Translate

Friday 16 May 2014

DYANA SOFIA BERTANDING DI TELUK INTAN SEBAGAI PENGKHIANAT ATAU PENYELAMAT?

DAP ialah parti rasis Cina - ini hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang waras di dalam dunia ini. Biarpun ia
mengakui sebagai parti berbilang bangsa, namun ketiadaan wakil kepimpinan dari kaum lain membuktikan bahawa ia sebuah parti rasis. Malah DAP adalah jauh lebih rasis dari parti MCA yang merupakan parti 100% Cina kerana MCA berpegang kepada semangat kerjasama dengan kaum lain di bawah payung Barisan Nasional manakala DAP tidak akan berkerjasama dengan mana-mana kaum bukan Cina melainkan DAP jika mampu menguasai mereka.

Ini terbukti apabila kesemua kaum di dalam DAP perlu mempunyai semangat memperjuangkan kaum Cina serta mengenepikan kesan dan akibat terhadap kaum sendiri. Contohnya, Professor Ariffin Omar yang baru-baru ini menghentam UITM sebagai universiti komunis demi untuk memperjuangkan ketuanan Cina. Dan seorang lagi, ialah Dyana Sofia iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, graduan UITM yang memperjuangkan UITM dibuka kepada kaum bukan Melayu.

Kedua-dua mereka langsung tidak mngambil peduli tentang kau Melayu, tentang hakikat bahawa orang Melayu kurang berkemampuan dan ditindas pula dalam sektor swasta dan perniagaan. Yang mereka persoalkan hanyalah apakah habuan dan keuntungan pada orang-orang Cina. Semakin lantang seseorang itu memperjuangkan kaum Cina, semakin bersinarlah bintangnya di dalam DAP. Dan Dyana Sofia merupakan antara bintang itu diiktiraf sendiri oleh media-media pro-DAP. Hebatnya Dyana Sofia dimata DAP sehinggakan beliau dikatakan bakal dinamakan sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.
Terdapat 60,349 pengundi berdaftar di Teluk Intan dengan pecahan 23,301 Melayu 25,310 Cina dan 11,468 India. Penyandangnya, Menfiang Seah Leong Peng dari DAP telah menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam PRU yang lalu. Pecahan kaum Melayu dan Cina yang hampir seimbang memperlihatkan DAP mengambil risiko sekiranya Dyana di calonkan di Teluk Intan. Risiko ini buan sahajaberdasarkan hakikat bahawa Dyana buan seorang Cina, tetapi juga beliau merupakan anak kepada Setiausaha Wanita UMNO Bahagia. Darah UMNO di dalam diri Dyana cukup kental dan bagi DAP untuk meletakkan kepercayaan kepadanya amatlah menghairankan.

Dyana masih terlalu muda untuk tentu sekali masih lagi tercari- cari pegangan hidupnya.Secara dasarnya, seorang yang baru berusia 20-an masih belum mampu melihat dunia dengan jelas. Justeru itu, kita melihat kebanyakan anak muda yang merusuh ketika Reformasi 1998 dahulu, kini kembali rasional dan menyokong kerajaan. Seperti kebanyakan anak muda itu, Dyana juga pastinya melihat bahawa sesuatu yang menentang arus itu sebagai menarik, mencabar dan mengujakan. Dyana mungkin bercita-cita untuk melakukan perubahan melalui DAP untu kebaikan negara. Beliau pastinya percaya yang apa yang dilakukan dan jalan yang di pilihnya adalah tepat.

Namun, apa yang Dyana gagal melihat dan belajar ialah apa yang berlau kepada Tunku Aziz, iaitu seorang yg terkenal dengan integriti dan prinsip yang teguh juga meninggalkan DAP. Beliau mengaku terpedaya beberapa lama sebelum akhirnya tersedar yang beliau telah tersilap meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap DAP. Dyana nampaknya gagal mengambil apa-apa pengajaran dari episod Tunku Aziz. Dalam Dyana mengimpikan ketelusan dan kecekapan dalam pemerintahan, Dyana mengambil sikap embutakan mata terhadap kemelut yang melanda CEC DAP. Ini sekali gus membuktikan bahawa Dyana tidak jujur dengan dirinya dalam memperkatakan tentang apay yang diperjuangkan dan yang dipercayainya.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang berdarah UMNO, kita pasti satu hari anak muda ini akan tersentak dari lamunannya sebagaimana juga Tunku Aziz dikejutkan dari mimpinya. Apa yang kita tidak pasti ialah sama ada DAP benar-benar meetakkan sepenuh kepercayaan kepada Dyana. DAP yang kkita kena, amat berhati-hati untuk memberi walaupun sedikit ruang, jauh sekali kuasa kepada bangsa lain selain Cina. Biarpun seorang Melayu itu telah mengabdikan lebih 3 dekat dari hidupnya kepada DAP, namun selagi  beliau bukan dari kalangan mereka, iaitu Cina , maka beliau tetap akan dilayan dengan penuh prejudis. Dan kita pasti sebagai setiausaha kepada pemimpin tertinggi DAP, Dyana cukup maklim tentang siapakah Melayu-melayu yang terlibat itu.

Atas hakikat ini, tentulah Dyana begitu bodoh sekali jika masih ingin mengabdikan diri kepada DAP sehinggakan sanggup menentang kaum sendiri. Namun, kit tahu bahawa Dyana bukan bodoh. Oleh itu soalnya di sini ilah apakah Dyana yang sedang diperbodohkan atau yang sedang memperbodohkan DAP?

Tuesday 13 May 2014

MASA DEPAN MEDIA GELAP DI BAWAH PEMBANGKANG

Disini admin nak mengambarkan bahawa keganasan yang tercetus semasa perhimpuanan haram anti-GST pada Hari Buruh mengukuhkan persepsi rakyat bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa. Hal ini berlaku oleh kerana sikap pihak pembangkang yang sudah hilang akal fikiran nya kerana sanggup berbuat kekecohan dan keganasan. Malah keganasan ini berlaku bukan buat pertama kali tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam setiap demontrasi dan perhimpunan yang diadakan terutamanya di ibu negara.

Mereka seolah-olah mendabik dada bahawa merekalah yang paling demokratik dan menjunjung undang-undang kononnya berjuang untu negara hukum. Bagaimanapun apabila undang-undang tidak menyebelahi mereka, pembangkang lah pihak yang pertama melanggari segala peraturan yang mereka pertahankan. Umpamanya pihak polis telah menyatakan perhimpunan anti-GST tersebut adalah haram dari segi undang-undang kerana penganjur tidak mematuhi syarat-syarat mengadakan perhimpunan sebagai termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Malah sebelum akta tersebut digubal pembangkang mahu agar mereka dibenarkan berhimpun di dalam stadium atau tempat tertutup. Apabila syarat tersebut dimasukkan di dalam akta berkenaan merekalah yang pertama sekali menolaknya pula dan mahu mengadaka demontrasi jalanan. Dalam perhimpunan haram mana-mana pun pasti akan terjadi kejadian yang tidak diingini berlaku. Di dalam undang-undang sudah nyata dan jelas kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa bersama dalam sebarang perhimpunan. Apa yang berlaku penyokong pembangkang tetap menyeret anak-anak yang tidak berdosa dann mendedahkan mereka kepada risiko tercedera sekiranya terperangkap di dalam insiden keganasan.

Pembangkang juga berjanji untuk tidak mengusik atau menganggu gugat tugas petugas media. Apabila yang berlaku adalah sebaliknya, wartawan diganasi dan dikasari sehingga ada yang tercedera. Perkara ini tidak harus berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengamalkan sikap terbuka berhubung kebebasan media. Sekiranya inilah sikap pembangkang yang mensasarkan petugas media khususnya daripada media arus perdana masa depan industri media di negara ini akan gelap sekiranya pihak pembangkang memegang kuasa.
Apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit dan Lim Guan Eng kononnya kebebasan akan dijamin di bawah sekiranya mereka berkuasa hanyalah cakap kosong dan retorik sahaja. Hakikatnya pembangkang adalah musuh media kerana walaupun mereka berkuasa di beberapa buah negeri, namun nasib pertugas media yang tidak disukai mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3 sentiasa didiskriminasi. Wartawan diancam dengan tindakan saman dan undang-undang setiap kali mereka mengajukan soalan yang mampu menggugatkan kredibiliti dan kewibawaan mereka sebagai pemimpin politik, malah sering kali para wartawan media arus perdana dimalukan dan diperli dikhalayak ramai kerana bertanyakan soalan yang mereka anggap sensitif.

Bagaimanapun pemimpin pembangkang seperti Anwar amat lunak sekali apabila berdepan dengan media asing atau antarabangsa, jauh berbeza dengan layanan yang diberikan kepada media tempatan. Bagi Anwar media tempatan kecuali akhbar atau portal media yang menyokongnya, patut dilayan seperti hampas kerana kononnya tidak memberi ruang sekucupnya kepada beliau. Tindakah Anwar boleh dikatakan mendapat perhatian media saban hari di dalam media utama negara sejak 1998?. Mungkin beliau hanya  media mengikut telunjuknya sepertimana beliau mencengkam media arus perdana semasa berada di dlam kerajaan dulu.



Sunday 11 May 2014

HUDUD JADIKAN ANWAR BINGUNG

Hari ini admin nak menceritakan sedikit sebanyak tentang permasalahan kebingungan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di saat ini. Bukan sedikit dan bukan keil masalah yang di hadapi oleh Pakatan Rakyat pada hari iniwalaupun pakatan menafikn mentah-mentah yang mereka menghadapi masalah. Dari apa yang kita lihat isu pemilihan CEC DAP masih belum selesai dan desakan semakin hebat kedengaran agar ROS  tidak membenarkan parti itu bertanding dam PRK Gelugor dan Teluk Intan dan mana-mana PRK atau PRU akan datang sekiranya tiada penyelesaian.

Pemilihan PKR pula menyaksikan kegagalan total kepimpinan dalam mentadbir dan mengurus parti serta kerosakan jiwa yang kronik dimana tiada langsung sifat tanggungjawab amanah dan telus di kalangan mereka yang terlibat. Apa yang dapat dilihat hanyalah kerakusan, tamak haloba, permusuhan, dan kesanggupan untuk melakukan app sahaja demi kuasa. Jika CEC DAP dimanipulasi secara senyap-senyap melalui kiraan komputer penipuan PKR pula terserlah secara fizikal dengan kerusi berterbalikan dan kertas berterbangan. Pemimpon tertinggi kedua-dua parti DAP dan PKR nampaknya gagal menyelesaikan masalah parti masing-masing.
Dalam keadaan sebegini, Ketua Pembangkang seharusnya memainkan peranan untuk mendesak kepada penyelesaian secara tegas dan tuntas. Malangnya, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim, tidak mampu berbuat apa-apa. Anwar nampaknya benar-benar buntu dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua jauh sekali pemimpin. Manakala tindakan PAS membangkitkan isu hudud untuk dibawa ke parlimen menambahkan lagi kekusutan dalam Pakatan Rakyat. PAS berdegil ingin melaksanakan hudud manakala DAP dan PKR bertegas untuk menolaknya mentaj-mentah. Namun di masa yang sama ketiga-tiga parti menafikan yang merek mempunyai masalah dan cuba memperlihatan seolah-olah isu hudud hanyalah permainn UMNO untuk memecahbelahkan mereka

Penafian ini tentu sahaja tidak membantu menyelesaikan apa-apa, sebaliknya membuatkan Anwar sebagai Ketua, yang telah buntu dan menjadi bingung. Dalam hal ini Anwar benar-benar tejerat dalam permainan ketiga-tiga parti dalam pakatan. Menyebelahi DAP akan membuatkan PR kehilangan undi Melayu manakala menyebelahi PAS pula akan menyebabkan kehilangan undi buan Melayu. Dalam keadaan di mana dirinya sendiri mempunyai masalah peribadi berkaitan mahkamah, Anwar kini benar-benar kehilangan arah. Segala karisma yang dimilikinya semakin terpadam. Segala lakonan sebagai emimpin berkredibiliti kini hancur. Malah, khabarnya, Anwar sedikit pun tidak dilayan oleh orang ramai ketika mengahadiri sebuah kenduri baru-baru ini.
Publisiti yang cuba diraih setiap hari tidak lagi memberi apa-apa makna. Biarpun namanya terus terpampang di dada akhbar, namun ia tidak memberi impak kepada dirinya, parti mahupun negara. Kemunculannya di pentas politik hanyalah sebagai satu kenyataan bahawa demokrasi cukup segar di Malaysia, begitu juga dengan hak kebebasan bersuara. Anwar kini bukan lagi "sesiapa". Mungkin apa yng berlaku ke atas Anwar adalah akibat dari gemar bermain dengan isu agama. Antaranya, Anwar pernah berkata bahawa undang-undang pengharaman homeseksual adalah apuk dan Anwar juga berdolak dalih dalam isu hudud. Anwar ckup konsisten menyokong gerakan liberalisasi dan pluralisme di pentas-pentas luar negara tetapi amat berhati-hati dalam memperkatakan mengenainya etika di Malaysia. Anwar merupakan salah seorang yang menandatangan Annapolis Summit yang mengetiraf Israel sebagai sebuah negara dan Anwar juga pernah menyokong 'perlindungan ke atas Israel'.

Pendirian Anwar yang bertentangan dengan apa yang ditonjolkan di hadapan umat Islam di negara ini akhirnya memberi kesan kepada mental dan juga fizikal beliau. Penampilan Anwar semakin hari semakin kusut dan sesiapa sahaja dapat mengesan yang beliau kini kebingugan. Apa  yang berlaku pada Anwar adalah akibat dari perbatannya sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu beliau untuk pulih kembali, melainkan dirinya sendiri. Mungkin Anwar perlu memohon agar hukuman hudud dikenakan ke atas dirinya bagi membolehkan beliau kembali tenang. Lagipun, bukankah Anwar juga yang begitu giat menjaja soal 4 saksi berikutan tuduhan meliwat ke atasnya?


Thursday 8 May 2014

PEMBANGKANG MEROYAN KERANA OBAMA TIDAK MELAYAN ANWAR


Ketika mana seorang pemimpin tersohor iaitu Barrack Obama membuat lawatan mengunjungi Malaysia untuk kerjasama antara dua negara ini. Akan tetapi sikap Pembangkang yang suka menggunakan istilah 'selektif apabila menuduh kerajaan mengamalkan sikap berpilih-pilih dalam hubungannya dengan pemimpin atau parti pembangkang. Hanya dengan melihat insiden-insiden atau kenyataan tertentu pemimpin pembangkang baru rakyat sedar pihak mana sebenarnya yang suka bersikap selektif atau dalam peribahasa Melayunya 'pilih bulu.

Semasa menghadiri majlis perjumpaan Presiden Barrack Obama dengan lebih 100 pemimpin muda pesrta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) itu berlangsung di Universiti Malaya baru-baru ini. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bagun bertanya pemimpin kuasa besar Amerika Syarikat itu tidak mahu bertanya dengan bapanya Anwar. Obama tidak menjawab soalan itu apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa yang bertanya itu adalah ana pembangkang itu sendiri.

Apabil soalan beliau tidak dihiraukan Obama, Nurul Izzah membuat kenyataan meia mendakwa presiden itu mengamalkan sikap selektif dalam memperjuangkan demokrasi apabia bertinddak tidak bertemu dengan Anwar. Perlu dijelaskan, pentadbiran Amerika Syarikat yang membuat keputusan bahawa Presiden Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Ketua Umum PKR semasa lawaan rasmi tiganya ke Malaysia. Penasihat  Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice yang membuat kenyataan tidak ada sebarang jadual pertemuan antara Obama dan Anwar.

Tuduhan Anwar bahawa kerajaan Malaysia menekan Amerika Syarikat supaya Obama tidak bertemu Anwar  tidak masuk akal jelas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang mempersoalkan bagaimana sebuah negara kecil boleh mendesak sebuah negara kuasa besar. Apabila pembangkang tidak dapat apah yang dihajati , mereka gemar menggunakan istilah selektif samaada untuk menutup malu mereka atu mengalihkan isu sebenar. Pembangkang lupa bahawa dalam isu layanan terhadap media, merekalah 'culprit' yang selalu bersikap talam dua muka terutamanya terhadap media arus perdana.

Siapa yang boleh lupa kata-kata ancaman Anwar kepada petugas media arus perdana, 'U ulang I saman' apabila ditanya bertalu-talu mengapa ketua pembangkang itu gemar menyaman media tempatan tetapi tidak berani mengambil tindakan sama ke atas antarabangsa. Begitu juga ketika ditanya wartawan TV3 berkenaan isu jam Omega yang berhubungkait dengan video seks Anwar dengan pelacur Cina, beliau bersikap berang dan biadap terhadap petugas media itu. Dalam hal ini siapa yang sebenarnya bersikap selektif?. Tidakhkah parti rasis DAP bersikap selektif apabila megharamkan media arus perdana kursusnya Utusan Malaysia dan TV3 daripada membuat liputan berita sidang media dan sidang Dewan Undangan Negeri?

Bagaimana pulangan tindakan PKR yang melekatkan notis di pintu bilik mesyuarat ibuejabat parti itu untuk tidak membenarkan kedua-dua media yang sama membuat liputan sidang media mereka? Petugas media hanya menjalankan tugas hakiki mereka sebagai wartawan dan mereka tidak sepatutnya dijadikan mangsa agenda politik pembangkang apabila sesuatu berita mendedahkan kelemahan, penyelewengan atau sikap hipokrit pemimpin pembangkang. Dalam perbicaraan dua kes liwat membabitkan Anwar pada 1998 dan 2008, pembangkang juga menuduh badan kehakiman negar bersikap selektif.

Bagaimana kerajaan atau pihak kehakiman boleh bersikap seektif apabila perbicaraan Anwar adalah hasil laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa nafsu rakusnya. Apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 januari 2012, mengapa pembangkang tiba-tiba bersikap lunak terhadap kehakiman malah memuji hakim tersebut atas keputusan yang adil. Tidak timbul pula istilah-istilah seperti selektif, tidak adil, pincang, manipulasi, kroni dan bagaimananya apabila ketua pembangkang itu dibebaskan.

Jadi sebearnya pembangkanglah yang terpilih-pilih dalam sikap mereka untuk disesuaikan dengan agenda politik mereka. Apabila sesuatu keputusan atau tindakan kerajjan yang tidak memihak kepada mereka, maka kerajaan dituduh bersikap selektif. Sebaliknya, apabila keputusan mahkamah memenangkan mereka, hakim dipuji melambung malah pada ketika itu tidak ada cacat celanya pada badan kehakiman. Kesimpulannya apa sahaja pihak kerajaan lakukan semuanya tidak betul dan salah bagi mereka, ibarat mereka sahaja yang segala-galanya yang betul.



Sunday 4 May 2014

DAP PATUT KELUAR PAKATAN RAKYAT BUKANNYA PAS

Tahun 2014 merupakan tahun di mana kekecohan perselisihan faham dan pelbagai isu besar yang melanda parti pembangkang Malaysia. Dari isu air Selangor hinggalah kekecewaan pemimpin pembangkang kerana tidak bertemu Presiden Barack Obama, satu perkara yang ramai diantara kita terlepas pandang ialah perlaksanaan Hudud di Kelantan. Hudud adalah satu set hukuman yang telah diperjuangkan oleh fundamentalis Islam di Asia Tenggara. Apabia Brunei, sebuah negara yang kaya telah melaksanakan sistem Hudud, maka ianya telah menjadi "trigger" agar sistem ini diaplikasikan di kesemua negara Islam di Asia Tengggara (Indonesia dan Malaysia).

Di Malaysia, "Hudud" merupakan asas kepada perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Walaupun telah lama berdolak-dalik tentang perkara ini. PAS nampaknya masih menyimpan hasrat yng mendalam untuk melaksanakan sistem pengkukuman Hudud walaupun hanya di Kelantan sahaja. Sistem Hudud PAS yang ingin diaplikasikan di negeri Che Siti Wan Kembang itu belum dibacakan di Parlimen Malaysia, namun telah mendapat penentangan yang hebat dari rakan-rakan mereka di PKR dan DAP. Selepas berakhirnya pilihan raya ke-12 pada tahun 2008, PAS kelihatan longlai dan tidak bermaya sehingga terpaksa merubah slogan dan perjuangan mereka, Hudud tidak lagi disebut-sebut dalam ceramah pasca pru-12 kerana khuatir ia akan menyebabkan kehilangan sokongan dari orang bukan Melayu yang berada di bawah telunjuk DAP. Lantas PAS mengmbil langkah untuk menggantikan hudud kepada "Negeri Berkebajikan".
Perkara ini bagaimanapun tidak dapat bertahan la,a kerana golongan ulam ' dalam PAS tidak selesa dengan perkara ini. Hudud perlu dikembalikan semula kedalam menifesto/ janji kempen PAS kerana sokongan orang-orang agama semakin berkerungan kesan dari perpindahan perjuangan PAS. Lantas, PAS mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perjuangan lama mereka kononya untuk menegakkan sistem undang-undang Islam. Bekas Pngerusi DAP YB Karpal Singh telah meyatakan sekiranya mereka ingin melaksanakan Hudud di Malaysia, mereka perlulah melangkah mayatnya dahulu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mendiang Karpal Singh walaupun pada ketika itu PAS tidak lagi gagah memperjuangkan hudud.

Akhirnya selepas PRU-13 melabuhkan tirainya, PAS kembali menyokong semula dan membawa panji hudud dalam perjuangan mereka. Perkara ini tlah lama di perhatikan oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP. PKR yang kononya memperjuangkan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia nampak tidak konsisten didalam sokongan mereka  memperjuangkan Hudud. Dihadapan PAS mereka akan menyatakan bahawa mereka menolak hudud. Hipokrasi sememangny adalah permainan PKR sejak berzaman lagi. Diantara ketiga-tiga parti tersebut, hanya DAP sahaja yang konsisten dalam memperjuangkan hak orang kafir menolak hudud dam pembasmian keistemewaan  orang Melayu. Manakala PAS & PKR hanya mengikut haru dan tidak tahu ke mana arah tuju perjuangan mereka. Justeru itu kita wajar menyeru DAP untuk keluar sahaja dari  Pakatan Rakyat daripada terpalit dengan permainan politik PKR & PAS. Ini wajar dilakukan sekiranya mereka ingin nampak relean dan boleh dipercayai oleh penyokong mereka.

Jika DAP masih terus bersama Pakatan Rakyat  maka sudah terang lagi bersuluh, parti Cina itu juga sedang bergelut samada ingin mnjadi sebuah parti yang releven dengan perjuangan ataupun parti yang hipokrit seperti PKR. Jika DAP masih ragu-ragu untuk meninggalkan Pakatan Rakyat maka sudah tentu ini bermaksud, DAP tidak pernah ikhlas dengan perjuangan mereka dan hanya mementingkan kuasa dan pangkat untuk memenuhkan poket para pemimpin mereka dengan duit sahaja.

Apa yang telah kita nampak bila DAP mendapat kekuasaan, jadi pertahankan lah Agama dan Bangsa kita sendiri iaitu Melayu...