Translate

Sunday 30 November 2014

APA SUDAH JADI, TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU ADA MYKAD BOLEH MENGUNDI??

gambar mykad sebagai contoh pemalsuan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..hari ini Yop Rago ingin berkongsi sediki maklumat untuk kita bersama..Hal ini merupakan amat penting buat kita Khususnya rakyat Malaysia.

Malaysia seperti mana yang kita ketahui mungkin dilanda skandal kewarganegaraan terbesar jika benar dakwaan bahawa banyak individu berbangsa Cina dari luar negara masuk secara haram ke negara ini mempunya kad pengenalan Malaysia yang sah. Jika sebelum ini kenyataan ini hanya sebagai gosip tepi jalan, namun penemuan krew 999 TV3 dalam serbuan ke pusat hiburan di Melaka baru-baru ini membuka satu pendedahan yang mengejutkan.

Menurut pendedahan 999 sebelum ini, wanita berketurunan Cina bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan yang diperiksa oleh pengkuatkuasa langsung tidak boleh berbahasa Melayu meskipun mempunyai mykad atau kad pengenalan warganegara Malaysia yang sah.

''Beliau langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Selain itu pihak berkuasa juga meminta kira satu hingga sepuluh namun itu pun tidak boleh. Ini sangat meragukan. Kita serahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan '' kata Pegawai Penguatkuasa kepada TV3. Menurut laporan 999 TV3, gadis berbangsa Cina ini juga mempunyai wajah berlainan dari gambar dalam Mykad dan tidak boleh mengingati nombor mykad sendiri.

Jika selama ini kita merasa hairan dengan peningkatan jumlah pengundi Cina biar pun mempunyai kadar kelahiran yang rendah, mungkin inilah yang sebenarnya berlaku. Tulisan blog ini bukan bersifat perkauman, kita cuma ingin membongkar kelicikan yang mungkin diguna pakai oleh parti Pembangkang dalam usaha menambahkan pengundi dalam parti.

Selain itu juga sudah banyak cakap-cakap bahawa terdapat usaha terancang menambah jumlah kaum Cina di negara ini melalui pemberian mykad milik 0rang-orang Cina lain yang telah meninggal. Jika beliau sudah ada mykad sudah tentu  beliau juga layak mengundi bukan?? Soalnya berapa seperti gadis ini dan apakah ini punca kekuatan DAP??






No comments:

Post a Comment