Translate

Monday 20 October 2014

WAJAH PENGANJUR & USTAZ YANG MENGANJURKAN PROGRAM "JOM PEGANG ANJING"


Penganjur Syed Azmi Alhabshid berbaju merah memakai topi
Hari ini tergemparnya satu cerita dimana satu Program "I Want To Touch A Dog" yang berlangsung dibumi Selangor membuatkan orang ramai memandang serius berkaitan isu ini. Terutama sekali bagi golongan umat Islam yang menyuarakan rasa tidak puas hati mengapa program seperti ini boleh dianjurkan..Adakah ianya disengajakan atau diaturkan oleh puak-puak DAP yang mahu memesongkan Akidah umat Islam di Malaysia ini.

Lagi menghairankan kenapa ramai  Umat Islam yang pergi ke program tersebut, sudah terang-terangan bahawa bagaimana sekali pun keadaan seekor anjing itu haram bagi Umat Islam. Penganjur program tersebut adalah seorang Islam dan Syed Azmi Alhabshi berkata " bertujuan membantu orang ramai terutamanya masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing". Mungkin umat Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dengan tangan yang kering adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. Bukan pegang dan bela secara sengaja.

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas anjing. Telah terbukti didalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika  seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya lalu die menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "[ Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467].

Namun, kempen " I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihiwasallam. Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan tersebut. Sebagai contoh, apabil sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan. Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

" Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." ( HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik, Syaikh Al Albani dalam Irwa'ul Gholil no.173 mengatakan bahawa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkan dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkan oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Wan to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan biarkan diri mereka terus dipermainkan dengan agenda-agenda jahat yang tersembunyi dari puak roket ini. Tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen "Touch a Dog" itu berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar  sambil memeluk anjing. Apakah selepas ini pihak penganjur yang sama akan mula menganjurkan kempen " Jom Pegang Babi" atau "Jom melawat Pasar babi" dan lain-lain lagi? Jadi marilah kita sama-sama menghalang perkara-perkara sebegini untuk berulang lagi.

Seronoknya sambil terngage mulut gadis ini


No comments:

Post a Comment