Translate

Monday 15 December 2014

GUAN ENG MENGHINA AGONG

Hari ini kita sudah menampakkan lagi sikap biadap dan tidak sopan ketua Pembangkang Parti DAP ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdegil mahu membenarkan orang bukan Islam di egeri itu menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai menghina Yang di-Pertua Agong.

Presiden Kongres Melayu Menteri Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata. tindakan tersebut sekali gus-pastinya akan mengundang kemarahan dalam kalangan orang Melayu di seluruh negara. Menurut Rahmad, kalimah Allah adalah antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri itu yang telah diluluskan kerajaan pembangkang diterajui DAP menerusi perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Selain Allah, antara perkataan lain yang dilarang penggunaanya  oleh orang bukan Islam adalah 'solat' , 'surau' dan 'masjid'.
''Jadi jangan terus membuat penghakiman bahawa tiada undang-undang khusus yang melarang bukan Islam untuk berbuat demikian , kerana mereka sendiri yang telah meluluskannya dan perkara tersebut sudah jelas apabila digazetkan oleh Majlis Fatwa. Perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi bukan Islam.

''Beliau sepatutunya tidak sesuka hati melemparkan tuduhan yang tidak berasas tetapi perlu bertindak matang dalam menerajui pentadbiran negeri,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam , Mufti Pahang , Datuk Abdul Rahman Osman Menadangkan Guan Eng merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri jika beliau tidak faham berkaitan enakmen jenayah syariah negeri yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Senelum ini , Guan Eng , seperti dilaporkan beberapa portal berita memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah.

Tambah Rahmad, sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya menjadikan isu tersebut sebagai modal politik untuk mendapatkan perhatian orang ramai. ''Beliau tidak sepatutnya menghangatkan perkara ini kerana dikhuatiri cuba mendapatkan sokongan kaum bukan Islam untuk bersama-sama menghina keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi kita yakin bahawa mereka juga tidak akan mudah untuk diperbodohkan oleh pihak tertentu,'' ujarnya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Guan Eng seharusnya sedar bahawa beliau sebenarnya berada dalam sistem Persekutuan dan bukannya sebuah negara republik. ''Pergolakan yang berlaku ini sebenarnya telah memberi gambaran yang negetif terhadap pimpinan beliau kerana dilihat tidak menghormati institusi raja dan sensitiviti masyarakat Islam.

''Sebagai negara majmuk, beliau seharusnya mengikuti undang-undang yang di peruntukan di peringkat nasional dan tidak sesuka hati mewujudkan suasana yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman negara,''katanya.

untuk keterangan lanjut layari:http//utusan.online.

No comments:

Post a Comment