, hari ini merupakan hari yang ke 13 selepas berlaku nya Pilihanraya kecil bagi Parlimen Teluk Intan. Sudah hampir 2 minggu ianya telah selesai akan tetapi impak kekalahan DAP masih terus panas di kalangan parti pembangkang. Bak kata pepatah, rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi, begitulah keaddan yang boleh digambarkan di antara PAS, DAP dan PKR.

Kalau pembangkang menang di Teluk Intan sudah tentu mereka akan bersorak gembira dan terus mengutuk dan mencerca Barisan Nasional kononnya rakyat sudah kuat menyokong mereka. Haikatnya DAP kalah dan mereka kalah teruk dan begitu memalukan sehingga sukar bagi merela untuk menerima kenyataan. Ketika mengumumkan seorang pemimpin seorang Melayu muda bernama Dyana Sofea Daud yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang, DAP sungguh bongkak mendabik dada bahawa mereka telah berjaya memecah tembok porlitik perkauman.
Mereka menuduh BN sebuah parti perkauman tetapi mereka lupa ia adalah gagasan parti politik pelbagai kaum merentasi agama, kaum ,dan budaya. Malang bagi DAP mereka terlalu taksub dengan melontar fitnah terhadap pihak lain sehingga mereka lupa identitti perkauman yang tebal dianuti pemimpin parti tersebut sejak ditubuhkan. Konsep 'Malaysia Malaysia' yang dilaungkan bersebelahan 'Negara Kebajikan' milik PAS dan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' slogan PKR hanyalah satu ilui yang tidak berpijk di bumu nyata.

Hakikatnya sejak ditubuhkan hampir luma dekat DAP tidak pernah sekali meletakkan seorang Melayu menjadi pemimpin utamanya samada sebagai setiausaha agung mahupun pengerusi kebangsaan. Kalau dulu seorang Melayu pernah diangkat kepada jawatan naib pengerusi DAP sekitar tahun 19800an. Parti itu mengambil masa hampir suku ekat untuk melantik seorang lahi Melayu ke kedudukan yang sama iaitu Datuk Tunku Aziz Tunku Ibrahim.
Di dalam hirarki tertinggi parti tidak ada seorang Melayu yang berjaya melepasi kedudukan 20 tangga teratas untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat. DAP terpaksa mencari calon Melayu yang sesuai mengisi kuota agar parti itu tidak dilihat sebagai rasis dan cauvinis. Hakikatnya DAP memang sebuah parti Cina yang tebal sifat perkaumannya walau bagaimana kuat usaha untuk mengikis wajah rasisnya itu.

Hakikatnya juga DAP tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin mereka Kit Siang atau Lim Guan Eng yntuk mengangkat atau mengasuh pemimpin Melayu agar satu hari nanti untuk menjadi pemimpin tertinggi parti itu. DAP mengamalkan budaya disriminasi terhadap orang Melayu di dalam parti itu. Paling kanan sekali pun orang Melayu naik atas dasar kuota atau lantikan tetapi amat jarang sekali malah tiada dalam sejarah orang diterima dengan tangan terbuka
Kaedah melntik orang seperti Dyana Sofi atau orang Melyu sebagai setiausaha politik atau jawatan yang lebih rendah hanyalah sandiwara poitik atau mengaburi orang Melayu. Kit Siang berpendapat dengan meletakan Dyana sebagai calon di Teluk Intan orang Melayu akan sekali lagi terpedaya atau pengundi Cina akan menerima  beliau dengan tangan terbuka. Strategi beliau meleset sama sekali kerana DAP bukan sahaja di tolak oleh orang Melayu tetapi juga pengundi Cina.

Pengundi Melayu marah kepada DAP kerana menghina hukum hudud manakala pengundi Cina pula mahukan calon bangsa mereka dan bukannya Dyana. Kekalahan DAP di Teluk Intan satu kekalahan yang boleh dipandang kecil enteng. Parti itu gagal menyelamatkan mejoriti lebih 7,000 yang di capai pada PRU13 lalu. Kekalahan DAP bukan sekadar kelebihan 238 undi yang diperolehi oleh calon BN tetapi undi 7,000 yang hiang dari genggaman mereka. Sebab itulah pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempersalahkan Kit Siang atas kehilangan kerusi Parlimen yang mereka anggap selamat itu, akhirnya kesemua kepimpinan DAP menangis tidak berlagu sampai sekarang ini......



No comments:

Post a Comment