Translate

Sunday 29 June 2014

AKHIRNYA PAS PERJUANGKAN KRISTIAN SECARA TERBUKA??

Sudah kita ketahui perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sudah lama terbukti sebagai sekadar hipokrasi untuk merebut kuasa politik. Namun, kita pula menyangka yang PAS bukan sahaja sudah tidak ikhlas mempertahankan Islam, tetapi sanggup pula memperjuangkan Kristianisasi. Tindak tanduk dan dolak dalih PAS apabila berbicara tentang Kristian sudah lama meragukan kita semua. Sejak penyinkiran Datu Hasssan Ali berikutan isu murtad. PAS terus konsisten mempertahankan Kristian dan meminggirkan Islam. Dalam pada itu PAS tetap mencuba untuk mengelirukan penyokong mereka dengan memainkan isu hudud.

Bagaimanapun, isu hudud juga bagaikan 'ditutup' oleh PAS sendiri apabila UMNO bersedia bekerjasama melalui Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan undang-undang tersebut dapat dirangka dengan sempurna dan direalisasikan. Akibatnya, PAS memutuskan untuk menangguhkan pembentangan hudud dan membisu seribu bahasa mengenainya.

Bagi para pemerhati politik, kita sudah maklum bahawa PAS bukannya serius ingin melaksanakan hudud. Jika PAS serius, ia tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP yang menoak hudud mentah-mentah. Mana mungkin PAS akan dapat melaksanakan hudud selagi ia berada dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi apabila DAP mengulangi buat kesekian kalinya bahwa negara ini bukan negara Islam tetapi negara sekular PAS pula langsung tidak membantah. Ini merupakan bukti paling kukuh bahawa PAS sememangnya tidak ingin melaksanakan hudud kerana tidak mungkin hudud dapat dilaksanakan di bawah negara sekular. Dengan itu sebarang perbincangan mengenai hudud oleh PAS tidak harus dilayan lagi.
Semua pihak wjib menerima hakikat bahawa PAS pada hari ini tidak lupakan bukti paling kukuh bahawa PAS sememangnya tidak ingin melaksanakan hudud kerana tidak mungkin hudud dapat dilaksanakan di bawah negar sekular. Dengan itu sebarang perbincangan mengenai hudud oleh PAS tidak lagi berminat mengenai hudud. Negara Islam mahupun Islam itu sendiri.

PAS hari ini sibuk membela puak-puak Kristian yang berusaha memurtadkan umat Islam. Menggunakan hujah dari Al-Quran yang tidak membenarkan paksaan dalam agama maka PAS membela usaha Kristian untuk memurtadkan umat Islam melalui manipulasi injil berbahasa Melayu dengan menggantikan nama Tuhan Bapa kepada nama 'Allah'

PAS hari ini berdiri bersama-sama Kristian menempelak MAIS dan JAIS. PAS menolak peranan dan kuasa MAIS dan mendesak agar kuasa itu dihapuskan sahaja. Hujah PAS ialah MAIS telah memberi gambaran bahawa Islam tidak menghormati kitab agama lain apabila bertindak merampas Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama 'Allah' dari Bible Society tidak lama dahulu.
MAIS bertegas dan enggan memulangkan Injil tersebut berdasarkan undang-undang yang mengharamkan pentalahgunan nama Allah dalam risalah agama. Walaubagaianapun PAS memilih untuk membelakangkan undang-undang dan meletkan kepentingan dakwah Kristian melebihi segala-galanya. Melihat isu ini secara tidak adil dan rasional, maka mungkin MAIS atau JAIS tidak seharusnya menyerbu dan merampas Injil tersebut secara keras, tetapi persoalannya, buknkah pihak Bible Society juga tidak seharusnya melanggar undang-undang? Mungkin MAIS dan Jais perlu menggunakan cara yang lebih 'lembut' dalam menangani isu ini, tetapi persoalannya juga, bukankah Bible Society juga boleh menggunakan cara yang lebih baik untuk berdakwah?

Sehingga kini pihak Kristian tidak mampu berhujah apakah kesan dan akibat atau kelebihan atau mudarat sekiranya nama 'Allah' tidak digunakan dalam Injil berbahasa Melayu. Pihak KKristian tidak mampu menjelaskan apakah keperluannya menggunakan nama Allah di dalam Injil untuk edaran di Semenanjung walaupun ia bertentangan dengan undang-undang? Atau kenapa perlu ditimbulkan ketegangan dengan sengaja jika undang-undang itu tidak membawa mudarat kepada sesiapa?

Malangnya, PAS nampaknya langsung tidak berminat untuk melihat isu ini dari sudut persepsi, pendapat dan perasaan umat Islam. Sebaliknya, PAS hanya mengambil dari perspektif Kristian semata-mata. Hakikatnya jika PAS ikhlas bercakap tentang hak, maka ia tidak perlu pun mempersoalkan kuasa MAIS berdasarkan satu insiden. PAS boleh menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan MAIS tetapi tidak perlu smapi mendesak kepada penghapusan kuasa badan penguasa agama Islam itu.
Justeru, kita hairan kenapa PAS ingin sangat agar kuasa MAIS yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan dihapuskan sahaja. Kenapa  sampai begitu sekali? Sedarkah PAS bahawa tindakan itu bakal melemahkan kedudukan Islam di Selangor? Atau apakah itu yang sebenarnya PAS sedang perjuangkan, iaitu melemahkan kedudukan Islam? Melihat dari apa yang berlaku, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa PAS sebenarnya sedang memperjuangkan penyebaran agama Kristian di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

PAS sengaja menafikan wujudnya unsur manipulasi dalam aktiviti dakwah Kristian dan kini berusaha pula menutup ruang untuk pihak berkuasa agama Islam bertindak balas. Benar bahawa tidak ada paksaan dalam beragama, termasuk Islam. Tetapi kita juga harus ingat bahawa tidak ada manipulasi dan tipu helah dalam beragama, termasuk Kristian. Agama yang terpaksa disebarkan melalui manipulasi pastinya membawa ajaran yang salah kepada penganutnya. Juga tidak ada jual beli agama. Agama yang perlu mnabur wang membeli penganut , bukanlah agama, tetapi sekadar 'ajaran' untuk menyesatkan manusia.

Apakah PAS tidak tahu semua ini?? Atau PAS rela dibeli??


Tuesday 17 June 2014

DAP TIDAK HABIS TANGISI KEHILANGAN TELUK INTAN

Salam pagi Rabu kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia, hari ini merupakan hari yang ke 13 selepas berlaku nya Pilihanraya kecil bagi Parlimen Teluk Intan. Sudah hampir 2 minggu ianya telah selesai akan tetapi impak kekalahan DAP masih terus panas di kalangan parti pembangkang. Bak kata pepatah, rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi, begitulah keaddan yang boleh digambarkan di antara PAS, DAP dan PKR.

Kalau pembangkang menang di Teluk Intan sudah tentu mereka akan bersorak gembira dan terus mengutuk dan mencerca Barisan Nasional kononnya rakyat sudah kuat menyokong mereka. Haikatnya DAP kalah dan mereka kalah teruk dan begitu memalukan sehingga sukar bagi merela untuk menerima kenyataan. Ketika mengumumkan seorang pemimpin seorang Melayu muda bernama Dyana Sofea Daud yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang, DAP sungguh bongkak mendabik dada bahawa mereka telah berjaya memecah tembok porlitik perkauman.
Mereka menuduh BN sebuah parti perkauman tetapi mereka lupa ia adalah gagasan parti politik pelbagai kaum merentasi agama, kaum ,dan budaya. Malang bagi DAP mereka terlalu taksub dengan melontar fitnah terhadap pihak lain sehingga mereka lupa identitti perkauman yang tebal dianuti pemimpin parti tersebut sejak ditubuhkan. Konsep 'Malaysia Malaysia' yang dilaungkan bersebelahan 'Negara Kebajikan' milik PAS dan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' slogan PKR hanyalah satu ilui yang tidak berpijk di bumu nyata.

Hakikatnya sejak ditubuhkan hampir luma dekat DAP tidak pernah sekali meletakkan seorang Melayu menjadi pemimpin utamanya samada sebagai setiausaha agung mahupun pengerusi kebangsaan. Kalau dulu seorang Melayu pernah diangkat kepada jawatan naib pengerusi DAP sekitar tahun 19800an. Parti itu mengambil masa hampir suku ekat untuk melantik seorang lahi Melayu ke kedudukan yang sama iaitu Datuk Tunku Aziz Tunku Ibrahim.
Di dalam hirarki tertinggi parti tidak ada seorang Melayu yang berjaya melepasi kedudukan 20 tangga teratas untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat. DAP terpaksa mencari calon Melayu yang sesuai mengisi kuota agar parti itu tidak dilihat sebagai rasis dan cauvinis. Hakikatnya DAP memang sebuah parti Cina yang tebal sifat perkaumannya walau bagaimana kuat usaha untuk mengikis wajah rasisnya itu.

Hakikatnya juga DAP tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin mereka Kit Siang atau Lim Guan Eng yntuk mengangkat atau mengasuh pemimpin Melayu agar satu hari nanti untuk menjadi pemimpin tertinggi parti itu. DAP mengamalkan budaya disriminasi terhadap orang Melayu di dalam parti itu. Paling kanan sekali pun orang Melayu naik atas dasar kuota atau lantikan tetapi amat jarang sekali malah tiada dalam sejarah orang diterima dengan tangan terbuka
Kaedah melntik orang seperti Dyana Sofi atau orang Melyu sebagai setiausaha politik atau jawatan yang lebih rendah hanyalah sandiwara poitik atau mengaburi orang Melayu. Kit Siang berpendapat dengan meletakan Dyana sebagai calon di Teluk Intan orang Melayu akan sekali lagi terpedaya atau pengundi Cina akan menerima  beliau dengan tangan terbuka. Strategi beliau meleset sama sekali kerana DAP bukan sahaja di tolak oleh orang Melayu tetapi juga pengundi Cina.

Pengundi Melayu marah kepada DAP kerana menghina hukum hudud manakala pengundi Cina pula mahukan calon bangsa mereka dan bukannya Dyana. Kekalahan DAP di Teluk Intan satu kekalahan yang boleh dipandang kecil enteng. Parti itu gagal menyelamatkan mejoriti lebih 7,000 yang di capai pada PRU13 lalu. Kekalahan DAP bukan sekadar kelebihan 238 undi yang diperolehi oleh calon BN tetapi undi 7,000 yang hiang dari genggaman mereka. Sebab itulah pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempersalahkan Kit Siang atas kehilangan kerusi Parlimen yang mereka anggap selamat itu, akhirnya kesemua kepimpinan DAP menangis tidak berlagu sampai sekarang ini......



Monday 9 June 2014

MAT SABU SEDIA GANTI HADI AWANG, BATAL HUDUD?

Betul mengenai Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS yang dimasukkan ke hospital di Turki baru-baru ini bagaikan memujuk DAP yang hancur dek keputusan PRK Teluk Intan yang memalukan parti itu.

Umum sedia maklum bahawa kekalahan DAP di Teluk Intan bukan sahaja terletak kepada calon yang salah, tidak berkredibiliti, tidak berpengalaman serta pembohong tetapi apa yang lebih penting ialah kegusaran pengundi Cina terhadap 'bangsa' calon tersebut yang dikhuatiri mampu 'menyambut' laungan hudud PAS

Walaupun Hadi Awang pernah menyatakan bahawa hudud hanyalah 0.0001% dari tuntutan Islam, tetapi Presiden PAS itu sering menukar fikiran mengikut arus dan suasana. Memandangkan hudud menjadi topik hangat ini berikutan cadangan Kerajaan untuk melaksanakannya, maka Hadi Awang memilih untuk menyokong hudud dengan harapan dapat meraih kembali sokongan masyarakat Melayu yang semakin hilang dari PAS. Apatah lagi UMNO mengambil sikap terbuka mengenainya, menyebabkan Hadi semakin terdesak menunjukkan yang beliau lebih Islam dari UMNO.
Pendirian Hadi Awang hari adalah berbeza dengan Timbalannya sendiri, Mat Sabu. Mat Sabu terkenal sebagai 'agen DAP' dan tidak pernah menjanjikan perlaksanaan hudud kepada sesiapa.

Mat Sabu selama ini dilihat lebih selesa memperjuangkan komunis dan juga liberalis yang jauh bertentangan dengan personaliti yang diharap-harapkan untuk perinsip PAS. Lebih dahsyat lagi, Mat Sabu juga dikaitkan dengan Syiah secara lansung .

Justeru, Mat Sabu bukanlah personaliti yang diharap-harapkan untuk mengganti Hadi Awang bagi akar umbi PAS. Rata-rata akar umbi PAS masih lagi mendambakan kepimpinan 'ulama' atau personaliti yang bergelar ulama sebagai peneraju parti itu.
Namun, malang bagi akar umbi PAS ini kerana mereka mungkin terpaksa menerima seorang Presiden yang bukan Ulama dan bukan juga golongan Professional, tetapi balaci DAP yang penuh skandal dan kontroversi.

Adalah difahamkan bahawa akar umbi PAS lebih mengharapkan Datuk Mustafa Ali sebagai pengganti Hadi Awang bila tiba masanya. Menurut mereka, Mustafa Ali adalah dari golongan Ulama dan lebih layak dari Mat Sabu. Apa yang menarik ialah, walaupun Mustafa dari golongan Ulama tetapi beliau turut terjebat dalam skandal seks lengkap dengn bukti video berbanding skandal Mat Sabu yang hanya dilengkapi bukti rakaman suara.
Lebih ironi lagi, Kedua-dua Datuk Mustafa Ali dan Mat Sabu sama-sama telah didapati bersalah memfitnah Datuk Ahmad Omar, bekas Timbalan Pengerusi SPR berhubungProjek IC Sabah. Kedua-dua mereka diarah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad pada Mac lalu. Pun begitu, Mat Sabu dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS kerana Mat Sabu turut mendapat sokongan DAP dan PKR manakala Mustafa hanya mendapat sokongan akar umbi PAS. Walaupun DAP dan PKR tidak boleh mengundi dalam Muktamar PAS tetapi Mat Sabu telah berjaya menjadi Timbalan Presiden PAS melalui sokongan mereka, maka tidak mustahil beliau juga akan akan berjaya menjadi Presiden nanti.

Justeru, penyokong-penyokong PAS perlu bersedia menerima pembaharuan di dalam PAS sekiranya apa yang dijangka ini menjadi nyata. Kita tidak pasti kemana Mat Sabu akan membawa PAS iaitu ke arah Syiah,
komunisme, liberalisme atau kesemuanya sekali. Namun apa yang harus penyokong PAS ingat ialah kepimpinan Mat Sabu bererti kepimpinan DAP.

Bayangkan, sebuah parti ISLAM berada di bawah telunjuk kafir harbi.........

Sunday 8 June 2014

PERSEDIAAN AWAL PERKAHWINAN? 7 TIPS DISINI!

7 Tip persediaan awal perkahwinan.

Berikut adalah senarai tip persediaan awal majlis perkahwinan.
1. Adakah perbincangan awal antara kedua-dua pihak iaitu pihak anda dan pihak pasangan anda. Dapatkan tarikh sebenar untuk majlis perkahwinan, tarikh pernikahan dan tarikh-tarikh yang lainnya. Jika anda lelaki, pastikan nilai wang hantaran yang pihak wanita minta adalah tetap dan tidak akan berubah. Jika pihak wanita ingin kan wang hantaran di dahulukan, anda tanya tarikh sebenar yang mereka mahu.

2. Tulis satu checklist dan anda siapkan semua tugasan berdasarkan checklist tersebut. Biasanya jika anda ada masa setahun untuk majlis perkahwinan, tiga bulan terakhir adalah masa yang paling sibuk untuk anda siapkan semua keperluan untuk majlis perkahwinan. Bagi lelaki selain wang hantaran, anda juga perlu memikirkan wang untuk siapkan majlis perkahwinan anda, baju pengantin, cicin dan banyak lagi. Jadi, bersiap sedialah untuk berjuang hehehe...

3. Jangan lupa hadiri kursus perkahwinan dan patuhi semua syarat yang di tetapkan untuk bernikah seperti surat bebas penyakit HIV dan sebagainya.

4. Sebaik sahaja tarikh perkahwinan di tentukan, anda terus berbincang dengan family anda mengenai majlis perkahwinan anda. Jika keluarga pasangan anda berada jauh dari kampong anda, anda mungkin perlu sewakan homestay untuk ahli keluarga pasangan anda tinggal. Anda perlu pantas bertindak supaya tidak ada masalah di kemudian hari. Yalah, katakan majlis kahwin anda berlangsung pada musim cuti sekolah di mana banyak majlis kahwin akan berlangsung serentak, anda akan kalut apabila khemah yang anda ingin tempah, homestay yang anda ingin tempah, set pelamin yang anda ingin tempah smuanya telah di tempah orang lain. Jadi, siap sedia dari awal lebih bagus.

5. Sentiasa berbincang dengan pasangan anda untuk tentukan tema warna dan hiasan untuk majlis perkahwinan nanti. Adakah penting untuk anda berbincangkan tema majlis perkahwinan supaya anda berdua tahu dengan jelas untuk tempah baju pengantin yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda.

6. Kenal pasti tok kadi dan daftar nama untuk pernikahan.

7. Tentukan acara majlis daripada pernikahan, persandingan, bertandang dan sebagainya. Pendek kata, anda senaraikan untuk keseluruhan majlis perkahwinan dengan pasangan anda.









Wednesday 4 June 2014

PRK TELUK INTAN DAP SALAHKAN PAS

3 June Hari ini setelah kekecewaan parti DAP kecundangnya pada PRK Teluk Intan 2014 menyebabkan parti berkenaan menyalahkan PAS kerana berkeras ingin melaksanakan hudud di Kelantan sehingga menyebabkan calon parti DAP iaitu Dyana Sofia Mohd Daud kalah pada pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sabtu lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Gobind Singh Deo berkata pendirian PAS itu telah mengakibatkan protes secara senyap terhadap pembangkang. Beliau memberitahu kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud malah berpandangan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

"Ramai yang secara terbuka menyuarakan kebimbangan terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan hudud walaupun ianya bukan sebahagian daripada dasar bersama pembangkang. Mereka merasakan terpedaya kerana menyangka PAS tidak lagi bercadang untuk menubuhkan sebuah negara Islam apabila memberi sokongan terhadap parti itu dalam dua pilihanraya umum yang lalu", katanya kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini. PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofia Mohd Daud tewas kepada calon BN Datuk Mah Siew Kiong dengan mejoriti 238 undi.