Translate

Monday 9 June 2014

MAT SABU SEDIA GANTI HADI AWANG, BATAL HUDUD?

Betul mengenai Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS yang dimasukkan ke hospital di Turki baru-baru ini bagaikan memujuk DAP yang hancur dek keputusan PRK Teluk Intan yang memalukan parti itu.

Umum sedia maklum bahawa kekalahan DAP di Teluk Intan bukan sahaja terletak kepada calon yang salah, tidak berkredibiliti, tidak berpengalaman serta pembohong tetapi apa yang lebih penting ialah kegusaran pengundi Cina terhadap 'bangsa' calon tersebut yang dikhuatiri mampu 'menyambut' laungan hudud PAS

Walaupun Hadi Awang pernah menyatakan bahawa hudud hanyalah 0.0001% dari tuntutan Islam, tetapi Presiden PAS itu sering menukar fikiran mengikut arus dan suasana. Memandangkan hudud menjadi topik hangat ini berikutan cadangan Kerajaan untuk melaksanakannya, maka Hadi Awang memilih untuk menyokong hudud dengan harapan dapat meraih kembali sokongan masyarakat Melayu yang semakin hilang dari PAS. Apatah lagi UMNO mengambil sikap terbuka mengenainya, menyebabkan Hadi semakin terdesak menunjukkan yang beliau lebih Islam dari UMNO.
Pendirian Hadi Awang hari adalah berbeza dengan Timbalannya sendiri, Mat Sabu. Mat Sabu terkenal sebagai 'agen DAP' dan tidak pernah menjanjikan perlaksanaan hudud kepada sesiapa.

Mat Sabu selama ini dilihat lebih selesa memperjuangkan komunis dan juga liberalis yang jauh bertentangan dengan personaliti yang diharap-harapkan untuk perinsip PAS. Lebih dahsyat lagi, Mat Sabu juga dikaitkan dengan Syiah secara lansung .

Justeru, Mat Sabu bukanlah personaliti yang diharap-harapkan untuk mengganti Hadi Awang bagi akar umbi PAS. Rata-rata akar umbi PAS masih lagi mendambakan kepimpinan 'ulama' atau personaliti yang bergelar ulama sebagai peneraju parti itu.
Namun, malang bagi akar umbi PAS ini kerana mereka mungkin terpaksa menerima seorang Presiden yang bukan Ulama dan bukan juga golongan Professional, tetapi balaci DAP yang penuh skandal dan kontroversi.

Adalah difahamkan bahawa akar umbi PAS lebih mengharapkan Datuk Mustafa Ali sebagai pengganti Hadi Awang bila tiba masanya. Menurut mereka, Mustafa Ali adalah dari golongan Ulama dan lebih layak dari Mat Sabu. Apa yang menarik ialah, walaupun Mustafa dari golongan Ulama tetapi beliau turut terjebat dalam skandal seks lengkap dengn bukti video berbanding skandal Mat Sabu yang hanya dilengkapi bukti rakaman suara.
Lebih ironi lagi, Kedua-dua Datuk Mustafa Ali dan Mat Sabu sama-sama telah didapati bersalah memfitnah Datuk Ahmad Omar, bekas Timbalan Pengerusi SPR berhubungProjek IC Sabah. Kedua-dua mereka diarah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad pada Mac lalu. Pun begitu, Mat Sabu dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS kerana Mat Sabu turut mendapat sokongan DAP dan PKR manakala Mustafa hanya mendapat sokongan akar umbi PAS. Walaupun DAP dan PKR tidak boleh mengundi dalam Muktamar PAS tetapi Mat Sabu telah berjaya menjadi Timbalan Presiden PAS melalui sokongan mereka, maka tidak mustahil beliau juga akan akan berjaya menjadi Presiden nanti.

Justeru, penyokong-penyokong PAS perlu bersedia menerima pembaharuan di dalam PAS sekiranya apa yang dijangka ini menjadi nyata. Kita tidak pasti kemana Mat Sabu akan membawa PAS iaitu ke arah Syiah,
komunisme, liberalisme atau kesemuanya sekali. Namun apa yang harus penyokong PAS ingat ialah kepimpinan Mat Sabu bererti kepimpinan DAP.

Bayangkan, sebuah parti ISLAM berada di bawah telunjuk kafir harbi.........

No comments:

Post a Comment