Translate

Sunday 29 June 2014

AKHIRNYA PAS PERJUANGKAN KRISTIAN SECARA TERBUKA??

Sudah kita ketahui perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sudah lama terbukti sebagai sekadar hipokrasi untuk merebut kuasa politik. Namun, kita pula menyangka yang PAS bukan sahaja sudah tidak ikhlas mempertahankan Islam, tetapi sanggup pula memperjuangkan Kristianisasi. Tindak tanduk dan dolak dalih PAS apabila berbicara tentang Kristian sudah lama meragukan kita semua. Sejak penyinkiran Datu Hasssan Ali berikutan isu murtad. PAS terus konsisten mempertahankan Kristian dan meminggirkan Islam. Dalam pada itu PAS tetap mencuba untuk mengelirukan penyokong mereka dengan memainkan isu hudud.

Bagaimanapun, isu hudud juga bagaikan 'ditutup' oleh PAS sendiri apabila UMNO bersedia bekerjasama melalui Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan undang-undang tersebut dapat dirangka dengan sempurna dan direalisasikan. Akibatnya, PAS memutuskan untuk menangguhkan pembentangan hudud dan membisu seribu bahasa mengenainya.

Bagi para pemerhati politik, kita sudah maklum bahawa PAS bukannya serius ingin melaksanakan hudud. Jika PAS serius, ia tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP yang menoak hudud mentah-mentah. Mana mungkin PAS akan dapat melaksanakan hudud selagi ia berada dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi apabila DAP mengulangi buat kesekian kalinya bahwa negara ini bukan negara Islam tetapi negara sekular PAS pula langsung tidak membantah. Ini merupakan bukti paling kukuh bahawa PAS sememangnya tidak ingin melaksanakan hudud kerana tidak mungkin hudud dapat dilaksanakan di bawah negara sekular. Dengan itu sebarang perbincangan mengenai hudud oleh PAS tidak harus dilayan lagi.
Semua pihak wjib menerima hakikat bahawa PAS pada hari ini tidak lupakan bukti paling kukuh bahawa PAS sememangnya tidak ingin melaksanakan hudud kerana tidak mungkin hudud dapat dilaksanakan di bawah negar sekular. Dengan itu sebarang perbincangan mengenai hudud oleh PAS tidak lagi berminat mengenai hudud. Negara Islam mahupun Islam itu sendiri.

PAS hari ini sibuk membela puak-puak Kristian yang berusaha memurtadkan umat Islam. Menggunakan hujah dari Al-Quran yang tidak membenarkan paksaan dalam agama maka PAS membela usaha Kristian untuk memurtadkan umat Islam melalui manipulasi injil berbahasa Melayu dengan menggantikan nama Tuhan Bapa kepada nama 'Allah'

PAS hari ini berdiri bersama-sama Kristian menempelak MAIS dan JAIS. PAS menolak peranan dan kuasa MAIS dan mendesak agar kuasa itu dihapuskan sahaja. Hujah PAS ialah MAIS telah memberi gambaran bahawa Islam tidak menghormati kitab agama lain apabila bertindak merampas Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama 'Allah' dari Bible Society tidak lama dahulu.
MAIS bertegas dan enggan memulangkan Injil tersebut berdasarkan undang-undang yang mengharamkan pentalahgunan nama Allah dalam risalah agama. Walaubagaianapun PAS memilih untuk membelakangkan undang-undang dan meletkan kepentingan dakwah Kristian melebihi segala-galanya. Melihat isu ini secara tidak adil dan rasional, maka mungkin MAIS atau JAIS tidak seharusnya menyerbu dan merampas Injil tersebut secara keras, tetapi persoalannya, buknkah pihak Bible Society juga tidak seharusnya melanggar undang-undang? Mungkin MAIS dan Jais perlu menggunakan cara yang lebih 'lembut' dalam menangani isu ini, tetapi persoalannya juga, bukankah Bible Society juga boleh menggunakan cara yang lebih baik untuk berdakwah?

Sehingga kini pihak Kristian tidak mampu berhujah apakah kesan dan akibat atau kelebihan atau mudarat sekiranya nama 'Allah' tidak digunakan dalam Injil berbahasa Melayu. Pihak KKristian tidak mampu menjelaskan apakah keperluannya menggunakan nama Allah di dalam Injil untuk edaran di Semenanjung walaupun ia bertentangan dengan undang-undang? Atau kenapa perlu ditimbulkan ketegangan dengan sengaja jika undang-undang itu tidak membawa mudarat kepada sesiapa?

Malangnya, PAS nampaknya langsung tidak berminat untuk melihat isu ini dari sudut persepsi, pendapat dan perasaan umat Islam. Sebaliknya, PAS hanya mengambil dari perspektif Kristian semata-mata. Hakikatnya jika PAS ikhlas bercakap tentang hak, maka ia tidak perlu pun mempersoalkan kuasa MAIS berdasarkan satu insiden. PAS boleh menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan MAIS tetapi tidak perlu smapi mendesak kepada penghapusan kuasa badan penguasa agama Islam itu.
Justeru, kita hairan kenapa PAS ingin sangat agar kuasa MAIS yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan dihapuskan sahaja. Kenapa  sampai begitu sekali? Sedarkah PAS bahawa tindakan itu bakal melemahkan kedudukan Islam di Selangor? Atau apakah itu yang sebenarnya PAS sedang perjuangkan, iaitu melemahkan kedudukan Islam? Melihat dari apa yang berlaku, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa PAS sebenarnya sedang memperjuangkan penyebaran agama Kristian di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

PAS sengaja menafikan wujudnya unsur manipulasi dalam aktiviti dakwah Kristian dan kini berusaha pula menutup ruang untuk pihak berkuasa agama Islam bertindak balas. Benar bahawa tidak ada paksaan dalam beragama, termasuk Islam. Tetapi kita juga harus ingat bahawa tidak ada manipulasi dan tipu helah dalam beragama, termasuk Kristian. Agama yang terpaksa disebarkan melalui manipulasi pastinya membawa ajaran yang salah kepada penganutnya. Juga tidak ada jual beli agama. Agama yang perlu mnabur wang membeli penganut , bukanlah agama, tetapi sekadar 'ajaran' untuk menyesatkan manusia.

Apakah PAS tidak tahu semua ini?? Atau PAS rela dibeli??


No comments:

Post a Comment