Translate

Monday 29 September 2014

10 PEKERJAAN YANG SUDAH PUPUS

Assalamualaikum..dan selamat petang, saya ingin mengajak anda untuk mengingati semula pada masa 30 atau 50 tahun yang lepas. Adakah anda tahu bahawa di setiap pekerjaan sudah semestinya mempunyai kesinambungan nya, akan tetapi banyak pekerjaan sekarang yang sudah tidak wujud 30 atau 50 tahun yang lepas. Begitu juga sebaliknya ; terdapat banyak pekerjaan yang sudah tidak lagi wujud kerana kemajun teknologi dan prederan zaman. Baca selanjutnya di http://blog-sempoi.blogspot.com/2014/09/10-pekerjaan-yang sudah-pupus.html1#pjUOOyJVKq89q.99

           
                        MARI KITA LIHAT 10 PEKERJAAN YANG TIDAK WUJUD LAGI


                                                            1) PEMOTONG AIS

                                                         
                                         

Sebelum wujudnya peti sejuk moden, pemotong ais ditugaskan untuk memotong bongkah ais untuk meyejukkan makanan dan sebaginya.




                                                 2) TUKANG TANGKAP TIKUS
                                               

                                         





                                               3) TUKANG NYALAKAN LAMPU
                                                       



                                                     4) TUKANG ATUR PIN BOWLING
                                                           





5) " JAM LOCENG "





Sebelum wujudnya jam loceng seperti hari ini, mereka diupah untu mengejutkan pekerja-pekerja kilang pada waktu pagi supaya mereka tidak lewat ke tempat kerja.




6) OPERATOR PAPAN SUIS








7)  JURU HEBAH DI KILANG




Lebih kurang seperti DJ radio, biasanya mereka akan membawa berita tentang kesatuan sekerja atau membuat lawak untuk menghiangkan bosan pekerja.





8) JURUMUDI KAYU BALAK





9) PEMUNGGAH KUBUR


Mereka ini diupah untuk menggali kubur dan "mencuri" mayat untuk dijadikan "cadaver" ( mayat untuk pembelajaran di Universiti




10) PENDENGAR KAPAL TERBANG MUSUH



Sebelum wujudnya teknologi radar, beginilah caranya kapal terbang musuh dikesan.

Sunday 28 September 2014

Kisah Sedih Bapa Dan Anak Kecil Ini Pasti Buat Korang Menangis

Salam..hari ini saya ingin berkongsikan satu kisah yang agak tersentuh hati kecil pembaca. Kisah ini di ceritakan oleh seorang pengguna facebook, Arieda Akhtar U'waisyah telah memuat naik gambar dan caption dilaman sosial FB nya. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat korang menangis.
Baca kisah yang dikongsikan beliau di bawah:-

Coretan semalam...

Tersua dan lunch dengan hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an..membawa anak kecil lelaki berumur 3 bulan di bawah panas terik matahari. Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yang dimasaknya sendiri di bilik yang disewa rm300.00 sebulan.

Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yang terpaksa diambil. Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahuya milo ais yang dipesan, anak kecil tiba-tiba terjaga dan merengek minta susu yang dah habis, air kosong jadi penganti botol susu babynya.

Biasa tengahari buat jemput@cekodok kat bilik dan hantar bekalan  pada isteri katanya. Kos tinggal di Bandaraya sewa rumah yang tinggi taska yang mahal terasing dan berjauhan dari kampung halaman, sikap ingin berdikari yang lahir dari keluarga yang susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.

Tiada tanah, kereta, motor dan harta peninggalan dari orang tuanya. Selesai makan, not hijau yang diberi diambil dengan gengaman salam yang kuat dan ucapan yang sayu, sambil mohon berlalu pergi dengan segera..Mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di malam hari setelah usai kerja. Sudah lama ku memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu.. Ya Allah, nikmatmu terlalu luas Ya Allah...Rahmatmu didambakan setiap insani.. astagfiruallah..ampunkan kami ya Allah.. Permudahkan urusan hambamu ini.


Bagi ingin yang membantu boleh rujuk beliau di   www.facebook.com akmalhamdi165

Thursday 25 September 2014

DUA ADUN 'PENGKHIANAT' TIDAK AKAN DI LANTIK SEBAGAI EXCO BARU

Salam pagi Jumaat kepada semua warga bloger-bloger dan sewaktu dengannya. Masih lagi berhubung kait dengan negeri Selangor tajuk artikal saya pada pagi ini.

Shah Alam- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad hari ini mengesahkan dua Ahli Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tidak dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Beliau berkata, sekiranya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkeras mahu melantik Adun Hulu Klang Saari Sungib danAdun Morib Mohd Hasnul Baharuddin, maka pastinya akan timbul pelbagai  salah paham di kalangan masyarakat.
"Tak akan dilantik kerana jika mereka dicadangkan sekali pun dan menerima, maka khuatir akan timbul salah faham seolah-olah jawatan itu bukan diberikan atas dasar kebolehan tetapi dasar mereka menyokong. " Itu tidak akan menimbulkan keadaan yang baik. Saya rasa mereka berdua memahami situasi itu. Mereka pun nak buktikan mereka berikan sokongan itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan," katanya kepada pemberita di Markas Besar PAS di Pengkalan Kubor semalam. Azmin semalam berkata pemilihan barisan Exco baharu sudah diputuskan dan keputusan dicapai melalui hasil perbincangan dengan setiap parti kompenen Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Pertemuan kedua diadakan petang semalam untuk memuktamadkan nama-nama calon sebelum menyerahkan senarai nama terbabit kepada Sultan hari ini. Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa enggan mengesahkan sama ada barisan exco terdahulu dilantik semula atau digugurkn. "Itu terpulang kepada cadangan daripada parti masing-masing yang kita akan teliti dan bincang", katanya kepada pemberita di Bangunan SUK di Shah Alam pagi semalam.
Khalid berkata apa yang dilakukan Saari dan Hasnul adalah berdasarkan ijtihad mereka sendiri bagi membuktikan bekas Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid sudah tidak mempunyai sokongan mejoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, apa yang perlu dilakukan dua Adun itu kembali meyakinkan ahli PAS mereka tidak meninggalkan parti dan berdepan dengan pucuk pimpinan parti Islam berkenaan. " Mereka ada ijtihad sendiri penting untuk memastikan Khalid tiada mejoriti. Saya yakin jika Azmin tawarkan kepada mereka sekali pun, mereka cukup pintar untuk memahami satu implikasi yang tidak diinginkan.

" Mereka perlu terus bersama PAS dan ingatkan orang PAS mereka tidak pernah keluar PAS. Mereka tidak lompat parti, jika mereka ditawarkan (exco), mereka perlu merujuk kembali kepada kepimpinan dan secara peribadi lebih baik tidak diterima," katanya. Ketika diminta mengulas ucapan penggulungan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa muktamar minggu lalu, Khalid berkata ucapan dasar presiden sebenarnya perlu dirujuk. Katanya, ucapan dasar presiden merupakan ucapan yang diluluskan, rasmi dan diterima perwakilan semasa muktamar minggu lalu.
Ketika ditanya mengenai penghujung muktamar yang masih gagal menyelesaikan permasalahaan dalam PAS, Khalid berkata: " Semua muktamar tak selesaikan semua masalah, pasti ada yang berterusan. Kebanyakan ucapan penangguhan memang nak membawa kepada merapatkan saf".



http://www.suara tv/2014/09/24/dua-adun-pengkhinat-tidak-akan-dilantik-sebagai-exco-baru/

Wednesday 24 September 2014

SELESAI BEREBUT MB,SEKARANG BEREBUT EXCO PULAK

Salam satu Malaysia dan salam sejahtera...,Yang pastinya berhubung kait dengan negeri Selangor lagi yang tidak habis-habis dengan masalah yang sukar di selesaikan. Itu mengakibatkan negeri Selangor menjadi kucar kacir.
Selangor, selepas PRU13 yang lepas adalah negeri yang paling sukar sekali nak diselesaikan masalah perlantikan Exco kerajaan negeri. Dikala semua negeri BN, DAP (Pulau Pinang) dan PAS (Kelantan) dah lama selesai perlantikan Exco dan Menteri Besar masing-masing, PKR di Selangor ambil masa hampir sebulan untuk selesaikan semua itu. Maklumlah kedudukan kerusi DUN di Selangor (kalau diikut parti-parti bertanding secara rasmi) tidak ada pihak yang benar-benar dapat mandat penuh untuk lantik Menteri Besar dan Exco sesuka hati. Kalau Pakatan Rakyat berdaftar macam BN, senanglah.

Dengan  pergolakan menggila yang berlaku di antara parti-parti Pakatan Rakyat dalam soal perlantikan bini Anwar, Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid itu hari, lagilah banyak masalah yang perlu difikir dan ditanggung Azmin selaku Menteri Besar baru. Keseluruhan, Azmin ada 42 ADUN Pakatan yang boleh dipilih untuk menjadi Exco (selain dirinya sendiri). Tapi dengan perkembangan sekarang jumlah itu sudah tinggal 33 sahaja kerana DAP dah awal-awal buat kenyataan tidak mahu Exco PAS yang di anggapnya sebagai pengkhianat kerana enggan letak jawatan masa krisis tempoh hari.

Dua lagi adalah ADUN PAS yang kini di anggap barua oleh parti mereka sendiri. 2 ekor ini kalau Azmin lantik jadi Exco, selain dianggap rasuah akan turut membawa maksud Azmin tidak hormat PAS sedangkan PAS lah yang calonkan nama Azmin sebagai Menteri Besar untuk pertimbangan Istana bukan PKR.

Seorang lagi ADUN yang tidak boleh pertimbangkan ialah Azizah. Kalau Azizah dilantik Exco nmpak kodi sangatlah seorang Presiden parti kena bekerja dibawah timbalannya dalam kerajaan negeri Selangor. Even kalau Azizah jadi Exco sekalipun akan timbul persoalan di kemudian hari, siapa sebenarnya Menteri Besar?. Nik Nazmi dan Hannah Yeoh pula masing-masing dah jadi Timbalan Speaker dan Speaker,pun tidak boleh. Baki 33 ADUN yang tinggal ini walaupun nampak banyak tapi bukannya layak jadi Exco. Ada sebablah kenapa Exco Selangor penggal 2008-2013 dengan 2013-September 2014 tidak banyak beza, kebanyakkannya masih muka yang sama kecuali 2 Exco dari DAP yang menggantikan wakil parti itu yang tidak bertanding di ADUN dalam PRU2013.

Disamping itu, hiearki dalam kepimpinan politik negeri juga perlu diambil kira. Takkan nak ambil ketua penerangan bila ada persuruhjaya negeri, contohnya kalau salah seorang ADUN, senang tapi bagaimana kalau kedua-duanya pun ADUN?  Jadi penulis yakin, pada saat artikel ini ditulis, 'peperangan' berebut jawatan Exco ini sedang berlaku. Di atas kertas memang kuasa Menteri Besar mencalonkan, tapi di alam nyata kitatahu Azmin perlu ikot kehendak DAP  dan PAS, PKR mungkin dia boleh makan sikit.

Pendk kata, bukan senang nak buat ni apatah lagi Azmin secara harfiahnya adalah MB parachute bukan benar-benar layak. Kalau tak kena gaya, persidangan DUN bulan November nanti, ada usul undi tidak percaya dan ada Menteri Besar yang diterajang keluar!!


http://www.mykmu.net/2014/09/25/selesai-berebut -mb-sekarang-berebut-exco-pulak/

Sunday 14 September 2014

MAT SABU LEBIH BIJAK DAN JUJUR??DARI HADI, KATA PEMIMPIN DAP

Assalamualaikum dan Selamat pagi kepada warga blogger dan semua yang mengenali Yop Rago ini. Hari ini saya ingin berkongsikan satu lagi artical yang agak terkejut juga bila mendengar kenyataan yang di keluarkan oleh pemimpin DAP ini. Kenyataan ini bersangkut paut dengan isu di Selangor juga, kalau tidak masakan kenyataan sebegini rupa boleh keluar. Demi mempertahankan amalan repotisme Datuk Sri Anwar Ibrahim DAP Keadilan Rakyat PKR berterusan 'menyerang Datuk Sri Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan Presiden PAS itu yang bertegas Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Ronnie Liu tokoh DAP Selangor
Paling biadab apabila bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Selangor dari DAP, Ronnie Liu (gambar), bertindak membandingkan kebijaksanaan Abdul Hadi Awang  dengan Mohamad Sabu selain menyifatkan pihak yang menyokong  Presiden Pas itu adalah sebahagian daripada elemen tidak masuk akal.

Malah tanpa segan silu, Ronnie Liu yang sebelum ini terkenal sebagai tokoh DAP Selangor yang paling lantang menentang beberapa usaha kerajaan Selangor memerangi kemungkaran menganggap Mohamad atau dikenali sebagai ' Mat Sabu' sebagai tokoh PAS yang jauh lebih bijak dan jujur, tidak seperti Abdul Hadi.
"Sebelum saya mengundur diri, saya percaya ramai antara kita mahupun penyokong tegar PAS yang kecewa dengan tindak tanduk yang dilakukan oleh konservatif dalam PAS. Jutaan rakyat diluar sana juga marah  dengan Abdul Hadi serta pengikutnya dan wajar untuk mereka berasa begitu tetapi kena ingat, kita tidak hilang semuanya", katanya.

Sumber Utusan

Thursday 4 September 2014

SAYA TIDAK TANDATANGAN DOKUMEN SOKONG WAN AZIZAH- KETUA MUSLIMAT PAS

Assalamualaikum....

Salam pagi Jumaat kepada yang Muslim dan Salam Sejahtera kepada yang bukan Muslim. Berbalik kepada isu pemilihan Menteri besar di Selangor belum lagi mencapai persetujuan ramai. Menurut sumber yang saya dapati berkata Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf kecewa dengan pihak yang menyebar satu kenyataan didakwa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Sedangkan, beliau tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangi apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu. ''Kenyataan semalam beliau memberitahu disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza,'' katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.
Kenyataan tersebut didakwa disokong oleh Siti Zailah dan ketua sayap wanita parti anggota Pakatan Rakyat, Chong Eng dari DAP dan Zuraida Kamaruddin dari PKR. Kenyataan yang memberi sokongan padu kepada Wan Azizah tersebut dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat semalam - malaysiakini.com.

Perkara sebegini sudah menjadi mainan semula jadi parti PKR yang dimana mahu mengambil perhatian umum dan ingin mendapat sokongan yang lebih kuat untuk beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor.